Monday, April 13, 2009

* The Yardstick *

Masa kat kelas Coherence in the Quran & waktu belajar application of coherence methodology in Surah alFajr, Sir Israr ada cakap,

"Being poor or rich has its own principle in the eye of Allah..."

Sir cakap pasal benda ni bila kitorang tiba kat ayat nombor 15-16 dalam surah tu. Sir kata lagi,

"...if you're destined to be poor, it doesn't mean that Allah hates you, and if you're destined to live as a rich man, it does not necessarily indicate that Allah is please/happy with you..."

Macam tu jugaklah, bila seseorang tu tak putus-putus dihantar kesusahan kepadanya, bukanlah bermaksud Allah menghinanya. Dan jangan kita anggap, apabila seseorang itu diberi lebih nikmat dari kita, tandanya Allah sayang lebih pada dia..

Kata-kata Sir tu buatkan saya teringat pada persoalan seseorang: "Kan manusia semuanya sama, kenapa pula ada yang kaya, ada yang miskin.."

Benar, dalam pandangan Allah, manusia ni semua hambaNYA, yang diberi tanggungjwab untuk beribadah kepadaNYA, tak ada beza antara kaya atau miskin, kecuali dengan taqwa. Dan Allah tidak pernah membezakan hambaNYA dari segi kekayaan. Manusialah yang sering melabelkan kaya itu kononnya mulia dan miskin itu hina. Seolah-olah beriktikad bahawa harta itu satu-satunya perkara yang mulia, dan oleh kerana itu semakin banyak harta yang mendampingi kita, semakin tinggilah darjat kemuliaan kita... Oh, sungguh silap kayu ukur yang sebegini!

Dan.... Masih ada suara di sebalik tabir itu akan bertanya: "Kenapa tak jadikan semua orang kaya... "

Pertama, siapa kamu untuk 'mencadangkan' sesuatu [menggunakan akal singkat kamu itu] kepada Yang Maha Bijaksana??

Kedua, tidakkah kamu yakin ketetapan Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia bahkan cukup sempurna???

Ketiga, cuba bayangkan, seandainya manusia semuanya kaya, harta melimpah ruah, dan kebiasaannya bongkak merajai diri, maka masih adakah yang akan sudi pergi bercucuk tanam, menjadi tukang cuci tandas, menjadi pelayan di warung-warung, memandu bas, bekerja hingga lewat malam di kilang-kilang...??? Tanpa mereka kitaran hidup di dunia ini tidak akan sempurna..

Sungguh, Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan segala yang sia-sia..

"Manusia diciptakan berbeza bukan untuk berselisih faham, akan tetapi untuk saling melengkapi..."

4 comments:

ikabash said...

indeed. =) kita saling melengkapi. we fills each other's 'holes'

Sajida said...

ya, marilah kita menutup lubang2 yang perlu ditutup... :)

hidup seorang diri di muka bumi tidak akan pernah sempurna.. kerana itu hawa diciptakan, buat menemani adam a.s.

diri ini juga tidak akan sempurna tanpa kamu. mungkin kerana itu aku ditakdirkan mengenalimu. :)

syazwaniadnan said...

teringat pula soalan kwn akk yg lgsg tak puas hati dengan kwn karib nya, "k.wani, knp kwn sy tu aysik excel je exam? tp die coupling. buat ma3siat, kan tu? tp sy ni xde buat ape2, dh study sungguh2 bla bla bla"

akk kira, koreksi diri itu yg lebih penting. muhasabah2.. kot2 ada celah2 mana yg perlu diperbaiki, kan sajeed? ^__^

Sajida said...

hm.. btol2... kalau nak persoalkan, ramai je yang kafir tapi jauh lagi berjaya dari Muslim.

yang penting koreksi diri. risau dgn soalan mcm tu. seolah2 nak kata Allah tak adil, n beri kejayaan pada yang tak sepatutnya, na'udzubillah..

boleh jadi 'kejayaan yg tertunda' tu adalah ujian bagi kita. sejauh mana kita mampu bertahan dgn ujian, dan sebesar mana usaha kita utk mencapai sesuatu.

nabi Isa AS berdakwah selama 950 tahun, tapi sgt sikit yg terima dakwah dia, apa yang kita mampu katakan tentang perkara tu??

semoga hati & akal merenung hikmah ketentuanNya dgn mata iman.


wadzkurullaha katheeran la'allakum tuflihun...