Friday, April 24, 2009

* Republish 4 *


Kedengaran alunan bacaan alQuran yg sangat mendayu oleh Shaikh Masyari. Hati jadi sayu. Bukan kerana saya benar2 menghayati, tetapi fitrah manusia diciptakan begitu, regardless of the religion. Kerana manusia itu datang dari satu pencipta, maka fitrah yg tercipta juga tiada bezanya. Saya pernah mendengar bahawa, ada seorang Buddha yg gemar menghabiskan masanya dengan mendengar bacaan alQuran. Katanya hati menjadi tenang, meski dia tidak memahami isi alQuran itu. Subhaanallah.

Saya juga sering melihat ramai akhawat yg terlalu mudah menangis ketika membaca atau mendengar bacaan alQuran. Yg paling menyentuh perasaan saya, apabila kebanyakan yg menangis itu, bukanlah yg pernah belajar bahasa Arab. Lalu bagaimana mereka mampu menghayati lantas mengalirkan air mata? Apakah yg menyebabkan hatinya begitu ‘terusik’…? Wallahua’lam. Saya sendiri tidak pasti.

Kisah itu telah membawa saya utk kembali merenung kata2 seorang pensyarah suatu masa dahulu. Maksud kata-katanya,
jika kamu benar2 seorang Muslim yang soleh & taat, kamu tidak akan memilih hiburan selain alQuran. Kafal Quran ka zikra wat tasliyah. Kerana alQuran itu sudah terlalu cukup utk mententeramkan hati yg gusar, meleraikan kusut yg melanda, juga membahagiakan jiwa yg derita kerana dunia. Malah manfaatnya lebih dari itu. Ia petunjuk buat orang-orang yg bertaqwa, iaitu orang yg berjaya. (al baqarah: 2)

Ayat-ayat cinta dari Sang Kekasih, jika dekat di hati, ia mendamaikan. Jika ia jauh, terasa benar dunia ini kosong. Khali. Tiada manusia yg pernah puas meski berulang-ulang kali menatap ‘kiriman’ dari kekasih. Segalanya yg datang dari kekasih, pasti dicintai, pasti dekat di hati. Moga alQuran juga begitu di hati kita. Amin!

Islam itu sentiasa memberikan yg terbaik buat umatnya. Maka ‘penghibur hati’ yg disampaikan juga adalah yg terbaik, yg tidak akan sekali-kali melekakan atau menyesatkan kita. Abadan. Seandainya hati masih tercari-cari hiburan selain alQuran maka muhasabahlah diri. Kekurangan itu datang dari sendiri.

Sahabat-sahabat, sungguh tiada tara kerugiannya jika kita tidak memahami alQuran. Tidak mahukah memahami isi kandungan surat cinta yg dikirimkan kepada kita? Tiada keinginankah utk menghayati & mengamalkannya? AlQuran bukan surat cinta biasa. Kandungannya tiada yg melekakan, tiada yg batil, tiada yg menghampakan. Berusahalah utk memahami isi alQuran.
Tanamkan azam bukan sekadar utk khatam tetapi juga utk faham. Sebagai permulaan, jinakkan diri untuk membaca terjemahan alQuran. Yg terbaik adalah dgn membaca tafsir, utk lebih faham & utk lebih menambah iman. Setiap kalimah dalam alQuran itu ada rahsianya. Tiada ayat yg sengaja dipanjangkan atau dipendekkan melainkan padanya tujuan & hikmah yg bernilai. Sungguh, tiada suatu pun yg diciptakan dgn sia-sia. 

No comments: