Sunday, May 31, 2009

* Yang dibuat... Yang sepatutnya.. *


Apa yang orang selalu buat dengan al-Quran:

1. Musabaqah
2. Barang hantaran
3. Perhiasan di rak buku

4. Buat angkat sumpah

5. Buat bacaan pembuka majlis


Apa tanggungjawab kita yg sepatutnya terhadap alQuran:

1. Baca dengan tartil dan tajwid yang betul

2. Berusaha memahami isi kandungan alQuran dan tadabbur

3. Mengamalkan ajarannya, tinggalkan apa yang diharamkan
4. Mempertahankan alQuran apabila ada pihak yang memeranginya

5. Menyampaikan isi ajaran alquran kepada sesama manusia

6. Menggunakan isinya (dengan cara yg haq) sebagai hujjah dalam dakwaan kita

7. Ajarannya dijadikan cara hidup


Ada banyak lagi tapi dah tak ingat. Siapa2 yang ingat boleh tambah. Persoalan ni pernah disampaikan masa kuliah soaljawab aqidah oleh ustaz Roesfan.


*****


Di bawah ini ialah beberapa pendapat tokoh (non muslim) terhadap alQuran:


1. Harry Gaylord Dorman dalam buku “Towards Understanding lslam”, New York, 1948, p.3, berkata: “Kitab Qur’an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual hingga kini, untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Muhammad.”


2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku “Mohammadanism”, London, 1953, p. 33, berkata seba-gai berikut: “Nah, jika memang Qur’an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain dapat menandinginya. Cobalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka sewajarnyalah mereka menerima Qur’an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat.”


3. DR. John William Draper dalam buku “A His-tory of the intelectual Development in Europe”, London, 1875, jilid 1 , p. 343-344, berkata: “Qur’an mengandung sugesti-sugesti dan proses moral yang cemerlang yang sangat berlimpah-limpah; susunannya demikian fragmenter, sehingga kita tidak dapat membuka satu lembaran tanpa menemukan ungkapan-ungkapan yang harus diterima oleh sekalian orang. Susunan fragmenter ini, mengemukakan teks-teks, moto dan peraturan- peraturan yang sempurna sendirinya, sesuai bagi setiap orang untuk setiap peristiwa dalam hidup.


4. George Sale dalam buku “Joseph Charles Mardrus-Premilinary Discourse”, berkata: “Di seluruh dunia diakui bahwa Qur’an tertulis dalam bahasa Arab dengan gaya yang paling tinggi, paling murni….diakui sebagai standard bahasa Arab… dan tak dapat ditiru oleh pena manusia… Oleh karena itu diakui sebagai mukjizat yang besar, lebih besar daripada membangkitkan orang mati, dan itu saja sudah cukup untuk meyakinkan dunia bahwa kitab itu berasal dari Tuhan.”


5. James A. Michener dalam “Islam the Misun-derstood Religion Readers Digest”, Mei 1955, berkata sebagai berikut: “Berita Qur’an inilah yang mengusir patung–patung dewa, dan memberikan ilham kepada manusia untuk merevolusikan hidup dan bangsa mereka…. Kombinasi antara persembahan kepada Satu Tuhan ditambah dengan perintah prakteknya yang membuat Qur’an menjadi khas. Bangsa yang beragama di Timur yakin bahwa negara mereka hanya akan diperintah dengan baik apabila hukum–hukumnya sejalan dengan Qur’an.


Diambil dari answering.wordpress.com

* Have a Break... Have Something Sweet...! *

One for each of us. :)

Cutey sweety felt-cake

Tropicana ice creams. My favourite! :)

Carrot cuppy cake. Looks fluffy!


Sorry, i bite in it advance. ;p

Thursday, May 28, 2009

* Kuingin Kau Bersamaku *

Seketika tadi hati saya terasa untuk mencari ayat-ayat alQuran yang menerangkan golongan2 yang dijanjikan Allah bahawa Allah bersama mereka. Sekadar yang ada dalam kepala, saya cuma tahu Allah bersama orang2 yang sabar. [Innallaha ma'as sobirin] Kerana sememangnya seringkali ayat itu yang sentiasa diulang2 dan meniti di bibir manusia, buat penyejuk hati yang tenggelam dalam duka.

Rupa-rupanya masih ada juga golongan lain yang disebut dalam alQuran bahawa Allah bersama mereka. Yang saya temui adalah golongan-golongan ini:

1) orang2 yang bertaqwa (muttaqun) 4x disebut- albaqarah: 194, altaubah: 36, 123, alnahlu: 128
2) orang2 yang sabar (sobirun) 2x disebut- albaqarah: 153, alanfal: 46
3) orang2 yang melakukan kebaikan (muhsinun) 1x disebut- alnahlu: 128

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Allah BERSAMA mereka? Saya cuba mencari jawapannya daripada tafsir-tafsir para ulama’. Dan inilah antara jawapan yang saya temui:

Aysar Tafasir- pertolongan Allah bersama mereka dan mereka diberi kekuatan dalam menempuh setiap ujian yang bertamu

Tafsir alKhazin- Mereka menerima pertolongan Allah dan diberikan kejayaan.

Tafsir alTobari- Allah bersama hambaNya dalam menjalankan kewajipannya, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat, Allah membantu mereka, memelihara mereka, sehingga mereka berjaya memperoleh apa yang mereka mohon dan sentiasa hati mereka cenderung kepada Allah.


Saya benar-benar perlu menjadi seorang yg sabar, bertaqwa dan sentiasa melakukan kebaikan. Semata-mata kerana satu tujuan: Saya mahu Allah bersama saya.


Semoga kitalah yang akan tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang disebutkan. Atau setidak-tidaknya, jadilah hamba-hambaNya yang sedang dalam perjalanan untuk meraih gelaran sobirun, muttaqun dan muhsinun. Usah tangguhkan perjalanan, kerana rencana Ilahi untuk hari esok, nyata sekali tiada dalam pengetahuan kita.

Wednesday, May 27, 2009

* Kem *

KEM IBADAH REMAJA IQ


5-7 Jun 2009
Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Objektif

Memupuk kesedaran di kalangan remaja mengenai kepentingan wuduk dan solat, selain memperkasakan pengetahuan dalam hal-hal berkaitan wuduk, solat wajib, solat-solat sunat, solat jama’ dan qasr selain memperkenalkan identiti remaja muslim mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah sebagai pembimbing.

Sasaran

25 orang remaja lelaki berumur 12-17 tahun.
25 orang remaja perempuan berumur 12-17 tahun.

Pertambahan jumlah peserta adalah mengikut budi bicara pihak IQ.

Pendaftaran:

Hubungi

a) Saudara Wahab 019-448 4379

b) Saudara Jasni 019-448 2098

Tentatif Program:

5 Jun 2009, Jumaat

02.00 pm : Pendaftaran

05.00 pm : Taklimat

05.30 pm : Hemat Diri

06.15 pm : Makan Malam

07.10 pm : Solat Maghrib

07.20 pm : Aktivit Massa 1: “Aqidah, Shakhsiyyah, Dan Akhlak: Identiti Remaja Islam”

08.50 pm : Solat Isya’

09.20 pm : Aktiviti Massa 2: “Ta’aruf”

10.20 pm : LDK 1: Ta’aruf Di Dalam Kumpulan

11.00 pm : Minum malam

11.30 pm : Tidur

6 Jun 2009, Sabtu.

06.00 am : Solat Subuh

06.40 am : Aktiviti Massa 3: “Tadarus Dan Tadabbur: Al-Fatihah”

07.20 am : Riadah dan Hemat Diri

08.10 am : Sarapan pagi

08.30 am : Kuliah Aktiviti Massa 4: “Pengenalan Wuduk: Keperluan Pada Solat”

10.00am : Rehat dan Minum Pagi

10.30am : LDK 2: Amali wuduk

12.00 am : Makan Tengahari

12.30 pm : Rehat dan Qoilulah

01.10 pm : Solat Zuhur

02.00 pm : Aktiviti Massa 5: “Solat: Kunci Syurga”

04.00 pm : Rehat dan Solat Asar

05.00 pm : Riadah (Explorace)

06.00 pm : Hemat Diri

06.30 pm : Makan Malam

07.10 pm : Solat Maghrib

07.30 pm : Kuiz penilaian Solat dan Wuduk.

08.40 pm : Solat Isya’

09.10 pm : LDK 3: Amali Solat

11.00 pm : Minum Malam

11.30 pm : Tidur

7 Jun 2009, Ahad.

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.40 am : Bacaan Zikir Pagi

07.20 am : Riadah dan Hemat Diri

08.00 am : Sarapan pagi

08.30 am : Aktiviti Massa 6: “Jama’ Dan Qasr: Kemudahan Buat Manusia”

10.00am : Minum Pagi

10.30am : Sesi Soal Jawab Umum

11.10am : Gotong Royong

11.30 am : Majlis Penutup

12.30 pm : Sesi Temu ramah (Peserta, Ibu bapa dan Fasilitator)

01.00 pm : Bersurai


Untuk Memuat Turun Borang Penyertaan, klik link di bawah:

Muka hadapan borang penyertaan

Muka Belakang borang penyertaan

Thursday, May 21, 2009

* Sana Sini Dayus *

Ini petikan dari artikel UZAR. Klik sini untuk membaca keseluruhan artikel.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"



Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)



Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, May 19, 2009

* B.G.A *


Who gave this award to you? And who is she for you?

Atikah Basyirah gave me this. :) She's my childhood friend, used to be a part of S.H.A.M, and inshaALLAH will forever be my super nice friend! :D

Oppss! But there are a few condition for this award.

•Make sure you are a girl •Copy this badge as ur award •State 5 reasons why you think you are special and why do you proud to be a girl? •Are you beautiful? Why? •Pass this award to your girlfriends.


5 reasons why im special

1. Secret 2. Secret too 3. Rahsia 4. Juga rahsia 5. Biarlah rahsia... :)

why do you proud to be a girl?
Before that, am i STILL a girl?! Huhu.. Hm.. Bangga sebab dalam Quran, ada satu surah yang namanya perempuan iaitu an-nisaa'. ;p

are you beautiful? why?

Top Secret. No why-why aaa...

girlfriends:
1. Miss Norfadhilla
2. Afzan
3. Suliana
4. Ulfah
5. Afifah SF2721

Monday, May 18, 2009

* Available in English *

Untuk makluman, artikel-artikel Dr. Asri kini terdapat dalam versi bahasa Inggeris di blog Umm Hajar. Layari: ofdestiny.blogspot.com.

* Boleh! Boleh! Boleh! *

Pertemuan singkat kami dengan kak Ajmal di hadapan bank beberapa hari lepas benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Sungguh, setiap kalimat yang meniti di bibirnya terkandung hikmah yang bernilai. Pengakhiran pertemuan kami kali itu sedikit demi sedikit telah mencambahkan putik-putik semangat dalam diri. Hingga kini, putik itu semakin segar kerana disirami titis-titis kesedaran dan turut dibajai sebuah harapan yang melangit tinggi.

Kak Ajmal kini sedang dalam usahanya untuk menyiapkan tesis master. Katanya ini semester terakhir dia menjadi pelajar UIA, maka mahu atau tidak, fasa penulisan tesisnya itu perlu diakhiri seberapa segera. Selepas ini dia akan bekerja sambil menyiapkan ph.D pula. Kagum dengan semangatnya dalam menuntut ilmu yang tidak pernah luntur meski usia semakin meningkat. Baginya, biarlah pohon motivasi dalam diri akan sentiasa menyubur dan merimbun seiring pertambahan umur. Bukan semakin layu dek teriknya pancaran dugaan yang tidak putus-putus dilontarkan sepanjang perjalanan kehidupan.

Di celah-celah kisah tesis itu, terbit luahan dan persoalan dari Atina, sahabat saya,

“Akak, macam mana akak boleh rajin sangat nak belajar sampai ph.D. Saya setakat ni betul-betul tak pernah terfikir yang saya mampu untuk lanjutkan sampai tahap master, apalagi ph.D. Macam susah sangat je...”

Saya sekadar menyokong kata-kata Atina. Benar, saya selalu disogokkan dengan pemikiran –yang entah datang dari mana- bahawa selepas ijazah, saya akan bebas dari dunia menuntut ilmu [yang formal] dan bakal menceburi bidang lain. Antara sebab utamanya, metodologi penulisan tesis yang dirasakan agak rumit, dan juga kerja-kerja mencari sumber rujukan yang pasti menuntut masa yang panjang dari kita.

Namun, kata-kata kak Ajmal lantas membuka mata kami dan merubah persepsi lapuk yang sekian lama menapak dalam minda kami.

“Memang bukan senang. Sebab itulah nilainya tinggi. Tapi itu tak bermakna kita tak mampu buat. Akak belajar dari kawan-kawan yang hebat, akak nampak diorang tak pernah rasa tak boleh dalam laksanakan sesuatu. Diorang selalu yakin dengan diri sendiri dan segalanya boleh, boleh, boleh. Jangan terus-menerus jump into conclusion dan kata diri kita tak boleh. Kita semua boleh, kalau kita mahu. Nak tahu tak, sebenarnya bila kita set dalam minda yang kita ni boleh, kita pasti boleh buat & insha Allah berjaya, nak tahu sebab apa? Sebab, orang yang yakin dirinya boleh, dia akan ada motivasi yang tinggi untuk terus usaha sampai dia betul-betul berjaya. Dan bila dia yakin boleh, sebenarnya dia dah letak keyakinan bahawa Allah pasti tolong dia. Dalam masa yang sama, bila dia selalu kata dirinya boleh, itu dah jadi satu doa. Jadi, jangan sekali-kali rendahkan kebolehan sendiri sebelum cuba.”

Kagum dengan untaian kata yang tersimpul indah oleh kak Ajmal. Kami mendengar dengan tekun. Cuma sesekali riak wajah berubah mengikut rentak hati tatkala mendengar kata-kata kak Ajmal.


“Nanti korang pun buatlah master & ph.D. Kita bukan setakat nak dapat ilmu tu, tapi kita nak jugak menyumbang sesuatu untuk agama dan masyarakat. Umat Islam kan umat terbaik, jadi kita perlu sentiasa lahirkan muslim/muslimah yang intelek. Supaya kita mampu bersaing dengan agama lain dan mendahului mereka. Walaupun kita perempuan, kita tetap ada tanggungjawab terhadap agama, tetap diberi ganjaran sepertimana lelaki andai kita berusaha menegakkan agama.”

Lantas hati ini teringat kepada firman Allah:

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

[Surah aali ‘Imran: 139]

Maksudnya: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Benar, orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjatnya. Jika kita mengaku kita ini orang beriman, sudahkah kita berusaha untuk sentiasa menjadi yang terbaik…?

InshaALLAH… Mudah-mudahan apa sahaja yang kita lakukan sekarang, pengakhirannya adalah sebuah kegemilangan kepada agama Islam yang kita cintai ini. Sungguh, tanpa Islam kita ini hina.


MUSLIM BOLEH! :)

* Ya 'Ibaadi *

Ingin berkongsi satu hadith sahih dengan pembaca. Hadith yang sungguh mendalam maknanya hingga adakala tak terselam... Namun tetap bisa difahami meski sekadar berlegar di persisirannya. Cuma mutiara yang tersimpan itu mungkin gagal dicapai. Apapun, kita semua masih lagi diberi peluang untuk menyelam ke dasarnya lantas mengutip satu persatu khazanahnya. Moga kita tidak akan menjadi manusia yang sering melihat tetapi tidak pernah nampak. :)

يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي، وجعلتع بينكم محرماً، فلا تظالموا. يا عبادي كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم. يا عبادي، كلكم جائع إلا من أطعمته، فاستطعموني أطعمكم. يا عبادي، كلكم عارٍ إلا من كسوته، فاستكسوني أكسكم. يا عبادي إنكم تخطئون بالليل والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعاً، فاستغفروني أغفر لكم. يا عبادي، إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني، ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنّكم كانوا على أتقى قلب رجل واحد منكم ما زاد ذلك في ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنّكم كانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم ما نقص ذلك من ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني فأعطيت كل واحد مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيَط إذا أُدخل البحر. يا عبادي، إنما هي أعمالكم أحصيها لكم ثم أوفيكم إياها. فمن وجد خيراً فليحمد الله، ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه.


Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezhaliman ke atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya ke atas kalian. Maka janganlah kalian berlaku zhalim sesama kalian.

Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri hidayah. Maka mintalah hidayah daripada-Ku. Nescaya Aku berikan hidayah itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, kalian semua adalah orang-orang yang lapar. Kecuali orang-orang yang Aku beri makan. Maka mintalah makanan kepada-Ku. Nescaya Aku berikan makanan itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang yang tidak berpakaian. Maka mintalah pakaian kepada-Ku. Nescaya aku berikan pakaian itu kepadamu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua berbuat dosa di siang dan malam hari dan Aku mengampunkan semua dosa. Maka mintalah pengampunan kepada-Ku. Nescaya aku ampuni kalian semua.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku, maka sedikit pun kalian tidak akan membahayakanKu.

Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian tidak mampu mendatangkan sesuatu yang bermanfaat bagi-Ku, maka sedikit pun kalian tidak bermanfaat kepada-Ku.

Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua yang awal dan akhir, baik dari bangsa manusia atau jin, bertaqwa seperti orang yang paling taqwa di kalangan kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun kepada takhta kerajaan-Ku.

Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua yang awal dan akhir, baik dari bangsa manusia atau jin, sejahat orang yang paling jahat di kalangan kalian, hal itu tidak mengurang sedikit pun takhta kerajaan-Ku. 

Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua yang awal dan akhir, baik dari bangsa manusia ataupun jin, berdiri di atas satu dataran lalu meminta apapun kepadaKu, lalu Aku penuhi permintaan mereka, hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air samudera ketika dimasuki sebatang jarum jahit. 

Wahai hamba-hambaKu, semua itu adalah perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku serahkannya untuk kalian. Maka barangsiapa mendapat kebaikan, hendaklah ia memuji Allah, dan barangsiapa mendapat selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendiri.

[Hadith Riwayat Imam Muslim]

Jangan sombong dengan Allah okay!

Saturday, May 16, 2009

* A Shoulder to Cry On *

Tangisan adakala sinonim dengan perempuan. Tapi itu bukanlah sesuatu yang menjadi masalah besar bagi kita. Cuma, mungkin satu perkara yang perlu kita tanyakan pada diri... “Apa yang aku dah buat –sebagai kawan- untuk menenangkan sahabat yang sedang bersedih?”

Ya, mungkin kita tidak memahami derita yang dialami sahabat itu, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan sahabat mengalirkan airmata keseorangan... bersedih kerana adakala diuji dengan sesuatu yang dirasakan terlalu berat untuk digalas..

Ada satu perkara yang hakikatnya kita mampu lakukan dan yang penting, inshaALLAH ia mampu menenangkan sahabat yang sedang dalam sedu-sedan, iaitu: ‘A shoulder to cry on’. Kalau dalam bahasa Melayu, tak pasti apa istilah yang sesuai. Itulah antara perkara yang sangat membantu untuk mengurangkan kesedihan sahabat yang sedang tenggelam dalam lautan air mata. Hampirinya dan peluklah dia –untuk yang sama jantina sahaja-. Atau sekurang-kurangnya hulurkan sentuhan, tanda kita benar-benar mengambil berat dan untuk dia tahu bahawa dia tidak keseorangan mengharungi dugaan itu.

Bagi saya itulah antara tindakan terawal kita, bukan dengan terus menerus bertanyakan sebab yang membawa kepada tangisannya. Kerana meski hati yang derita sudah meluahkan, belum tentu jiwa yang mendengar mampu memahami. Lagi pula, sahabat kita itu bukan semata-mata mahu dipujuk rayu, namun seseorang yang bisa menemani adalah yang amat diharapkan.

Buat yang tinggal di hostel, sahabat sekamar juga adalah jiran kita. Lupakah kita pada pesan Rasulullah shollallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka:
1. janganlah dia menyakiti jirannya
2. maka muliakanlah jirannya
3. maka berkatalah yang baik atau diam

dalam riwayat lain menyebut, maka berbuat baiklah kepada jirannya".

[Sahih Muslim: 1/162]

Meredakan keluh kesah seorang sahabat jua dikira sebagai berbuat baik kepadanya. Prihatinlah dengan orang di sekeliling kita. Tiada ruginya, malah berganda-ganda keuntungan yang akan diperoleh. Insha ALLAH..

p.s.: Bagaimana saya tahu caranya...? Saya juga manusia seperti mereka.. :)

Special thanks to dear Kak Zikr, Kak Ji and Siti.

*****

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But
you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

(A shoulder to cry on by Tommy Page)

* A life of test *

It’s a life of test…

No doubt that among the reasons we were created by Allah ‘Azza wa Jalla is to be tested which of us are more ‘far above the ground’ in doing ‘amal salih. [al-mulk: 2] Time and again, over and over again, we are always unaware that the dates of our ‘examinations’ are already written somewhere beyond our sights. That’s one fearful thing, another thing is; being unaware of the examination dates often makes us failed to prepare and teach ourselves on how to deal with them.

However, it is to bear in mind that Allah already stated that those who declared themselves as Muslims will surely and unquestionably be tested. [al-ankabut: 2] Only that the level of tests or exams are vary, depending on the iman sealed in our hearts. The hardest challenges were tested on the prophets, and the second hardest tests will fall upon the solihin. [As told by Prophet shollallahu alaihi wasallam in an authentic hadith reported by Ibn Majah- bab al-sobru ‘alal balaa’].

With no dubiety at all, we Muslims are ought to make ourselves well prepared to face all life-challenges in accordance to Islamic teachings. One of the ways is, as what has been told by Rasulullah shollallahu alaihi wasallam [in a hadith reported by Imam Muslim –bab almukmin amruhu kulluhu khayr], that a Mukmin, whenever calamities fall upon him, he will straight away praise Allah and be patient [hamidallah wa sobaro], and each time he entered through a window of bliss, and being given the chance to stay in the home of easiness, he will immediately praise Allah and be grateful to Him [hamidallah wa syakara]. And indeed, every single thing which happens to a Mukmin is always the best thing ever happened.

However, it is not a sin for any mukmin to express the emotions experienced during their dismal and gloomy days, as long as it does not indicate that he is blaming Allah and thus feel thwarted with the fates destined. Assertively said, the only things which will surely be attached to the gloomy self are the dropped-down tears.

After all, this heart is really praying that the pearls which often gush down from the murky eyes will still place a firm belief in Allah and will not forget that: in this life, being tested does not mean Allah hates you. In fact, it is one of His ways to make your soul closer and closer to Him.


Allah loves me, you and us.

Wednesday, May 13, 2009

* Hanya Dia *

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pernikahannya.. Namun entah mengapa hatinya dirasakan sungguh tidak tenteram dan keluh kesah. Meski ini yang ditunggunya selama hampir 4 tahun, tiada pula dia rasa teruja dengan takdir ini. Bukanlah dia tidak mensyukuri nikmat itu, namun tidak dia ketemu hatinya tatkala berbicara soal pernikahan yang semakin hari semakin menghampiri…

Boleh jadi kerana kata-kata seorang pensyarahnya beberapa hari lepas yang sedikit sebanyak mengocak air ketenangan dalam jiwanya..

“Ada satu perkara yang ustazah nak pesan sebelum kamu melangkah ke alam pernikahan.. Be a good wife. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Jangan mengharap pada manusia untuk memberi kamu kebahagiaan. Pasakkan dalam hati bahawa kamu berkahwin semata-mata kerana mahu menggapai keredhaan-Nya. Bukankah seorang Muslim itu, apabila dia melakukan sesuatu, harapan yang terselit dalam hatinya hanyalah untuk mendapatkan mardhaatillah? Jadi, ustazah nak pesan supaya segala tanggungjawab yang kamu jalankan sebagai seorang isteri kelak, ia dilakukan semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Bukan untuk mengharapkan balasan dari sesiapa. Kerana sememangnya manusia tak punya apa.. Percayalah, cepat atau lambat, suatu hari kamu akan faham mengapa ustazah cakap macam ni…”

Be a good wife… Mengapa baru kali ini nuraninya terasa kata-kata itu terlalu berat untuk ditelan, apatah lagi untuk dilaksanakan? Ya Allah, tiba-tiba aku jadi terlalu takut untuk menjadi seorang isteri… Aku takut untuk menerima tanggungjawab yang besar itu... Lebih takut mengingatkan seandainya aku gagal memikulnya dengan baik..


[SEKADAR SEBUAH KISAH...tiada kaitan dengan saya.. :)]

*****

Benarlah, pergantungan yang hebat kepada Tuhan merupakan satu-satunya cara untuk hati meraih ketenangan hati & yang utama, hanya dengan bersandarkan kepada-Nya, jiwa manusia mampu meredhai setiap satu takdir yang ditetapkan. Segalanya benar-benar indah seandainya manusia mengembalikan segalanya kepada pemiliknya. Dalam hati pasti akan terbit rasa ketenangan, dan pada zahirnya, akan pasti tiba pertolongan dari-Nya. Firman Allah:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ...

Dan siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya

[Surah al-Talaq: 2]

Cukuplah Allah baginya, bukan ganjaran dari insan lain yang diharapkan, pun bukan bantuan dari manusia seluruhnya yang didambakan. Cukuplah Allah bagiku… Cukuplah Allah bagiku… Cukuplah Allah bagiku… Moga pada setiap nafas yang terhela, kalimat-kalimat itu yang akan sentiasa berkumandang.

Manusia sering mengadu,

“Mengapa takdirku tidak seperti insan lain? Mengapa aku perlu terseksa begini…?"

Berdoalah. Tidak ada dosanya jika kita memohon untuk berbahagia. Lupakah pada doa yang baginda shollallahu alaihi wasallam ajarkan:

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebahagiaan & kebaikan di dunia dan akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka

[Sahih Bukhari: 13/469]

Meski ramai yang memandang remeh pada kuasa yang ada pada doa, usah pedulikan mereka. Mereka itu manusia-manusia yang tidak punya kepercayaan yang tinggi pada Allah. Mereka lupa akan firman Allah yang ini:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berkata: Mintalah padaku! Nescaya aku perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari beribadah (termasuk berdoa) kepadaku akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan yang hina.

[Surah al-Ghafir: 40]

Percayalah dengan kalam Tuhanmu. Yakinlah dengan segenap hatimu bahawa Dia pasti memperkenankan permintaanmu. Meski dirimu terasa dosa yang tertanggung sudah tidak terhitung beratnya, percayalah bahawa Dia tetap menerimamu. Tinggal sahaja kamu yang perlu kembali kepada-Nya..

Berdoalah, kata Rasulullah shollallahu alaihi wasallam, orang yang tidak berdoa akan dimarahi Tuhannya..

من لم يدع الله يغضب عليه

Siapa yang tidak berdoa kepada Allah, Allah marah padanya.

[H.R Ibn Majah. Dinilaikan Sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Ahadith Sahihah: 6/156]


Dan mungkin manusia akan terus berkata:

“Dulu, waktu aku ditimpa kesusahan, aku pernah berdoa kepada Allah, tapi doaku itu tidak dimakbulkan...”

Wahai manusia, sedarkah kamu bukan sekadar perlu meminta dan terus meminta, tetapi kamu harus turut memberi. Kamu juga punya peranan dalam hidup ini. ‘Memberi’ kepada Tuhan bererti kamu menyerahkan hatimu kepada-Nya, dengan melaksanakan tanggunjawabmu yang sebenar-benarnya sebagai hamba. Juga dengan memberi sepenuh pengharapan kepada-Nya semata. Periksa hatimu, koreksi dirimu. Sudahkah kamu menjalankan tugasmu sebagai hamba & khalifah dengan sebaiknya?

Dalam satu potongan hadith qudsi, Allah berfirman:

وإن أتاني يمشي أتيته هرولة

Dan seandainya hambaku datang kepadaku dalam keadaan berjalan, Aku akan pergi mendatanginya dalam keadaan berlari.

[Sahih Bukhari: 22/409]

Hadith ini menunjukkan bahawa kita sebagai hamba perlu memainkan peranan sendiri seandainya mahu mendapat ‘perhatian’ Allah. Bukan sekadar memandang ke langit dunia, sambil tangan mendakap dada lantas mengharap bulan jatuh ke riba.

Pun di sana masih kedengaran suara:

“Siapa kata aku tak berdoa?! Aku dah banyak kali doa tapi Allah tak makbulkan...”

Buat sesiapa yang pernah atau sedang terdetik di hatinya kata-kata sedemikian, istighfarlah... Mahukah kamu aku khabarkan sabda Baginda shollallahu alaihi wasallam...? Lapangkan hatimu untuk menerimanya...

يستجاب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي

Akan dimakbulkan doa antara kamu selama mana dia tidak tergesa-gesa, (iaitu selama mana dia tidak) mengatakan: “Aku telah berdoa tetapi tidak dimakbulkan doaku itu.”

[Sahih Bukhari: 19/416]

Kata-kata itu nyata perlu dihindari sejauh yang mungkin kerana ia menunjukkan tanda-tanda keputusasaan kepada Tuhannya. Tetapkanlah dalam hatimu, Allah itu Maha Mendengar, Dia yang Maha Memberi dan hanya Dia satu-satunya sebaik-baik pembantu.



Semalam, Allah telah menolongmu... Percayalah, esok juga Dia akan tetap
menolongmu...

Friday, May 8, 2009

* Two..One..Two..*

For every human being Allah has created two eyes;
however, the majority of people look through only one eye.

And for every human being Allah has created a tongue and two ears;
however, the majority of people talk with two tongues and listen with just one ear.

And for every human being Allah has created two hands: one hand for use to support himself, and the other to support others; however, the majority of people use just one hand.

And for every human being Allah has created two legs: one leg for use to pursue things in life and the other for use to pursue things in the Hereafter; however, the majority of people use just one leg.

And for every human being Allah has created one heart, which carries the burdens of man's short life, yet man brings to himself more burden than many hearts can handle.

And for every human being Allah has created one life, yet man wastes his times as if he has a hundred lives.

And for every human being Allah has decreed death just once, yet man ignores it and wishes and plans to die every day.


From the book: "This Is What Life Has Taught Me" by Dr. Mustapha Al-Siba'ii

* An Endless Hope *

If you will carry on the way

guided by human,

you will find a HOPELESS END.

But if you will carry on the way

guided by Allah,

you will find an ENDLESS HOPE.

::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥♥ Allah's blessings are a treasure so true, that their value cannot be measured, and one of Allah's blessings is you! ♥♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::♥::

GOD is blessing you...Have a nice day for everyone...

Sunday, May 3, 2009

* Soalan dari mereka *

Ini artikel yang saya copy dari emel yang saya dapat. InshaALLAH, sangat bermanfaat! 

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua

persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang
perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama
Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran
diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang
disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah
Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam
Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi
Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak
bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha
mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi
Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja
nabi Isa itu Tuhan kan ?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap
tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan,
dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa
yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai
tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir
zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang
terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih
hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab
lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu
ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam
ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu
juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan
lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna
'Kami' Kenapa?'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang
menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen
Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah
rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh
Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk
dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita
basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam?
Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah
selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,
bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh
orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh
balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan
tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi
taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah,
tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan
? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak
kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa
yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan
umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana
Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg
sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah
untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang
Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak
di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu
kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja.
Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang
bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana
hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala
kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2
dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu
panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja.
Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...
Wallahu'alam.

* Sandarkan kepadaNYA *


"Ummi...Um..mi.. Isk... isk..." panggilan Athni sayup-sayup dari tingkat bawah rumah. Suaranya tersekat-sekat di kerongkong kerana diganggu linangan air mata yang tidak henti-henti mengalir.

"Iye sayang.. ummi kat atas ni. Ummi nak kutip baju kotor kejap." terkocoh-kocoh si ibu mendapatkan anaknya yang tiba-tiba menangis. Panik juga bila jadi begini. Harapnya tiada perkara serius yang berlaku. Sebaik derap kakinya meniti di atas anak tangga yang terakhir, matanya terpandang anak bongsunya itu menangis teresak-esak di sisi beg sekolah serta dikelilingi buku teks yang berselerakan di atas lantai.

"Subhaanallah.. Kenapa dengan anak ummi ni? Athni tak sihat ye sayang?"

Pelbagai andaian terbit dari benak si ibu lantas menambah rasa kaget, namun dicubanya untuk memberi reaksi setenang yang mungkin.

"Tak ummi, Athni sihat. Athni nak pergi sekolah. Tapi Athni takut sebab buku teks Bahasa Melayu Athni hilang. Athni dah cari kat rak tak ada. Kat dalam beg pun tak ada. Athni tak nak kena marah." jelas Athni dengan matanya memandang tepat ke lantai. Sesekali masih ada sisa air mata beningnya yang menitis.

Sayu hati si ibu melihat anaknya menitiskan air mata. Seraya dia menarik Athni rapat ke dadanya.

"Athni jangan menangis ye sayang. Tarik nafas dalam-dalam, tenangkan fikiran dan cuba ingat balik, Athni bawak balik atau tak buku teks tu? Boleh jadi Athni tertinggal kat mana-mana. Dalam van atau dalam laci meja kat kelas.”

Sepi. Si anak cuba mengingati apa yang berlaku dan si ibu sekadar menanti jawapan.

“Ummi...! Athni baru ingat!” Suara Athni yang berbaur kegirangan serta-merta mengejutkan ibunya.

“Ha, kat mana Athni letak buku tu?” Soal ibunya pantas.

“Semalam sebelum balik, Fahima pinjam buku tu kejap. Dia nak tengok muka surat mana yang ada kerja sekolah. Lepas dia pulangkan, Athni lupa nak masukkan dalam beg. Athni letak dalam laci meja...” tersengih-sengih Athni menceritakan kepada ibunya.

“Anak ummi ni.. Lain kali sebelum keluar kelas jangan lupa periksa laci meja. Ummi selalu pesan kan..” pesan si ibu sambil mencuit pipi anaknya itu.

“Athni lupa. Semalam banyak sangat berborak dengan Fahima sampai tak ingat nak tengok laci meja. Tapi ummi....” tidak semena-mena suara Athni berubah.

Tapi apa sayang..?” tanya si ibu kehairanan.

“Athni takut buku tu hilang... Takut budak kelas pagi ambil..” tangisannya kembali menjengah.


“Athni, pergi ambil wudhu’ dan solat sunat dua rakaat. Minta pada Allah supaya pelihara buku Athni tu daripada tangan-tangan manusia yang tak bertanggungjawab. Athni yakin dengan Allah kan. Sudah, bangun cepat, lap air mata tu. Tapi kalau Athni nak menangis kepada Allah dalam solat lagi bagus. Tanda Athni betul-betul berharap pada Allah satu-satunya. Lagi satu ummi nak Athni ingat, walaupun manusia beribu merancang untuk cederakan Athni, tapi Allah kata mereka gagal, maka mereka akan gagal, tak kira hebat macam mana pun cara yang mereka guna. Athni tahu kenapa? Sebab Allah yang Maha Berkuasa. Athni faham kan apa ummi cakap ni.”


Kata-kata si ibu sedikit sebanyak menyiram ketenangan di hati Athni. Bingkas dia bangun dan melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

Tenang hatinya seusai menunaikan solat sunat dua rakaat. Memohon pertolongan dari satu-satunya penolong, juga meminta perlindungan dari satu-satunya yang Maha Melindungi. Syukur yang tidak terhingga dirasakan kerana umminya sedari awal mendidiknya supaya kuat pergantungan kepada Tuhan. Kesyukurannya makin melangit apabila dia mengetahui bahwa di sekolah, masih ramai kawannya yang tidak tahu bersolat, apatah lagi untuk membaca al-Quran. Apabila ditanya, kata mereka usia sekecil itu masih tidak perlu kepada ilmu sedemikian. Pendek kata, belum tiba masanya. Terbit rasa kasihan dalam hati Athni terhadap mereka.

Satu pesan umminya yang paling dia simpan teguh dalam kepala: Allah sangat suka hambaNYA meminta-minta kepadaNYA. Kerana itu dia selalu membiasakan diri dengan berdoa –bukan ‘baca’ doa- pada setiap saat kerana kata umminya, manusia itu lemah pada setiap masa, oleh itu manusia memerlukan Tuhannya pada setiap helaan nafasnya.

Tengah hari itu Athni melangkah ke sekolah dengan diiringi ketenangan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Yang pasti dia bahagia apabila telah menyandarkan segalanya kepada Allah.


* Bermulanya di Y! M *

“Ish… Apa aku nak tulis ni.. Tak ada idea langsung lah.. Aku tak mampu nak hasilkan penulisan yang boleh ‘mengetuk’ hati orang lain.. Aku tak banyak ilmu..”

Begitu getus hati Sakhiyya, sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Hatinya risau dengan tanggungjawab berdakwah yang dia tahu sedia tergalas di atas bahu setiap muslim. Kerana itu dia sering tercari-cari jalan untuk melihat manusia-manusia di sekelilingnya berubah kepada yang lebih baik dan terbaik.

Dengan perasaan yang masih bingung dan penuh dengan tanda tanya dia log masuk ke Yahoo! Messenger. Bagus juga kalau-kalau dia mampu meluahkan isi hatinya ini dengan mana-mana teman yang bisa membantu. Ternyata waktu malam-malam begitu ramai yang online. Matanya melilau-lilau mencari id yang sedari tadi wujud dalam hatinya, sebagai sasaran untuk menjadi teman perbualannya malam itu.


Sakhiyya_14: Assalamualaikum Ana..

Ahsana_zikraa: Waalaikumussalam Ya. :) Lama tak nampak Ya online. Sibuk ke?

Sakhiyya_14: Tak adalah sibuk sangat pun Ana. Cuma sebelum ni tak rasa perlu untuk online.

Ahsana_zikraa: Oh, jadi malam ni ada keperluan la ye.

Sakhiyya_14: Betul tu Ana. Ya tengah pening ni. Dah lama Ya tak letak entri baru kat blog. Ya hilang idea. Betul-betul rasa tak tahu macam mana nak buat entri yang bermanfaat dan berfaedah untuk orang lain. Ya selalu rasa blog Ya tu banyak merapu je. Ya tak pandai nak menulis panjang-panjang atau ala-ala tsiqah macam orang lain. Tapi Ya nak jugak jadi macam tu..

Ahsana_zikraa: Aah la Ya, Ana pun selalu jenguk blog Ya tu tapi dah lama betul tak ada entri baru. Ana tertunggu-tunggu juga. :) Tapi Ya janganlah sampai cakap blog Ya tu merapu. Insha ALLAH ada manfaatnya yang mungkin Ya tak sedar.

Sakhiyya_14: Ya serius ni Ana. Kalau Ya nak minta pendapat Ana yang seikhlasnya tentang blog Ya boleh? Sekali-sekala Ya nak tahu juga pandangan orang lain tentang blog Ya tu.

Ahsana_zikraa: Hm... Nak pendapat Ana ye? Tapi Ana tak nak Ya rasa terhina atau kecil hati tau.

Sakhiyya_14: Iye, Ya janji. No offense taken. :)

Ahsana_zikraa: First and foremost, Ana rasa Ya perlu jelas apa matlamat Ya buat blog tu. Sebagai wasilah dakwah dan informasi ataupun semata-mata sebagai “scratch pad” untuk Ya bercerita tentang diri sendiri. Jujur Ana katakan yang kebanyakan entri Ya berkisar tentang diri Ya. Bagi Ana, kita perlu menulis tentang sesuatu yang orang perlu tahu. Bukan apa yang kita nak orang tahu tentang kita.

Sakhiyya_14: Tapi Ana, macam mana kalau tujuan cerita-cerita yang kita tulis tu, semata-mata untuk sampaikan pengajaran & nasihat dari kandungannya? Ya banyak je baca blog yang tulis pasal cerita mereka dan motifnya untuk sampaikan pengajaran di sebalik cerita-cerita tu.

Ahsana_zikraa: Maksud Ya, macam penulisan Abu Sulhi tu?

Sakhiyya_14: Aah. Ya nampak penulisan dia semua tentang pengalaman hidup dia.

Ahsana_zikraa: Itu yang Ya silap nampak. Sebagai contoh Abu Sulhi tu, kalau Ya perasan dia bukan bercerita tentang diri dia. Cuma seringkali dia selitkan dialog-dialog realiti yang pernah berlaku dalam hidup dia dan dirasakan berkaitan dengan tajuk penulisan tu. Cuba Ya bandingkan corak penulisan Ya dengan penulisan dia. Ada bezanya kan? Ya pasti selama ni cerita-cerita yang Ya sampaikan tu motifnya untuk sampaikan pengajaran? Ya yakin bila orang baca tulisan Ya, yang mereka dapat ialah pengajarannya? Atau sekadar lebih mengenali diri Ya dan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian Ya?

Sakhiyya_14: Betul cakap Ana tu. Ya baru perasan cerita-cerita Ya tu banyak pasal Ya je. Kadang-kadang Ya sendiri boleh jadi riak bila terlalu banyak bercerita tentang diri sendiri. Terima kasih Ana sebab sedarkan Ya pasal benda ni.

Ahsana_zikraa: Sama-sama. Tapi Ya, kalau ada cerita yang pernah berlaku dalam hidup Ya dan dirasakan betul-betul ada manfaatnya, tak salah untuk Ya kongsikan. Cuma Ya boleh tukarkan aktor dan aktres dalam kisah Ya tu. Supaya taklah nampak Ya nak bercerita tentang diri sendiri. Sebaliknya pengajaran tu yang lebih penting untuk orang lain tahu.

Sakhiyya_14: Hm.. Ya setuju dan sangat menerima cadangan Ana tu. Tapikan Ana...

Ahsana_zikraa: Tapi apa Ya?

Sakhiyya_14: Ya nak tulis pasal apa... Ya tak ada ilmu. Ya tak mampu memberi sebab tak memiliki. Bak pepatah Arab tu, “Faaqidussyai’ la yu’ti”. (Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak mampu memberi)

Ahsana_zikraa: Ya, yang Ya belajar setiap hari di kuliyyah tu bukan ilmu? Buku-buku yang Ya baca tu dalamnya bukan ilmu? Ilmu berkaitan al-Quran, hadith-hadith sahih yang kebanyakan manusia masih keliru malah buntu tentangnya, bukankah itu antara perkara penting yang manusia di muka bumi ni perlu tahu? Paling tidak pun, tentang isu-isu semasa yang ada sekeliling kita sekarang ni.

Sakhiyya_14: Em, tapi Ana, kalau Ya tulis pasal Quran dan Sunnah, ramai yang rasa benda tu berat dan mereka tak minat.

Ahsana_zikraa: Jadi kat sinilah peranan Ya untuk buat penulisan yang santai dan menarik. Ya perlu pelbagaikan gaya penulisan supaya ramai yang boleh ambil manfaat. Tak semestinya Ya tulis pasal manhaj pentafsir al-Quran atau pembahagian hadith semata, tapi Ya boleh tulis cerita tentang ajaran yang terdapat kedua-dua sumber tu. Aplikasikan ajaran yang ada dalam keduanya ke dalam bentuk penulisan yang pelbagai.

Sakhiyya_14: Okay, Ya cuba, tapi ada ke orang yang boleh ambil manfaat dari penulisan Ya tu? Entah ada atau tidak yang mahu berubah ke arah kebaikan lepas baca penulisan Ya.

Ahsana_zikraa: Ya, tak boleh cakap macam tu. Tanggungjawab kita untuk menyampaikan, bukan memberi hidayah. Ya lupa firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 56?

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu. Dan Allah lebih mengetahui tentang siapakah yang akan mendapat hidayah...”

Sakhiyya_14: Ana, tak rugi Ya online malam ni. Banyak sangat pengajaran dan tadzkirah yang Ya dapat. Terima kasih banyak-banyak ye Ana. Ya bersyukur ada teman macam Ana.

Ahsana_zikraa: Alhamdulillah... Seharusnya segala pujian kita panjatkan kepadaNya semata. :)

Sakhiyya_14: Okaylah Ana, lain kali kita sembang lagi ye. Ya kat bilik kawan ni. Ya dah kena balik bilik.

Ahsana_zikraa: Okay, ma’as salaamah..

Sakhiyya_14: Ana, lupa ke pepatah Arab “La taqul ma’as salaamah, qul ilal liqaa’.” (Jangan ucapkan selamat jalan, ucapkanlah jumpa lagi) He he.

Ahsana_zikraa: Oh.. Ok ok, ilal liqaa’ ya Sakhiyya.

Sakhiyya_14: Ilal liqaa’. Jazaakillahu khairan katheera.

Ahsana_zikraa: Wa iyyaki.


Sakhiyya berjalan pulang ke biliknya di tingkat 4 dengan perasaan yang sungguh puas, benar-benar terasa ‘kenyang’. Setibanya di kamar, dia segera menyimpan komputer ribanya dan membuka buku Coherence in the Quran. Ada tugasan yang perlu diselesaikan. Sebaik membuka buku itu, matanya melewati satu ayat al-Quran dari surah al-Baqarah yang terasa menyambar hatinya. Ayat ke-44:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir?”

Meski asalnya ayat ini diturunkan kepada orang Yahudi, namun pengajarannya untuk semua. Berdesup masuk ayat ini ke dalam hati dan mindanya. Tiba-tiba dia merasakan selama ini dia selalu sibuk mahu manusia melakukan amal soleh dan menerima hidayah tetapi lupa akan kewajipan sendiri.

Kembali dia termenung sendirian lantas berbisik,

“Ya, mengislahkan diri itu perlu seiring dengan kerja dakwah! Bukan berusaha menyempurnakan diri sendiri kemudian baru berdakwah, kerana sememangnya manusia itu penuh cacat cela. Pun bukan berdakwah yang didahulukan sedangkan kewajipan sendiri tertinggal di belakang...”