Sunday, April 12, 2009

* Hari itu... *

Hari tu... Bila mimpi indah hadir datang menghiasi malam yang kelam, bahagia sungguh rasa di hati.. Terkadang hari-hari yang melelahkan membuatkan saya ingin meninggalkan semuanya di belakang, buat mencari ketenangan... Dikeranakan itu, meski sekadar diberi peluang untuk berehat dan berbahagia di alam yang bukan realiti, terasa ingin terus menetap di sana, tidak mahu terjaga.. bahagia itu telah menyebabkan diri ini mengutarakan sebuah permintaan...

Semoga mimpi itu akan menjadi realiti.. Mohon ia benar-benar hadir dalam hidup
ini..


Tapi,

Hari tu... Bila saya diuji seketika, serasa mahu tidur sepuas-puasnya.. Saya mahu ia hilang serta-merta. Sungguh ia menghancurkan sanubari ini.. Ya Tuhan, bagaimana harus aku hadapi semua ini.. Semakin hari segalanya terasa menghimpit diri.. Kekecewaan demi kekecewaan yang silih berganti dalam perjalanan ini membuatkan hati ini membisikkan satu impian...

Aduhai, betapa aku mengharap segala kesusahan ini hanyalah sebuah mimpi... Yang
bisa hilang setelah aku lelapkan mata ini..


Hari ini... Saya menyesal dengan permintaan-permintaan itu.. Terasa sungguh diri ini tidak mensyukuri nikmat Ilahi yang melimpah ruah memagari diri. Maafkan aku ya Tuhan... Kerana seolah-olah ingin sentiasa lari dari takdirMU.. Kerana jiwa ini sentiasa tidak bersedia untuk diuji.. Dan, kerana aku lupa jalan ke syurga itu sememangnya dipenuhi hamparan duri...

No comments: