Tuesday, February 28, 2012

* Bersama Kepayahan *

Bismillah.

Allah bagitahu kita, BERSAMA kesusahan itu ada kesenangan. Selama ini, berulang-ulang kali saya membaca ayat, inna ma'al 'usri yusra, tapi selama tu jugak tak terfikir yang terjemahannya adalah:

SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN ITU ADA KESENANGAN.

Dan bukan 'sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan.'

Ma'a ertinya bersama, bukan sesudah. Betapa mata dan hati ini tidak teliti akan perkara tersebut sebelum ini.. Andai dikenang kembali, setiap perkara dalam hidup ini sememangnya tidak akan kekal. Begitu juga dengan kesusahan, pasti sesudah kesusahan, akan tiba kesenangan, dan begitulah seterusnya yang silih berganti selagi kita dibekalkan ruh.

Namun, Allah 'memujuk' kita dengan satu ayat yang jauh lebih dalam maknanya; iaitu bersama kesusahan itu ada kesenangan. Kesenangan yang bagaimana? Berbagai bentuk dan caranya. Antaranya, kesenangan untuk semakin dekat dengan Allah, jua kesenangan untuk meninggalkan dosa.

Sakit, air mata, resah, gelisah, segalanya satu kesukaran yang beserta kesenangan. Apa kesenangannya? Pastinya kesenangan untuk menambah pahala (kerana hati semakin lunak untuk mendekatiNYA) dan menghapus dosa. Sebagaimana Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda:



Hadith ini sering menjadi penguat semangat tatkala terasa ingin rebah.. Saat hati diselubungi resah gelisah, rupanya ada dosa yang Dia padamkan... Saat airmata merembes laju kerana kesedihan, tanpa kita sedar ia menjadi penyebab berkurangnya dosa yang membebani kita.. Dan mungkin kita lupa, sekadar satu tusukan duri, adalah tanda Maha Pengampunnya Allah kepada kita yang tidak henti-henti membuat dosa...


Ya Allah moga hati ini sentiasa sedar bahawa pada setiap kesusahan yang Engkau beri, ada dosa yang akan terhapus.. 


Tuesday, February 21, 2012

Monday, February 20, 2012

* This too Shall Pass *



To all those suffering from sadness or depression, know that it isn’t your fault. It isn’t because you’re weak. It isn’t because you’re just not grateful enough. 


It isn’t because you’re just not religious enough. It isn’t because you don’t have enough faith. It isn’t because God is angry with you. 


To all the well-meaning people who tell you this, just smile. And know deep in your heart that the tests of God come in different forms to different people. And know that, by the help of God, every test can become a tool to get closer to Him. 


And that, verily, with hardship come ease–and like all things of this world–this too shall pass.





* Suci & Halal - Itulah Kita *

Bismillah.

HIJABI & SYAMPU

Saya pernah terlihat satu gambar seorang wanita muslimah yang berhijab dan berniqab, dan di bawah gambar tersebut terdapat satu caption daripada non-Muslim. Satu caption yang agak sinis dan menghina. Dalam gambar itu, wanita tersebut sedang memilih syampu di salah sebuah pasaraya. Caption nya lebih kurang begini:

"I find this picture so hilarious! Hey what is she doing there looking for a shampoo?! I don't think she even washes her hair.."

Dan pastinya ada Muslim yang berasa marah dengan kenyataan tersebut lantas menerangkan betapa agama Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan diri. Lihat saja pada wudhu', setiap anggota yang terlibat di bersihkan dengan teliti, dianjurkan menyelati celah-celah jari, meratakan air menggunakan tangan ke anggota tersebut, serta diulang-ulang beberapa kali. Dan setiap perbuatan ketika wudhu' itu, ada manfaat tersendiri pada kesihatan tubuh badan.

SEMAKIN BERIMAN, SEMAKIN BERSIH

Banyak dalil dari al-quran dan sunnah yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat mementingkan soal kebersihan. Termasuklah kebersihan jiwa, pakaian, makanan, dan lain-lain lagi. Bicara soal kebersihan dalam Islam, benar-benar membuatkan saya teringat kata-kata Ustadz Abdul Rahman El- Hajj:

"Sepatutnya, semakin seseorang itu memegang teguh pada ajaran Islam, semakin dia menjadi seorang yang mementingkan kebersihan."

Kerana itu, seandainya kita ingin memperbaiki diri, merawat iman, meningkatkan taqwa, mana mungkin kita mengabaikan perintah Allah yang menyuruh kita menjaga kebersihan. Antaranya, firman Allah swt dalam surah Al-Muddassir:



Kita sebagai Muslim juga perlu menjaga imej Islam sebagai agama yang suci zahir batin, bukan agama yang hanya mementingkan soal ibadah khusus tanpa melihat bagaimana keadaan zahir yang sebaiknya dan dituntut.

BERSIH TIDAK SEMESTINYA WANGI


Zaman kita ini wanita yang memakai perfume dengan bau yang kuat sehingga orang sekeliling boleh menghidu (biasanya setiap perfume adalah sedemikian) semakin lama semakin dianggap satu perkara biasa, sedangkan hadith Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam yang berkaitan perempuan memakai minyak wangi sangat 'keras' nadanya.

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية 

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Alasan 'ingin menutup bau badan' hakikatnya adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai kerana banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengekalkan badan dalam keadaan tidak berbau peluh. Saya pernah menggunakan limau kasturi dan ternyata cara itu amat berhasil. Sehinggakan apabila sudah biasa memakainya, badan tidak akan berbau 2-3 hari. Cuma satu masalahnya adakala ia memberi kesan agak pedih sedikit.

Kemudian saya mencuba produk yang ada di pasaran, iaitu bedak anti keringat. Alhamdulillah ia berkesan untuk mengelakkan badan daripada berbau dan yang paling penting, ia tidak membuatkan badan berbau harum kerana tujuannya adalah untuk menghapus bau keringat. Saya rasa terlalu banyak produk yang berfungsi sedemikian. Maka apa lagi alasan kita untuk terus memakai minyak wangi? (Dibenarkan memakainya di hadapan mahram).

Dan satu perkara yang menarik untuk dikongsi, kita sebenarnya boleh membuat deodoran sendiri yang lebih jimat dan selamat! Bagaimana caranya? Terlalu mudah, gunakan baking soda + cornstarch dalam nisbah 1: 6. Untuk maklumat lebih lanjut, jom klik page ini: http://1greengeneration.elementsintime.com/?p=596

Artikel itu turut mendedahkan bahaya bahan kimia (aluminium & parabens) yang biasanya terdapat dalam deodoran yang berada di pasaran. Ayuh, selain menepati kehendak syariat (mengelakkan wangian di tempat umum bagi wanita), kita juga boleh lebih menjaga kesihatan. Insha Allah.

Wallahua'lam.

Sunday, February 19, 2012

* Selagi Punya Impian *

Bismillah.

Orang selalu kata, ibu yang berkerjaya itu banyak berkorban demi masa depan anak-anak, demi kesenangan hidup anak-anak...

Saya kata, semua ibu, samada berkerjaya atau tidak, tetap banyak berkorban demi anak-anak.

Dan bagi saya, ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah juga banyak berkorban demi membesarkan anak-anak...

Berkorban perasaan, apabila sering diremehkan...

Berkorban tenaga, untuk terus bekerja meski tanpa gaji...

Berkorban cita-cita, tatkala perlu menangguh untuk melanjutkan pelajaran...

Andai difikirkan kembali, hidup ini sememangnya satu pengorbanan. Selagi manusia punya impian, selagi itu ada perkara yang perlu dikorbankan...

Dan impian saya, untuk mendidik anak-anak dengan kudrat sendiri...memberi mereka makan dari air tangan sendiri... dan melihat satu persatu perkembangan mereka dengan mata sendiri...

Moga kelak apabila Allah bertanya tentang mereka yang berada di bawah tanggungjawab saya, saya akan punya jawapan yang pasti...

Ya Allah mudahkanlah urusan kami ini...

Sesungguhnya tiadalah kekuatan melainkan bersama-Mu...

*****

Sepotong lirik dari lagu Ya Ummi dari Ahmad Bukhatir.


How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري


T_T

Thursday, February 16, 2012

* 12 Rabi'ul Awwal- Kita Kehilangannya *

Bismillah.

Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini, kisah kewafatan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam yang saya dengar (atau baca) adalah kisah yang bertempat di rumah Fatimah RA.

Namun entah dari mana sebenarnya kisah itu. Ada yang mengatakan bahawa ia datang dari sumber syiah, wallahua'lam. Kisah yang sebenar dan sahih adalah kewafatan Baginda sollallahu alaihi wasallam di rumah Aisyah RA. Dan alhamdulillah saya dapat lihat bahawa program kanak-kanak di televisyen tahun lepas turut membawakan kisah kewafatan di rumah Aisyah RA, bukan di rumah Fatimah RA.

Di sini saya sekadar ingin copy paste kisah tersebut dari blog Abu Usamah. (lobaitampin.blogspot.com). Mohon luangkan masa untuk membacanya, apalagi buat yang selama ini tidak pernah tahu tentang kisah sedih ini.

Selamat menghayati.


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.

Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..

Di rumahnya, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Wasiat baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam
Sayangnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berbunyi:

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”.  Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.

Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba
Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya’, sakit baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam semakin mencengkam. Sakitnya itu tetap tidak menghalang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam daripada mengambil berat tentang solat Jemaah umatnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Jawab para sahabat: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

“Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata: Sediakan bekas air untuk ku.” Lalu para sahabat melakukannya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba bangun, tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam jatuh pengsan.

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam terjaga, lalu bertanya:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Para sahabat menjawab: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Sahabat Radiallahu ‘anhu yang ada memberikan jawapan yang sama: Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.

Berulang kali soalan itu ditanya oleh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam terlalu gering, tidak mampu untuk mengimami solat, walau sudah berulang kali baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berusaha menyegarkan badannya. Akhirnya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menyuruh Abu Bakar Radiallahu ‘anhu mengimami solat menggantikan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam.  Abu Bakar Radiallahu ‘anhu memikul amanah itu, semenjak hari itu, dia telah mengimami sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.

Senyuman Subuh Terakhir

Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Tiba-tiba Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menyingkap tabir di bilik ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu lalu memandang ke arah mereka. Baginda tersenyum dan tertawa.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu dengan penuh hormat mengundurkan dirinya kerana menyangka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin bersolat bersama mereka.

Kerana terlalu gembira, para sahabat sehingga mahu berhenti solat ketika itu. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memberikan isyarat agar solat diteruskan. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam masuk semula ke dalam biliknya, dan menutup tirainya.

Tangisan dan ketawa Fatimah Radiallahu ‘anhu

Pagi itu, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan sesuatu di telinga Fatimah Radiallahu ‘anhu. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam memanggil puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan.

Aisyah Radiallahu ‘anhu dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah Radiallahu ‘anhu.  Dia menjawab:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa akulah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa.
Fatimah Radiallahu ‘anhu puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya:

“Alangkah deritanya ayah..”

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Selepas ini tiada lagi penderitaan ke atas ayah mu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan nasihat buat umatnya: “Jagalah solat, jagalah solat, dan hamba-hamba yang dimiliki.”

Di atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam berada dalam pelukan isteri tercinta, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu.  Saudara lelaki ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tahu nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin kan kayu sugi tersebut. 

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu bersuara:

“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menganggukkan kepala setuju.

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu mengambil kayu sugi, lalu menghulurkannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu menyedari kayu sugi itu terlalu keras, lalu dia mengambilnya kembali. 

Dia bertanya lagi:

“Mahukah jika aku lembutkannya untuk mu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangguk tanda bersetuju.

Lalu, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu melembutkan kayu sugi itu dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu memggosokkan giri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dengan kayu tersebut.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam wafat atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, dengan bersatunya air liur ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Akhirnya…

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa sakit. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mencelup tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya, lalu berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan.

Selesai sahaja bersugi, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangkat tangan atau jarinya ke langit, lalu menyebut: “Bersama orang-orang yang engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ serta solihin. Ya Allah, ampunilah diri ku, rahmatilah diri ku. Temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah Teman Yang Tertinggi”.

Tangisan Para Sahabat

Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu berkata:  Tidak pernah aku melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam sampai kepada kami, dan tidak pernah aku melihat hari yang paling buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Berita kematian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam tersebar, tangisan tidak tertahan lagi. Air mata sahabat bercucuran.

Fatima, puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam Radiallahu ‘anhu berkata: Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.

Umar Radiallahu ‘anhu hilang pertimbangan, kecintaannya kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membuatkan dia seakan tidak sedar apa yang dia katakan. Umar Radiallahu ‘anhu berteriak dengan suara yang lantang:

“Ada orang-orang munafiq yang mendakwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam tidak mati, tetapi baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati!”.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. Dibukanya kain yang menutupi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, dipeluk dan diciumnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Abu Bakar menenangkan umat..

Umar Radiallahu ‘anhu masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar Radiallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radiallahu ‘anhu: “Duduklah Umar!”. Tetapi Umar Radiallahu ‘anhu enggan untuk mendengar arahan Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu terus berkata: “Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam, sesungguhnya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Hidup dan tidak mati.” Beliau terus  membaca surah Ali Imran, ayat 144:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Para sahabat terpaku. Mereka tersedar daripada lamunan mereka. Mereka mulai sedar hakikat nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah meninggalkan mereka. Kata-kata Abu Bakar Radiallahu ‘anhu menyentap jiwa mereka yang sedang kesedihan, mengambalikan mereka kepada kewarasan.
“Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang yang mendengar ayat itu dibaca, turut membacakannya”, demikian kata Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhu.

Umar Radiallahu ‘anhu yang tadi terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali, menenangkan kembali hatinya yang sedang berkecamuk:

“Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat”.

[Ringkasan daripada ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. Edisi terjemahan bertajuk Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)]

*******

Akhirnya 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah, hari Isnin, perginya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan umatnya.

Mana mungkin umatnya tidak menangis tatkala baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggal dunia, sedangkan ketika hidupnya baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menempuh 1001 ujian dan seksaan hanya kerana menyampaikan Islam kepada umatnya.

Bagaimana nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Safa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah.

Bagaimana mungkin kita lupa, ketika nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam sedang sujud di Masjidil Haram, lalu kaum musyrikin meletakkan najis dan kotoran di atas batang tubuh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu munculnya Fatimah Radiallahu ‘anhu menangis sambil membersihkan tubuh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Bagaimana kita boleh lupa, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ketika pertama kali mengajak penduduk Thaif kepada Islam, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam dibalas dengan lontaran batu. Setiap penjuru jalan yang baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam lalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, tetapi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menolak tawaran itu, kerana masih yakin akan datang masanya generasi kemudian menerima dakwah beliau.

Bagaimana kita boleh lupa…………….