Wednesday, April 29, 2009

* Barakah itu Ziyadah *

"Pegi mana2 jangan lupa salam mak ayah, baru berkat..."

"Ish, jangan buat camtu la.. Tak berkat..."

"Masaklah sendiri untuk suami & anak2, berkat.."

"Kalau nak dapat keberkatan, buatlah bla bla bla bla...."


Begitu kata2 yang sering kita dengar.. Begini berkat, begitu tidak berkat, dan macam2 lagi yang berkaitan kerberkatan. Hakikatnya, tahukah kita apa maksud berkat dgn sebenar2nya? Mungkin kalian tahu, tapi tidak saya. Selepas beberapa hari mencari maksud perkataan itu, alhamdulillah tadi saya temui ketika membaca majalah Solusi isu no. 5.

Pada satu ruangan yang bertajuk: Apabila Keberkatan Dicabut. Di situ tertulis:

Dari segi bahasa, berkat (barakah) bermakna bertambah (al-ziyadah) dan
berkembang. Kata ini digunakan untuk menunjukkan "kebaikan yang banyak" seperti
dalam firman Allah SWT: "Kitab yang berkat", dan "malam penuh berkat", yakni
dipenuhi dengan kebaikan yang banyak.

Rasulullah shollallahu alaihi wasallam juga seringkali mendoakan para
sahabatnya agar Allah memberkati mereka, seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah,
"Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya." [Mukhtasar Tarikh Dimashq li Ibn
Manzhur: 8/203]. Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban
meskipun usianya bertambah. Al Hafidz Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq bercerita
bahawa Abu Qatadah wafat pada usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti
remaja berusia 17 tahun.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa
keberkatan
dalam sesuatu bermakna kualiti sesuatu itu berkembang sehingga melampaui
kuantitinya.

No comments: