Monday, February 7, 2011

* Manisnya Hikmah *

Bismillah.

Ingin berkongsi catatan ringkas dari kuliah (9 minit) dari Dr. MAZA yang berkisar tentang Manisnya Hikmah di atas Ujian Allah SWT. Dari tajuk sudah terasa indah. :)

Saya cuma akan menaip kembali isi penting yang telah saya salin:

* Antara sebab ujian diturunkan adalah untuk meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah. Sebagaimana yang kita tahu, ujian itu diberi Allah berdasarkan tahap keimanan. Dan tentunya ujian yang paling hebat adalah apa yang dialami oleh para nabi.

* Ingatkah kita bilakah saatnya kita mula memahami erti kehidupan beragama secara praktikalnya? Jawapannya: ketika ujian melanda, kerana ketika itulah:

1) kita mula belajar untuk menghafal doa-doa (utk menghilangkan kesedihan) yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam.

2) kita mula belajar erti tawakkal kepada Allah satu-satunya.

3) Kita memahami erti khusyuk dalam ibadah.

4) Kita mula merasakan manisnya menitiskan air mata di tengah malam tatkala bermunajat kepada Allah lantaran terasa beratnya memikul dugaan.


* Kerana itu, kebiasaannya kita akan mula rasa kehilangan rasa khusyuk dalam ibadah apabila hidup dirasakan senang dan balaa' tidak lagi kelihatan.

* Ingatlah rintihan Ali bin Zainal Abidin:

Ya Allah jangan Kau serahkan diriku ini kepada diriku sendiri (untuk menguruskannya), kerana nescaya aku tidak akan mampu... dan jangan pula Engkau serahkan aku kepada manusia selainku, kerana nescaya mereka akan mengabaikan (mensia-siakan) aku.

* Dan amalkanlah membaca doa ini yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam:

يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين

Wahai Tuhanku yang Maha Hidup, Yang Kekal Memerintah selama-lamanya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku, dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata. (Al-hakim mentashihkannya dan disokong oleh al-Dzahabi 1/ 545. Lihat Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/ 273)

* Kadangkala, untuk menceritakan tentang nikmat ibadah, nikmat khusyuk, sukar benar ia digambarkan melainkan oleh orang yang merasainya.

* Apabila tiba sahaja ujian atau kesusahan, tetapkan dalam minda: Perkara pertama yang harus aku lakukan adalah MENGADU KEPADA ALLAH. Kemudian barulah kita mencari jalan penyelesaiannya.

* Usah terlalu bergantung harap kepada manusia. Kerana manusia sesama manusia tidak mampu memberi kebahagiaan atau penderitaan. Andai Allah mentakdirkan kita untuk bahagia, meski derita yang orang lain cuba lemparkan kepada kita, pasti kita akan tetap bahagia.

* Sedarkah kita, bahawa Allah menguji kerana Allah menyayangi kita? Cuba kita renung kembali, kadang-kadang selepas sesuatu ujian itu pergi, barulah kita menyedari bahawa ia tidaklah sebesar mana. Namun Allah memberi kerunsingan kepada kita tatkala kita di dalam musibah itu, kerana apa? Pastinya kerana Allah mahukan kita kembali kepadaNya.

* Antara sebab lain kita diuji adalah kerana perbuatan/ perangai kita sendiri. Kebiasaannya bila diuji, kita akan tersedar dan kembali mencariNya.

Wallahua'lam.



2 comments:

Linda said...

nice one sajidah..its good for you to spread something like this.

pasti ada sahamnye untuk awk di'sana' kelak..


keep the good article like this ye..hehehe.

super like!

UmiJida said...

amin3 atas doa awak!! :)