Wednesday, October 27, 2010

* Dialog Seribu *

Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: Apakah kamu lemah untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?

Sahabat: Bagaimana kami boleh melakukan seribu kebaikan?

Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: Ucaplah tasbih (Subhaanallah) 100 kali, nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan daripadanya 1000 kesalahan.

HR Muslim (4/ 2073)

* Pasti Ada Bahagia *

Bismillah.

BINTULU

Pada awal-awal hari kedatangan saya di bumi Bintulu, saya menerima beberapa nasihat, namun ia tidak memberi ketenangan kepada hati saya. Apa nasihat yang saya terima? Mereka kata;

"Duduk kat Bintulu ni kena banyak sabar..."

"Jangan sedih-sedih bila duduk Bintulu ni, akak pun even dah berkeluarga, kadang-kadang menangis bila rasa tak seronok tinggal di sini..."

"Bintulu bandar yang banyak dugaan..."

Nasihat kah itu? Saya hanya tersenyum menerima kata-kata itu. Terima kasih atas nasihat supaya meminta saya bersabar. Cuma bagi saya, mengapa awal-awal lagi beri perspektif yang tidak enak tentang bandar yang bakal saya huni ini? Sedikit sebanyak ia mempengaruhi jiwa saya apatah lagi pada hari-hari pertama saya di sini, yang saya kenali hanyalah suami. Remuk juga hati apabila sendirian di rumah memikirkan diri yang jauh dari keluarga.

Namun semakin hari semakin bertambah jumlah insan-insan di sini yang saya kenali, terutama apabila saya menyertai program Tadarus Alquran semasa bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah berpeluang mengenali kaum ibu yang tinggal berhampiran, dan rata-rata mereka adalah dari semenanjung. Terima kasih Allah kerana beri saya peluang untuk menambah kenalan meski di bumi yang agak asing ini.

Dan terima kasih juga kepada seorang kenalan saya (isteri bos suami) yang membetulkan semula perspektif saya tentang bandar Bintulu ini. Dia juga seorang yang berhijrah dari semenanjung, namun katanya selagi dia berada Bintulu, pasti dia akan mengambil peluang untuk menikmati kehidupan di sini. Terutama sekali dalam menikmati perkara-perkara yang dia tidak akan perolehi di kampung halamannya. Kerana itu dia rajin berekreasi bersama keluarga di hutan lipur dan juga gua-gua indah yang memaparkan fenomena alam.

Katanya lagi, di sini juga dirasakan hubungan sesama sahabat adalah rapat, tidak seperti di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang biasanya manusia terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Tambahan, di sini suasana tenang, kesesakan sangat kurang dan biasanya ketenangan inilah yang dirindui saat kembali ke semenanjung. Benar, selama saya di sini, meski hampir dengan bandar, namun ketenangan tetap ada. Terutama sekali kerana kebanyakan premis akan berhenti beroperasi dalam pukul 8malam.

Saya fikir, betapa pandangan dan kata-kata orang adakala sangat mempengaruhi bagaimana kita memandang kehidupan ini. Alhamdulillah, walaupun saya kini di Sarawak, usahlah membayangkan bahawa saya tinggal di rumah panjang atau jauh dari bandar. Malah, kemudahan-kemudahan awam sangat senang didapati. Rumah saya kini berhampiran dengan pantai, tempat rekreasi keluarga, hutan untuk jungle trekking, dan bermacam-macam lagi kemudahan yang bahkan tiada di kampung saya.

Apapun, akhirnya saya sedar, di mana-mana kita berada, sabar itu tetap perlu ada. Kerana ujian Allah itu tidak mengira tempat. Dan di mana-mana jua kaki kita ini bertapak, andai kasih sayang Allah melimpahi kehidupan kita, pasti ada bahagia yang akan kita temui.


MAKCIK

Ada seorang makcik yang saya paling rapat di sini. Anak jati Sarawak. Dari makcik saya belajar sedikit tentang bahasa Sarawak. Pernah suami outstation ke semenanjung, dan saya terpaksa menumpang di rumah makcik selama 3 hari. Sepanjang 3 hari bersama makcik (anak-anak makcik semuanya sudah besar dan tiada di rumah), terlalu banyak perkara yang saya pelajari.

Makcik adalah seorang yang sangat pemurah, rajin memberi tanpa berkira. Katil, set pinggan mangkuk, makanan, semuanya antara yang di sedekahkan kepada manusia yang dilihatnya kurang berkemampuan. Makcik juga adalah yang sangat rajin membantu. Jika terlihat saja orang tua yang tidak bermaya berjalan kaki seorang diri di tepi jalan, pasti makcik akan memberhentikan kereta dan menumpangkan orang tua itu hingga ke destinasinya. Subhaanallah, betapa besar ganjaran yang pasti Allah beri buat sang pemilik hati yang begini. Hal ini segera mangingatkan saya akan sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam:

Janganlah merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

1) Orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian dibelanjakannya untuk yang haq;
2) orang yang diberi hikmah (ilmu yang haq) oleh Allah, kemudian dipergunakannya (untuk yang haq) serta diajarkannya.

[Sahih Bukhari, Kitab Ilmu, hadith no. 59.]

P.S.: iri hati ada dua jenis, pertama yang mengharapkan hilangnya nikmat yang dimiliki oleh orang lain. Kedua, mengharap supaya memperoleh nikmat seperti yang dimiliki oleh orang itu. Dan maksud iri hati dalam hadith ini adalah jenis yang kedua.

Makcik adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa namun dia menjadi antara inspirasi saya. Inspirasi untuk menjadi surirumah yang berjaya, maksud saya berjaya dalam soal menunaikan tanggungjawab kepada agama, keluarga dan juga masyarakat.

Waktu dhuha dihabiskan agak lama di atas tikar sejadah, mengamalkan zikir-zikir pagi yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam dan pastinya solat sunat dhuha tidak akan ditinggalkan. Namun satu hari makcik mendapat satu penyakit, penyakit yang menyebabkannya tidak mampu untuk meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Makcik mengadu bahawa dia merasa sedih kerana sakit itu menyebabkan dia tidak mampu untuk menunaikan solat-solat sunat sebagaimana yang dia biasa lakukan. Kala itu, yang terfikir dalam kepala saya adalah satu hadith yang benar-benar melegakan hati & satu bukti Allah Maha Pemurah.

Sabda nabi shollallahu alaihi wasallam:

Apabila seorang hamba (tetap terus) melakukan sesuatu amal soleh, dan jika dia tidak mampu melakukannya kerana jatuh sakit atau berada dalam keadaan musafir, tetap ditulis baginya (ganjaran) sebagaimana dia melakukan amal soleh itu ketika dia sihat dan bukan dalam keadaan musafir.

[Sunan Abi Daud, Kitab Al-Janaaiz, hadith no. 3091. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam al Bukhari dalam sahihnya, hadith no. 2834.]


ALLAH MAHA PEMURAH

Subhaanallah, tabaarakallah, betapa pemurahnya Allah! Hadith tadi juga menggalakkan kita agar istiqamah dalam melakukan setiap satu amalan. Meski tidak banyak, namun andai kita melaziminya, maka itulah antara yang terbaik, sebagaimana sabda baginda Shollallahu Alaihi Wasallam:

Demi Allah, Dia tidak bosan memberikan pahala, sehingga kamu sendiri yang malas berbuat amal. Amal (agama) yang lebih disukai di sisi Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap dan teratur.

[Sahih Bukhari, Kitab Iman, hadith no. 36.]

p.s.: difahami dari hadith ini juga bahawa amal yang sedikit tetapi dilakukan secara tetap berterusan, lebih baik daripada amal yang banyak tetapi menyebabkan kebosanan atau kemalasan.

Sebagai penutup, saya ingin berkongsi satu lagi hadith bersama pembaca. Sabda nabi Shollallahu Alaihi Wasallam:

Dua kalimah yang ringan di atas lidah (senang untuk disebut), yang berat pada penimbang, yang disukaï oleh yang maha Pemurah:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

[Sahih Bukhari, hadith no. 6682.]

Daripada hadith ini juga difahami bahawa betapa Allah itu Maha Pemurah. Cara untuk mendapat pahala berganda-ganda terlalu mudah, namun mungkin kerana kelemahan yang ada pada diri kita, kita terlupa untuk mengejar-ngejar mencari pahala jua kasihNYA. Namun harus kita peringatkan diri sendiri juga untuk tidak terlalu leka mengejar kesenangan duniawi sehingga akhirnya kita terlepas untuk mendapat kesenangan di 'sana' nanti.

Wallahua'lam.


* Tujuh *


as usual, click for a larger view.

Tuesday, October 26, 2010

* Do You Know??? *

Bismillah.

Ingin berkongsi dengan para pembaca tentang bacaan-bacaan dalam solat. Erk, bukan kah semua dah tahu? Iya, namun saya ingin berkongsi di sini tentang bacaan-bacaan lain, yg juga diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, yang kemungkinan besar selama ini tidak kita ketahui apatah lagi untuk mengamalkannya.

Sebenarnya, untuk setiap satu pergerakan dalam solat, terdapat lebih dari satu bacaan atau doa yang telah diajarkan dan termaktub dalam hadith2 yang sahih. Di bawah ini saya senaraikan bacaan-bacaan tersebut:

Doa Istiftah:

1) اللهم باعد بيني وبين خطاياى كما باعدت بين المشرق والمغرب اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الابيض من الدنس اللهم اغسلني من خطاياى بالثلج والماء والبرد

2) سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك


Bacaan ketika rukuk:

3) سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفر لي

4) سبوح قدوس رب الملائكة والروح

5) سبحان ذي الجبروت والملكوت والكبرياء والعظمة


Bacaan ketika sujud:

6) سبوح قدوس رب الملائكة والروح

7) اللهم لك سجدت وبك آمنت ولك أسلمت سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه
وبصره تبارك الله أحسن الخالقين

8)اللهم اغفرلي ذنبي كله دقه وجله وأوله وأخره وعلانيته وسره

Bacan ketika duduk antara dua sujud:

9) رب اغفرلي رب اغفرلي


Bacaan-bacaan yang saya senaraikan ini adalah berdasarkan hadith2 yang sahih dan wajarlah menjadi amalan kita. Terdapat lagi beberapa bacaan lain namun saya hanya menukilkan sebahagian daripadanya.

Apabila kita mempelbagaikan bacaan dalam solat (sebagai contoh, untuk bacaan ketika rukuk, sesekali kita membaca subhaana robbiyal azhim, dan sesekali kita membaca subbuuhun quddusun robbul malaaikati war ruuh dan seterusnya), inshaAllah ia akan membuat kita lebih2 berhati2 dalam menjaga bacaan dalam solat kita dan lebih khusyu’.

Beramallah berdasarkan nas-nas yang sahih. InshaAllah ketenangan dalam ibadah pasti kita gapai.


p.s.: Untuk melihat bacaan-bacaan yang lain, bolehlah rujuk kepada buku Hisnul Muslim. Boleh dibeli di mana-mana kedai buku yang berdekatan (jika ada, dan antaranya terbitan telaga biru) dan boleh juga di download di sini.


[1] Bukhari (1/ 181), Muslim (1/ 419).
[2] Ashab al sunan al arba’ah. Lihat Sahih al-tirmidzi (1/ 77), Sahih Ibn Majah (1/ 135).
[3] Bukhari (1/ 99), Muslim (1/ 350).
[4] Muslim (1/ 353), Abu Daud (1/ 230).
[5] Abu Daud (1/ 230), al-Nasai , Ahmad. Sanadnya: hasan.
[6] Lihat no. 4.
[7] Muslim (1/534)
[8] Muslim (1/ 350)
[9]Abu Daud (1/ 231), Sahih Ibn Majah (1/ 148).


Sunday, October 17, 2010

* I am a Muslim & I am Not a Terrorist *

Brian Kilmeade, Fox & Friends

Taken from Crooks and Liars, 16 domestic terrorists that certainly weren’t Muslims since July 08

— July 2008: A gunman named Jim David Adkisson, agitated at how “liberals” are “destroying America,” walks into a Unitarian Church and opens fire, killing two churchgoers and wounding four others.

— October 2008: Two neo-Nazis are arrested in Tennessee in a plot to murder dozens of African-Americans, culminating in the assassination of President Obama.

— December 2008: In Belfast, Maine, police discover the makings of a nuclear “dirty bomb” in the basement of a white supremacist shot dead by his wife. The man, who was independently wealthy, reportedly was agitated about the election of President Obama and was crafting a plan to set off the bomb.

— January 2009: A white supremacist named Keith Luke embarks on a killing rampagein Brockton, Mass., raping and wounding a black woman and killing her sister, then killing a homeless man before being captured by police as he is en route to a Jewish community center.

— February 2009: A Marine named Kody Brittingham is arrested and charged with plotting to assassinate President Obama. Brittingham also collected white-supremacist material.

— April 2009: A white supremacist named Richard Poplawski opens fire on three Pittsburgh police officers who come to his house on a domestic-violence call and kills all three, because he believed President Obama intended to take away the guns of white citizens like himself. Poplawski is currently awaiting trial.

— April 2009: Another gunman in Okaloosa County, Florida, similarly fearful of Obama’s purported gun-grabbing plans, kills two deputies when they come to arrest him in a domestic-violence matter, then is killed himself in a shootout with police.

— May 2009: A “sovereign citizen” named Scott Roeder walks into a church in Topeka, Kansas, and assassinates abortion provider Dr. George Tiller.

— June 2009: James Von Brunn opens fire at the Holocaust Museum, killing a security guard.

— February 2010: An angry tax protester named Joseph Ray Stack flies an airplane into the building housing IRS offices in Austin, Texas. (Media are reluctant to label this one “domestic terrorism” too.)

— March 2010: Seven militiamen from the Hutaree Militia in Michigan and Ohio are arrested and charged with plotting to assassinate local police officers with the intent of sparking a new civil war.

— March 2010: An anti-government extremist named John Patrick Bedell walks into the Pentagon and opens fire, wounding two officers before he is himself shot dead.

— May 2010: A “sovereign citizen” from Georgia is arrested in Tennessee and charged with plotting the violent takeover of a local county courthouse.

— May 2010: A still-unidentified white man walks into a Jacksonville, Fla., mosque and sets it afire, simultaneously setting off a pipe bomb.

— May 2010: Two “sovereign citizens” named Jerry and Joe Kane gun down two police officers who pull them over for a traffic violation, and then wound two more officers in a shootout in which both of them are eventually killed.

— July 2010: An agitated right-winger and convict named Byron Williams loads up on weapons and drives to the Bay Area intent on attacking the offices of the Tides Foundation and the ACLU, but is intercepted by state patrolmen and engages them in a shootout and armed standoff in which two officers and Williams are wounded.


Wednesday, October 13, 2010

* She's Beautiful *


If can't see clearly what's written there, click the picture for a larger view or just read this:

So when this woman, before she leaves the house, like the other woman, she looks in the mirror.

But they are looking in the mirror for something different.

When the woman in the streets looks in the mirror, she makes sure she has the best style, she looks good, she can attract the men!

But this woman, when she looks in the mirror, she make sure she's dressed appropriately, makes sure that Allah is pleased with her, makes sure she's covered.

So when she goes out in the street and she's covered to please Allah and she does that,

SHE'S BEAUTIFUL.


Tuesday, October 12, 2010

* Andai Aku Bisa Seperti Yang Lain *

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

AKU CINTA ALLAH by wali band


p.s.: pada lirik "Allah jangan tinggalkan kau lagi", agak tidak bersetuju kerana Allah tidak pernah meninggalkan hambaNYA, bahkan kita yang sering melupakan DIA. Kerana itu ya Allah, bawalah aku ke jalan taubat supaya mudah bagiku untuk meraih cintaMU...