Thursday, April 30, 2009

* Rindu itu adalah... *

Masa tengok vcd ceramah Ustadz Zawawi yang bertajuk “Sup Bayi”, ada satu ayat ustadz yang menyentuh hati saya. Pada penutup ceramah itu, kata ustadz:

“Berubahlah kepada yang lebih baik. Mungkin tidak kita sedari, tetapi sebenarnya ramai yang merindui perubahan kita..”

Serta merta saya teringatkan diri saya. Adakah insan yang merindui perubahan diri saya..? Pasti ada. Ma dan Abah terutamanya. Mereka mungkin mahukan saya menjadi jauh lebih baik dari sekarang. Saya yakin mereka ingin saya menjadi anak yang benar2 solehah dan berjaya dunia akhirat. Saya masih dalam perjalanan untuk menggapai perkara itu. Entah mengapa perjalanan ini dirasakan terlalu berliku. Kadangkala saya keliru hingga akhirnya berteleku... Mengenangkan diri yang tidak menentu.. Benar2 mendambakan Hidayah dari Yang Maha Satu..

Apapun, yang penting saya tahu Allah lebih menginginkan saya dan hamba-hambaNYA yang lain untuk berubah, menjadi hambaNYA yang sentiasa kembali kepadaNYA, bukan sekadar di kala musibah melanda. Juga agar menjadi hamba yang sering merindukan untuk bertemu Tuhannya, lantas mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan yang mampu membawanya sampai kepadaNYA...

Allah yang menjadikan kita, Allah jualah yang sungguh menyayangi kita, Dia mempersiapkan syurga nan indah buat kita.. Dan telah memberi kita jalan untuk tiba ke sana. Namun manusia selalu lupa dan adakala sengaja memesongkan diri dari jalan ke syurga. Mereka terpesona dengan keindahan sementara yang menghiasi jalan berdestinasikan neraka.

Ya Allah... Bantu aku untuk berubah.. :(



p.s.: Bila bicara soal rindu, teringat saya akan pertanyaan adik beberapa hari lepas. Saya ditanya tentang “apa maksud rindu???” Tiba-tiba saya sendiri jadi tidak pasti dengan jawapan sendiri.. Cuma sekadar pemahaman saya, rindu itu satu perasaan yang menyebabkan kita terlalu menginginkan sesuatu, terfikir-fikir tentangnya, juga adakala menderita kerana ketiadaannya..

Benarkah begitu...? Kerana ada seorang sahabat pernah memberi istilah ‘Rindu yang Bahagia.’ Saya tidak tahu apa maksudnya di sebalik istilah iu tetapi mungkin maknanya, rindu terhadap sesuatu yang dia pasti akan mendapatnya atau menemuinya. Atau boleh jadi rindu itu yang membuatkan dirinya terasa bahagia dan tenang. Seperti, perasaan rindukan Allah yang membuatkan kita lebih bersemangat untuk beramal soleh serta dikurniakan rasa ketenangan di jiwa.. Saya cuba meneliti lirik lagu Rindu oleh Hijjaz, namun tidak menemui definisi rindu melainkan “Rindu itu adalah anugerah dari Allah...” Semoga kita tidak silap dalam menujukan rasa rindu itu.. :)

* Apa Khabar Hajar *

Hari itu saya hantar mesej kepada kak Rebeea, kakak kepada Siti Hajar Mohd Shafie, bertanyakan keadaan Hajar yang diuji dengan penyakit strok separuh badan. Kata Kak Rabeea:

"...Strok dia belum pulih, sedang dirawat lagi dengan urut. Dia dah jadi kurus sangat sebab tak makan. Dia nak minum je, makan sikit sangat. Mungkin tak selera sebab sakit kot..."

Shafaahallah.. Amin.

p.s.: Hajar adalah anak kepada Dr. Haji Mohd. Shafie bin Haji Mohd. Amin al-Muqri, pengasas kaedah al-Huffaz. Hajar diserang strok beberapa minggu sebelum final exam UIA yang lepas. Sama-samalah kita mendoakannya.

Wednesday, April 29, 2009

* Barakah itu Ziyadah *

"Pegi mana2 jangan lupa salam mak ayah, baru berkat..."

"Ish, jangan buat camtu la.. Tak berkat..."

"Masaklah sendiri untuk suami & anak2, berkat.."

"Kalau nak dapat keberkatan, buatlah bla bla bla bla...."


Begitu kata2 yang sering kita dengar.. Begini berkat, begitu tidak berkat, dan macam2 lagi yang berkaitan kerberkatan. Hakikatnya, tahukah kita apa maksud berkat dgn sebenar2nya? Mungkin kalian tahu, tapi tidak saya. Selepas beberapa hari mencari maksud perkataan itu, alhamdulillah tadi saya temui ketika membaca majalah Solusi isu no. 5.

Pada satu ruangan yang bertajuk: Apabila Keberkatan Dicabut. Di situ tertulis:

Dari segi bahasa, berkat (barakah) bermakna bertambah (al-ziyadah) dan
berkembang. Kata ini digunakan untuk menunjukkan "kebaikan yang banyak" seperti
dalam firman Allah SWT: "Kitab yang berkat", dan "malam penuh berkat", yakni
dipenuhi dengan kebaikan yang banyak.

Rasulullah shollallahu alaihi wasallam juga seringkali mendoakan para
sahabatnya agar Allah memberkati mereka, seperti doa Baginda untuk Abu Qatadah,
"Ya Allah, berkatilah kulit dan rambutnya." [Mukhtasar Tarikh Dimashq li Ibn
Manzhur: 8/203]. Sejak itu, kulit dan rambut Abu Qatadah tidak pernah beruban
meskipun usianya bertambah. Al Hafidz Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimashq bercerita
bahawa Abu Qatadah wafat pada usia 70 tahun namun kulit dan rambutnya seperti
remaja berusia 17 tahun.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa
keberkatan
dalam sesuatu bermakna kualiti sesuatu itu berkembang sehingga melampaui
kuantitinya.

* First time, Second Day *

For the first time in my life, i did check my exam result on the day it was issued.. was forced by my big & little sis to immediately check it.. Huhu..

*****

Saya yakin di sana ada peringatan dan teguran dari Tuhan Yang Maha Mengawasi. Apakan tidak... Dua hari berturut-turut hati saya digerakkan untuk membaca helaian al-Quran yang sama. Surah Yunus ayat 11 dan sekitarnya. Pada hari yang pertama, saya tidak terniat pun untuk membaca ayat dari surah itu. Sekadar terus membaca helaian yang pertama sekali saya belek sebaik membuka al-Quran. Dan hari kedua, entah bagaimana hati saya tergerak untuk membaca surah Yunus bermula dari ayat pertama.

Hari kedua itu, ketika tiba pada ayat ke 11 (ayat pertama yang saya baca semalam), hati saya tersentak lantas bermonolog sendirian, “ayat-ayat ini sama dengan ayat yang aku baca semalam..!” Serta merta saya amati terjemahan ayat-ayat itu:


11. Dan kalau sekiranya Allah menyegerakan kejahatan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, Pastilah diakhiri umur mereka. Maka kami biarkan orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan kami, bergelimangan di dalam kesesatan mereka.

12. Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk (menghilangkan) bahaya yang Telah menimpanya. begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.

13. Dan Sesungguhnya kami Telah membinasakan umat-umat sebelum kamu, ketika mereka berbuat kezaliman, padahal rasul-rasul mereka Telah datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, tetapi mereka sekali-kali tidak hendak beriman. Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat dosa.

Terasa sungguh ketika meneliti ayat-ayat ini.. Mohon diri ini sentiasa diberi peringatan...

Saturday, April 25, 2009

* Amin..Amin..Amin.. *

"Dah seminggu cuti..." ataupun, "baru seminggu cuti.."

Bagi saya yang menanti dengan tak sabarnya untuk naik sem pendek ni, tentulah ungkapan kedua yang sering terdetik di hati. Masa dirasakan berganjak terlalu perlahan. Namun tak dapat dinafikan ungkapan pertama sekali dua ada juga berbisik di hati. Kenapa tak sabar? Bukan tergesa-gesa ingin meninggalkan rumah, cuma ada perkara yang perlu diselesaikan di sana, sebaik sem pendek bermula. Apapun, moga diri ini masih mampu bersabar dan redha dengan segala takdir yang memagari. Amin.

*****

Baru siang tadi kakak tanya,

"eh karaoke yang kat luar ni dah takde ek? Macam dah lama je tak dengar..."

Btol jugak. Dah berapa malam terasa macam tak terganggu dengan karaoke terbuka kat depan rumah saya. Kalau tak, memang sakit hati sangat2 sebab terlalu mengganggu. Ramai sangat yang menyumbangkan suara yang sedia sumbang.. [tapi kalau suara sedap pun tetap menganggu]. Tak tahu kenapa mereka tu boleh dapat lesen untuk bukak bisnes karaoke ni.

Baru nak seronok bila fikir karaoke tu dah takde. Tapi tadi... Hidup lagi rupanya.. Huhu... Pathetic. Sampai pukul 2 3 pagi pulak tu. Sekarang ni pun ada lagu yang berkumandang kat telinga ni.. Buat tak dengar je la.. Pak cik sebelah rumah (ala-ala tok ketua) ni pernah tegur diorang tu rasanya, tapi tak tahulah apa perubahannya. Tak berapa aware pulak.

Moga ALLAH beri hidayahNYA kepada saya & kita semua.. Amin..

*****

Beberapa hari lepas saya perasan ada buku yang bertajuk "Online Dengan Tuhan" atas meja ruang tamu. Ma kata ma baru beli. Terbitan PTS, tulisan Zulkifli Khair. Saya baru baca 4 bab. Memang bermanfaat. Ada perkara yang diberitahu, yang selama ni saya lupa untuk kagum tentangnya. Disebabkan saya belum baca sampai habis lagi buku tu, jadi tak dapat nak kongsi banyak benda. Cuma ada dua rangkap untaian bicara dari penulis yang ingin saya kongsikan di sini:

Allah membangkitkan semua nabi daripada Adam hingga Muhammad Shollallahu ‘alahi wasallam dalam dunia tanpa wayar. Komunikasi mereka menjangkau ke langit tanpa wayar, malah tanpa satelit. Usah begitu kagum dengan teknologi tanpa wayar sedangkan setiap hari kita berkomunikasi dengan Tuhan tanpa wayar.

Tiada buku dan kitab yang dapat menandingi al-Quran, yang dibaca sejak zaman nabi Muhammad Shollallahu ‘alahi wasallam sehingga hari Kiamat. Walaupun buku How to Win Friends and Influence People yang ditulis oleh Dale Carniege dijual sehingga 15 juta naskhah ataupun buku Guinness Book World of Record yang dijual sehingga 30 juta naskhah, naskhah al-Quran lebih banyak terjual daripada itu.


Moga kita selamanya menyedari serta menghargai nikmat iman & islam yang telah dianugerahkan Tuhan buat kita. Amin...

Friday, April 24, 2009

* Asyik republish je... *

Banyak betul entri bertajuk republish. :) Maksudnya, itu semua entri2 yang pernah saya muatkan dalam blog lama saya (yang kini statusnya 'locked'). Sengaja ingin menambah jumlah entry dalam blog ini. :) Juga supaya yang belum pernah membacanya, dapat mengambil manfaat, mudah-mudahan.

Maaf kalau mengakibatkan kebosanan melanda... 

* Republish 4 *


Kedengaran alunan bacaan alQuran yg sangat mendayu oleh Shaikh Masyari. Hati jadi sayu. Bukan kerana saya benar2 menghayati, tetapi fitrah manusia diciptakan begitu, regardless of the religion. Kerana manusia itu datang dari satu pencipta, maka fitrah yg tercipta juga tiada bezanya. Saya pernah mendengar bahawa, ada seorang Buddha yg gemar menghabiskan masanya dengan mendengar bacaan alQuran. Katanya hati menjadi tenang, meski dia tidak memahami isi alQuran itu. Subhaanallah.

Saya juga sering melihat ramai akhawat yg terlalu mudah menangis ketika membaca atau mendengar bacaan alQuran. Yg paling menyentuh perasaan saya, apabila kebanyakan yg menangis itu, bukanlah yg pernah belajar bahasa Arab. Lalu bagaimana mereka mampu menghayati lantas mengalirkan air mata? Apakah yg menyebabkan hatinya begitu ‘terusik’…? Wallahua’lam. Saya sendiri tidak pasti.

Kisah itu telah membawa saya utk kembali merenung kata2 seorang pensyarah suatu masa dahulu. Maksud kata-katanya,
jika kamu benar2 seorang Muslim yang soleh & taat, kamu tidak akan memilih hiburan selain alQuran. Kafal Quran ka zikra wat tasliyah. Kerana alQuran itu sudah terlalu cukup utk mententeramkan hati yg gusar, meleraikan kusut yg melanda, juga membahagiakan jiwa yg derita kerana dunia. Malah manfaatnya lebih dari itu. Ia petunjuk buat orang-orang yg bertaqwa, iaitu orang yg berjaya. (al baqarah: 2)

Ayat-ayat cinta dari Sang Kekasih, jika dekat di hati, ia mendamaikan. Jika ia jauh, terasa benar dunia ini kosong. Khali. Tiada manusia yg pernah puas meski berulang-ulang kali menatap ‘kiriman’ dari kekasih. Segalanya yg datang dari kekasih, pasti dicintai, pasti dekat di hati. Moga alQuran juga begitu di hati kita. Amin!

Islam itu sentiasa memberikan yg terbaik buat umatnya. Maka ‘penghibur hati’ yg disampaikan juga adalah yg terbaik, yg tidak akan sekali-kali melekakan atau menyesatkan kita. Abadan. Seandainya hati masih tercari-cari hiburan selain alQuran maka muhasabahlah diri. Kekurangan itu datang dari sendiri.

Sahabat-sahabat, sungguh tiada tara kerugiannya jika kita tidak memahami alQuran. Tidak mahukah memahami isi kandungan surat cinta yg dikirimkan kepada kita? Tiada keinginankah utk menghayati & mengamalkannya? AlQuran bukan surat cinta biasa. Kandungannya tiada yg melekakan, tiada yg batil, tiada yg menghampakan. Berusahalah utk memahami isi alQuran.
Tanamkan azam bukan sekadar utk khatam tetapi juga utk faham. Sebagai permulaan, jinakkan diri untuk membaca terjemahan alQuran. Yg terbaik adalah dgn membaca tafsir, utk lebih faham & utk lebih menambah iman. Setiap kalimah dalam alQuran itu ada rahsianya. Tiada ayat yg sengaja dipanjangkan atau dipendekkan melainkan padanya tujuan & hikmah yg bernilai. Sungguh, tiada suatu pun yg diciptakan dgn sia-sia. 

* Republish 3 *

..:: Missing my childhood ::..

A time where problems seem so far away (mcm lagu yesterday la pulak). Happy+it's-playtime!+it's mealtime! and let's enjoy were the only words which came across my mind almost every time. I didn't have lots of friends back then, but my life seemed very 'full' of laughters, kampung-games and so on.. and it was more than enough to make me feel contented with my life. Before enrolling in primary school, my own home-sweet-home was my 'kindergarten' and malays were in a very small quantity in my neighbourhood. That's why siblings are my only friends that i had. Galah panjang, kejar-kejar, sofa-becomes-ship ;) were our daily games. I miss those days oh soo much! 


Although i miss my childhood, i've never had the hope to return to my past. Yes, it was an exciting life, no school exams, no life's 'tests'.. but for what?? I didn't know ALLAH as much as i know HIM today, i wasn't aware of HIS love towards me when i was small, i didn't know why HE made me, and i even didn't care what am i to do as a muslim. So, praises be to ALLAH, for still giving me the chance to walk on this planet earth, under the beatiful azure sky, and enjoying all the 'gifts' from HIM without abandoning my responsibilites... till my last day of this 'blink-an-eye' life. 

It's more and more and more wonderful life when you know that in your every day life:

*ALLAH's love is all around you*

*ALLAH is protecting you, taking care of you*

*ALLAH is always waiting for you to spend time with HIM, to cry to HIM, to 'smile' with HIM & to express your gratitude*

*you have HIS 'love letter', to be read again and again. For you to get HIS blessings, guidance and also as preparation before meeting HIM*

*you are never alone*

*you have ALLAH as your everything...*


OH, WHAT A WONDERFUL LIFE IT IS!! Thank you ALLAH.. ;)


..:: Forgive me o ALLAH ::..

for all the sins that i've commited throughout my 22 years of life... :(

* Republish 2 *


Hari tu belajar tafsir surah at tahriim.. indah sgt2... ;)


Paling tertarik bila ustazah terangkan tafsir ayat 11. Pasal doa Asiyah isteri Firaun.
" Robbibni lii indaka baitan fil jannah.." Ya Tuhan binakan aku disisiMu sebuah rumah di syurga.. Kalau tengok sekali, macam tak ada special sgt pun doa ni, tapi hakikatnya byk pengajaran yg tersirat. Antaranya, dalam doa tu, Asiyah tak sebut perkataan 'rumah' dulu, tapi yg dia utamakan ialah 'disisiMu'. tulah maksud memilih jiran sebelum rumah. Bukan rumah yg sebenarnya Asiyah harapkan, tapi satu tempat disisi ALLAH yg sgt dirinduinya..

One more thing, instead of a castle, Asiyah merely wished for a house.. because her priority is to gain a place beside HIM, since for her it is the ultimate aim in her life. Being by His side means getting life-most-wonderful reward. Superb... :)

Hadzihi surah jamilah jiddan..fiiha 'ibarun katheeratun..khaasatan linnisaa'. li anna tusymilu fiiha qissah an ummahaatil mu'minin (qudwaatuna alazhimah), wa aidhan 'an imra atain: imra atun Nuh wa imra atul Luth. Ma'a annahuma azwaajunnabiy, illa annahuma la tattabi'aa arrisaalah allati hamalaaha zaujaahuma.. Na'udzubillah..

* Republish 1*

intahaitu min faslit tafseer al aana..

tafakkartu qalilan ba'da an sami'tu kalamal ustaz an "kullu aatin fahuwa qareeb.."
maksudnya setiap yg mendatang itu adalah dekat. tak kiralah lagi sebulan ke, 2 3 taun ke.. so, bagi yg dalam 'penantian' tu, tak perlu sedih2.. apa yg ditunggu tu dekat je sebenarnya.jgn 'ta'assub' sgt dgn pepatah "penantian itu satu penyeksaan".. hm.. macam terkena batang hidung sendiri la pulak.. ;)

al'ibarah allati qad takallamtu 'anha qabla qaleel, haqiqatan tusyiru ila yaumil qiyamah. kullu muslimin yu'minuuna bi anna dzalikal yaum saufa ya'ti, aajilan am 'aajilan.. li dzalik, 'alaina an nanzhur ila ma sanuqaddim liyaumil ghad..

hari qiyamat tu bila2 je bleh datang, tapi better la kalo kita persiapkan diri dari sekarang coz banyak hadith n ayat Quran yg menunjukkan bhw qiyamat tu sebenarnya dekat dgn kita. contohnya dlm surah alhasyr, tak sure ayat brape. tapi ada satu ayat tu bunyi camni, yaa ayyuhallazina aamanuttaqullaha wal tanzur nafsun ma qaddamat lighad. Ghad kat sini maksudnya esok.. kenapa ALLAH guna pkataan 'esok' utk hari akhirat?? tak lain tak bukan, sebab hampirnya kedatangan hari tu.. wallahu a'lam..

hm..peringatan utk diri sendiri sebenarnya..sebab tula lepas blaja tadi termenung sejenak.. bekal belum cukup..dosa dah terlebih2..

kalau sekejap lagi, tumbang n time tu jugak terus ALLAH cabut nyawa, rasanya bersedia tak...??
isk.... :(

p/s: Ya ALLAH janganlah Engkau mencabut nyawaku di kala dosaku menggunung tinggi... Kembalikan aku ke pangkuanMu bi qalbin saleem..radhiyatan mardhiyyah..ameen..

Thursday, April 23, 2009

* The Yardstick 2 *

Saya sering sahaja merasa tidak selesa atau dengan kata lain, tidak suka dengan perbuatan sesetengah manusia yang menilai manusia lain dengan menjadikan diri sendiri sebagai kayu ukur. Pernah lihat seseorang yang selalu memandang jelek perbuatan manusia lain yang tidak biasa diamalkannya? Itulah maksud saya. To make it crystal clear, saya beri contoh seperti berikut:

Situasi 1:
AA: Kenapa kau lipat baju macam tu? Tak cantiklah.
BB: Dah memang dari dulu aku lipat macam ni. Dah terbiasa.
AA: Kalau aku, aku lipat bahagian bla…bla…bla…bla…


(Haha... Terserahla pada individu nak lipat macam mana kan. Tak semestinya cara kita adalah yg terbaik. Kalau ye pun, tak perlulah perlekehkan orang lain.. :] )

Situasi 2:
CC: Eh, famili kau kalau pagi raya buat apa ek?
DD: Famili aku? Kitorang biasanya lepas solat eid terus makan ramai-ramai la. 
CC: Ish, ada ke terus makan.. Tak patut… Kalau famili aku, lepas solat pegi kubur dulu, pastu balik rumah, bersalam-salaman mintak maaf, pastu barulah makan. 


(Nak tau bagaimana cara yang betul, cuba cek sunnah Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam.. Apa sunnah sewaktu sambut raya.)

Situasi 3:
GG: Kau ni asyik balik rumah je. Duduk la kat uia ni lama sikit. Macam aku ni. Satu sem sekali dua je aku balik.
HH: Aku takdela sayang uia sampai tahap kau sayang uia. Hee..
GG: Ke situ pulak..


(Dah rumah kat sarawak, memang la jarang2 dapat balik.. Hee.. Kalau rumah dekat, ada kelapangan, famili memerlukan, balik la kan. Apalagi kalau rumah dekat je. Jangan samakan situasi semua orang dengan kita)

Situasi 4:
II: Apalah basuh baju guna mesin. 
JJ: Tak bleh ke? Gunakan kemudahan, apa salahnya.
II: Kita ni kan pompuan, lagi bagus basuh guna tangan sendiri. Kenala biasa buat keje-keje rumah macam ni. Aku selama duk uia tak penah langsung guna mesin.
JJ: Oh ye ke.....


(Berbaik sangkalah sentiasa. Boleh jadi JJ guna mesin kerana kesuntukan masa, lebih banyak prioriti lain.. Apapun keadaan, yang terbaik adalah untuk berbaik sangka. Hati pun lapang. inshaALLAH..)

*****

Cukuplah contoh-contoh kat atas ni. Memang tidak sepatutnya kita menjadikan diri sendiri atau adat kebiasaan kita sebagai kayu ukur untuk menilai perbuatan orang lain. Dalam sosiologi, istilah bagi situasi seperti lebih kurang dengan ideologi ethnocentrism. Maksudnya, sesuatu adat/perbuatan tu akan dipandang pelik atau jelek pada pandangan seseorang seandainya ia bukan perbuatan yang biasa dilakukan olehnya. Atau in english: the tendency to believe that one's own race or ethnic group is the most important and that some or all aspects of its culture are superior to those of other groups. Antonim bagi ethnocentrism ialah cultural relativism. Maksudnya, memandang perbuatan/adat individu lain dalam konteks individu tersebut. Kalau tak paham, ni definisi nya in English: the anthropological principle stating that a person’s beliefs and activities must be understood in the local context of that person’s own culture

Namun kita sebagai orang Islam, hakikatnya sudah diberikan al-Quran & as-Sunnah sebagai kayu ukur, untuk menentukan manakah yang baik, dan manakah yang berdosa. Oleh kerana itu, perkara pertama yang sepatutnya kita pelajari adalah bagaimana untuk memahami al-Quran & as-Sunnah. Supaya tidak kita tersasar dalam menentukan pendapat/perbuatan/teori siapa yang lebih benar atau tepat di sisi ALLAH, juga supaya kita mampu beramal dengan bersandarkan hujjah yang tepat dan sahih. 

Kesimpulannya, jadikan alquran & assunnah sebagai kayu ukur kita + sentiasalah berbaik sangka... Bahagia dunia akhirat. InshaALLAH. :)

* Ika bagi *

Terima kasih buat Ika (pelangidimentari.blogspot.com) atas award yang 'tersilap' diberi. hehe.. tapi takpela kan, orang bagi, kita menerima. :) Muchas gracias! 

Nak kena citer 10 benda pasal diri sendiri ek... Em... 

1. Nama: sajidah

2. Ada sorang anak sedara, Ihsan

3. Ada lagi sorang anak sedara bakal lahir bulan 9 ni, inshaALLAH

4. Sekarang bercuti kat rumah

5. Tak sabar nak naik sem baru

6. Ada sorang abang ipar, sorang kakak ipar

7. Ada adik yang bernama Fad. :)

8. Ada banyak blog

9. Tapi malas update

10. Suka Soca. q(^^)p

Wednesday, April 22, 2009

* Cukuplah... *



"Cukuplah ALLAH bagiku…"

Di kala awan mendung berarak menyelubungi hari, atau tatkala airmata ini menemani diri, ungkapan itu benar2 menjadi irama di hati.. memenuhi nurani… menenangkan sanubari.. Hasbiyallah, yakfiini Rabbi… 

Namun aku tertanya2.. Benarkah aku merasakan ALLAH sahaja sudah cukup bagiku? Berkata benarkah hati ini ketika ke sana sini mengumandangkan kalimah-kalimah itu..? Mengapa hingga kini hatiku sering sahaja merasakan dunia itulah destinasi utama… Sehinggakan pencarianku padanya seperti sang pemburu yang tidak pernah puas… Sehinggakan kehilangan secebis dari dunia bisa sahaja membuatku separuh gila.. 

Tuhanku, aku tidak mahu merasakan ‘cukuplah ALLAH bagiku’ itu semata2 ketika melintasi titian siratMU kelak… atau tatkala giliran hisabku di padang mahsyar tiba.. aku ingin sentiasa dan selamanya merasakan kebahagiaan hidup bersamaMU…


Allahumma a’tini kitabi biyamini…
wahaasibni hisaaban yaseeran…
Allahumma inni a’udzubika an tu’tiyani kitaabi
bishimaali au min waraa’i zahri.. 



Sunday, April 19, 2009

* Adik Buat Blog *

Baru selesai buatkan blog untuk adik bongsu saya, sarah najihah. :) Kelakar bila baca entri yang dia tulis, tapi takpe, budak darjah 2 la katakan. Saja cadangkan dia buat blog. Harapnya dengan ada blog sendiri, dia:

1) Boleh belajar buat karangan panjang2, betulkan apa yang patut, juga buat perbaiki gaya bahasa. 

2) Biasakan diri dengan dunia penulisan, supaya boleh jadi pendakwah alam maya suatu hari nanti. inshaALLAH. :)

3) boleh jadikan blog tempat bercerita, supaya tak sunyi kat rumah sorang2 takde adik beradik nak layan dia bercerita.. hehe

Tapi kalau saya takde kat rumah nanti, tak tahulah dia akan update blog atau tak. Hmmm... 

p.s.: Sesiapa nak tengok cara budak darjah 2 menulis, boleh ke: sarah-najihah.blogspot.com

Thursday, April 16, 2009

* Eternal Happiness *

Ini artikel yang saya copy & paste dari blog ibnyusof.blogspot.com. Entri yang sangat membantu. Salah satu usaha supaya mereka-mereka yang belum Islam tertarik untuk mengenali lantas memeluk Islam.

During their lives, people have a variety of targets and plans they would like to fulfill. Although apparently different at first glance, these targets coincide at a basic level. At the basic level people wish to lead their lives in happiness and tranquility by obtaining as many advantages as they can; the happiness and comfort they enjoy being proportionate to the size of the advantages they obtain. In this sense, everyone aims to reach this common goal, following different paths and using different methods, and expending throughout their lives a great deal of effort in pursuit of this purpose. However, achieving everything they want and reaching targets still do not change the end result: a melancholy life filled with unhappiness and the troubles it brings with it... except for the true believers, who seek Allah's approval and are aware that their true abode is in the Hereafter.

In present day life a large number of people complain because they have been totally unable to achieve true peace and because despite their efforts and their attempts at happiness, they are not happy at all. The reason why people end up in such a predicament is because they try to find happiness in the wrong places and with the wrong people. For some, happiness is the material wealth they obtain, being able to spend their money as they like, buy whatever they want and consume more and more each day. For people like this, consumption, experiencing every beauty and pleasure, is the greatest source of happiness in their lives. Such desires are like a bottomless well they never come to an end. Because of their desires people emerge who are never satisfied with anything they obtain, who always want more and better and who believe that they will be able to live happier lives if they acquire more things, and better things. However, these efforts only gain them a temporary happiness. The Qur'an states:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآب
Those who believe and do right actions, happiness will be theirs and a wonderful Homecoming. (Chapter 13: Verse 29)

What kind of happiness is it?

God promise us an internal state of satisfaction, an inward joy which is difficult
to describe in words. But which reflects itself in the life of the good man, through good and ill fortune, through good report and evil. And then, there is always the final goal to which his eyes are turned, the beautiful Home of rest in the Hereafter, after this life’s struggles are over. That goal is God Himself.

What is it mean by ‘those who believe and do right actions’?
God did not create human being without purpose as what He said in the Quran Chapter 3 Verses 115:-

وَمَا يَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوْهُ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِي

“Did you think that God had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to us?”.

The purpose of human creation as what mentioned in the Holy Quran:-

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone).”(Chapter 51:Verse 56)

Those who put his trust in God,he or she will get blessedness as what God promise.

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِقَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allah then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish his purpose. Indeed Allah has set a measure for all things.”(Chapter 65: Verse 3)

What did Allah prepare for those among the Jews and Christians who believe?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“O you who believe (in Musa (Moses) (i.e. Jews) and Isa (Jesus) (i.e. Christians)! Fear Allah, and believe in His Messenger (Muhammad), He will give you a double portion of His Mercy, and He will give you a light by which you shall walk (straight). And He will forgive you. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Chapter 57: Verse 28)

You could get the happiness promise by God and guaranteed blessings by put your trust in Him alone. Save yourself from painful torment by knowing the purpose of your life which is to worship the one and only God, Allah and accept the last Prophet, Muhammad (peace be upon him).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“O you who believe! Shall I guide you to a trade that will save you from a painful torment?

That you believe in Allah and His Messenger (Muhammad)” (Chapter 61: Verses 10-11)

Therefore the real happiness we seek is not only in this world but also in the Hereafter.

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

“Whoever works righteousness- whether male or female – While he (or she) is a true believer (of Islamic Monotheism) verily, to him We will give a good life (in this world with respect, contentment and lawful provision), and We shall pay them certainly a reward in proportion to the best of what they used to do (i.e. Paradise in the Hereafter).”(Chapter 16: Verse 97)


*This article was published into a pamphlet and distributed to the Non-Muslim during Da’wah Programme

* I Hope They Understand *

Refering to my previous entry: [Cuma adalah cuba sekali tulis yang ala-ala dakwah kepada non-Muslim.] This is the entry i've wrote two months ago..

“Sunup time, dear…”

I opened my eye-lids. Oh, it’s a new day… Thank you ALLAH, for still giving me the chance to walk on your earth, to enjoy your countless bounty, as well as to witness this beautifully designed world, with no flaws at all, not even an iota. Though ‘they’ turn their heads, again and again, time and again, up to Your sky, certainly they will never find even a little flicker of defect. ALLAH is All-Powerful!

Grudgingly, I tiptoed towards the windows. Out of the blue, I heard voices out there saying,

“Islam is a terrifying religion...”

“Islam oppresses women…”

“Islam is nurturing terrorism…”

“There’s a BIG NO everywhere in Islam, Muslims are imprisoned in their own ‘open-access’ world…”

“Be careful when you bump into a Muslim woman, she might be armed!”

“Islam puts love into isolation…”

Tears started to roll down my cheeks. Pity them, living a hundred years in the world, yet their ways towards Him are still dimly shrouded by the clouds of ignorance. If one day they reached their final abode, would they blame me for not conveying how beautiful and wonderful Islam is? Would they scold me for not taking them along into this right path…? Would you?

Am I concealing this ultimate truth and heavenly bliss from them…? Or from you? What should I do then…?

The questions left unanswered…

Thousands of words, yet they are scattered in this head. Which one should be the first? Which one should be at the closing parts? Which is which…? I’m really sorry for not being able to organize my words harmonically. I’m not afraid if people hate my words, or simply ignore them, but I’m afraid if people interpret and decode them in a way it shouldn’t be.

If only they knew how beautiful Islam is…

If only they knew how women are greatly honored in Islam… How they are treated like precious pearls, where the shells are opened only for those who deserve: their husbands. If only they knew that letting women untouched and unexposed is the most honorable way to respect and appreciate them.

If only they knew that when you’re defending Islam, even though you are killed, you’re actually taking the shortest way to enter the paradise. This is the shortcut to a REAL SUCCESS.

If only they knew how the love between a man and ALLAH is an unseen bond, yet is stronger than any existing knot. It’s the love which in turn, is making the man willing to do anything to please ALLAH. Blood, tears, injuries… they are all nothing compared to the ‘gifts’ which are prepared for them therein, in paradise. For Muslims, WHEN YOU GOT ALLAH’S LOVE, YOU GOT EVERYTHING…

If only they knew how those Palestinians can still resist under the attack of Zionists’ missiles and bullets. If only they understand why Palestinians still refuse to acknowledge the Zionists, though they know that their refusals assures rigorous tortures, rain of bombs, and a continuous massacre. If only they knew, Muslims are taught that feeding your kids with a milliliter of milk mixed with dignity, is much more honorable than to give them tones of food assorted with humility…

How i wish they understand Islam, the world's most beautiful gift...

* Let us write entries to them! *

This is an extract from Dr. Gronier, a French MP, who embraced Islam. Revealing the reason of embracing Islam he said,

I read all of the Ayat (Quranic verses), which have a relation to medical, health, and natural sciences that I studied before and have a wide knowledge of. I found that these verses are totally compatible with and give a picture of our modern sciences. Thus, I embraced Islam as it was obvious that Muhammad revealed the Absolute Truth more than a thousand years ago. Had every specialist, artist or scientist compared those Quranic verses to his own specialization, beyond the shadow of doubt he would embrace Islam, especially if he has a sound mentality and goodwill to search for the truth and not a mentally defective person with the intentions of malevolent aims.


Reference(s):
Denier, Ateen and Sulaiman Bin Ibrahim,
Muhammad Allah's Messenger.
Mahmoud, Abdul-Haleem, (Dr.),
Europe and Islam.

*****

Kat atas ni adalah mesej yang saya dapat dari group facebook.. Bila baca ni, terfikir pulak, apa yang kita pernah buat dalam usaha untuk ajak mereka yang belum Islam tu untuk segera peluk Islam..Sedangkan tu antara tanggungjawab kita jugak.

Pernah terasa nak tulis entri khas untuk mereka yang belum jadi Muslim, tapi tak pandai... [Cuma adalah cuba sekali tulis yang ala-ala dakwah kepada non-Muslim.] Takut isi entri jadi punca orang salah faham tentang Islam plus tak jumpa ayat-ayat yang indah untuk gambarkan keindahan Islam pada orang yang belum mengetahui...


Jadi nak ajak pembaca sekalian untuk berusaha sampaikan Islam kepada non-Muslim melalui entri dalam blog. Rugi seandainya kita tak cuba guna wasilah ni sedangkan satu dunia boleh baca blog kita (kalau tak dibuat tertutup utk org tertentu). :)

Monday, April 13, 2009

* The Simpler The Better? *

New symbols in the world of instant messaging.

Found this eye-catching info when I did my soca’s revision last week. Just intending to share. Not encouraging nor prohibiting. :) 

:’-D laughing so hard I cried

:-( I am sad

:-() I am shocked

:-) I am smiling

:-)8 I am smiling and wearing a bow tie

:-O Wow!

:-X My lips are sealed

-: ( Somebody cuts my hair into a Mohawk! 

AFAIK As far as I know

AWHFY Are we having fun yet?

B4 Before

BBL Be back later!

B4N Bye for now!

BCNU Be seeing you!

GAL Get a life!

GMTA Great minds think alike

Gr8 Great!

HAGN Have a good night.

J4F Just for fun

KC Keep cool

L8r Later

LTNC Long time no see

MYOB Mind your own business

PCM Please call me

QPSA? Que pasa? (Why)

2g4u Too good for you

2L8 Too late

(John J. Macionis, 11th ed. p 65.)


It’s funny to think how language develops as far as what we have today. According to what I’ve learnt in Intro to Sociology subject, language does shape our perceptions and the reality of society. It was proven by Sapir- Whorf hypothesis. As example, the aborigines back then in Australia, they do have more than 10 words to describe sand; and also the Eskimo, they are describing snow in more than 10 words! It happens that way due to their places of settlement and background living. For us, sand is sand and snow is snow and that’s it. :) Indeed, words are constantly changing and evolving to suit the people in the particular of time. 

Wanna know what’s the one word that we Malays have to describe one thing??? Perhaps there are many, however the one that Madam had figured out is the word for carry. In Malay, the words which mean carry are as follows: Bawa, pikul, kelek, galas, junjung, usung, and so on and so forth which we might unaware about them. What does this variety of words mean? Madam said, maybe Malays, in the olden days traveled a lot and thus carrying lots of things with them… How far this statement can be true? Wallahua’lam. Go and dig the past. 

Regarding the symbols given above, what can we opine about our today’s world? Hurmm.. I might say that nowadays, people [especially those who had go through the process of urbanization :)] prefer simplicity and are living in the world of rapidity. Or maybe the simpler forms of words indicate that people are getting more penny-pinching (thrifty) or creative or…. lazy? Figure it by yourselves. Nobody’s theory is wrong; plus nobody’s assumption is 100 % true. :) 

p.s. OMG (Another new symbol, means Oh My God!), how could I ever think to spend time writing this entry while I have 2 more exams in a row beginning tomorrow??!!! 

* The Yardstick *

Masa kat kelas Coherence in the Quran & waktu belajar application of coherence methodology in Surah alFajr, Sir Israr ada cakap,

"Being poor or rich has its own principle in the eye of Allah..."

Sir cakap pasal benda ni bila kitorang tiba kat ayat nombor 15-16 dalam surah tu. Sir kata lagi,

"...if you're destined to be poor, it doesn't mean that Allah hates you, and if you're destined to live as a rich man, it does not necessarily indicate that Allah is please/happy with you..."

Macam tu jugaklah, bila seseorang tu tak putus-putus dihantar kesusahan kepadanya, bukanlah bermaksud Allah menghinanya. Dan jangan kita anggap, apabila seseorang itu diberi lebih nikmat dari kita, tandanya Allah sayang lebih pada dia..

Kata-kata Sir tu buatkan saya teringat pada persoalan seseorang: "Kan manusia semuanya sama, kenapa pula ada yang kaya, ada yang miskin.."

Benar, dalam pandangan Allah, manusia ni semua hambaNYA, yang diberi tanggungjwab untuk beribadah kepadaNYA, tak ada beza antara kaya atau miskin, kecuali dengan taqwa. Dan Allah tidak pernah membezakan hambaNYA dari segi kekayaan. Manusialah yang sering melabelkan kaya itu kononnya mulia dan miskin itu hina. Seolah-olah beriktikad bahawa harta itu satu-satunya perkara yang mulia, dan oleh kerana itu semakin banyak harta yang mendampingi kita, semakin tinggilah darjat kemuliaan kita... Oh, sungguh silap kayu ukur yang sebegini!

Dan.... Masih ada suara di sebalik tabir itu akan bertanya: "Kenapa tak jadikan semua orang kaya... "

Pertama, siapa kamu untuk 'mencadangkan' sesuatu [menggunakan akal singkat kamu itu] kepada Yang Maha Bijaksana??

Kedua, tidakkah kamu yakin ketetapan Allah itu bukanlah sesuatu yang sia-sia bahkan cukup sempurna???

Ketiga, cuba bayangkan, seandainya manusia semuanya kaya, harta melimpah ruah, dan kebiasaannya bongkak merajai diri, maka masih adakah yang akan sudi pergi bercucuk tanam, menjadi tukang cuci tandas, menjadi pelayan di warung-warung, memandu bas, bekerja hingga lewat malam di kilang-kilang...??? Tanpa mereka kitaran hidup di dunia ini tidak akan sempurna..

Sungguh, Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan segala yang sia-sia..

"Manusia diciptakan berbeza bukan untuk berselisih faham, akan tetapi untuk saling melengkapi..."

* Jalan Lihat Tadabbur *

Beberapa hari yang lepas saya terbaca satu artikel yang sudah terlalu lama wujud dalam laptop tetapi baru sahaja ditakdirkan untuk membacanya. Penulisan yang menarik, namun bahagian-bahagian akhir artikel itu sangat menyentap naluri saya. Mungkin kerana benar-benar 'tertembak tepat' pada nurani.

Allah jadikan diri kita sebaik-baik kejadian. Allah memberi kita terlalu banyak ni’mat dan kelebihan. Malah, Allah telah jadikan bumi ini untuk tunduk kepada manusia. Cuba kita bayangkan jika Allah perintahkan air yang turun ke bumi itu memilih orang-orang beriman sahaja menggunakannya bagaimanalah jadinya. Apabila orang yang tidak beriman kepada Allah menggunakan air, maka air akan bersuara

“Aku tidak mahu melayan dan memenuhi hajat engkau kerana engkau tidak beriman kepada Allah, engkau tidak boleh menggunakan aku kerana engkau melupakan Allah..”

Bayangkan bumi yang kita pijak ini marah bila orang yang tidak beriman berpijak di atasnya
“Engkau tidak beriman, aku tidak redha kakimu berpijak padaku”.

Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya kasih sayang Allah. Betapa Rahman dan Rahim Allah terhadap sekelian makhlukNya.



Entah bagaimana jadinya keadaan saya jikalau situasi yang digambarkan di atas benar2 berlaku.. Pasti tiada cebisan dari alam ini pun yang mahu melayani saya, apatah lagi meredhai saya melilau-lilau di atas, tepi dan sekelilingnya...

Benar kata-kata penulis artikel tersebut: "Cubalah tingkatkan keimanan kita kepada Allah dengan mengambil isi pelajaran yang dapat dicungkil dari isi alam..."


P.S: Artikel yang dirujuk ialah artikel hasil penulisan saudari Fazirah, tajuk artikel: Tingkatkan Iman Dengan Alam, sebagai salah satu artikel yang dimuatkan di laman web iluvislam.com

Sunday, April 12, 2009

* Kembali ke asal... *

Rasa seronok bila blog ni pun dah jadi blog pink.. :) Blog hitam tu.... Entahlah, cuba banyak kali untuk sukakannya, tapi tetap tak kena dengan jiwa. Sebab tu selalu tak berperasaan untuk update. :)

Tak kiralah orang suka atau tak dengan template baru ni, yang penting saya sangat suka! :)

* Hari itu... *

Hari tu... Bila mimpi indah hadir datang menghiasi malam yang kelam, bahagia sungguh rasa di hati.. Terkadang hari-hari yang melelahkan membuatkan saya ingin meninggalkan semuanya di belakang, buat mencari ketenangan... Dikeranakan itu, meski sekadar diberi peluang untuk berehat dan berbahagia di alam yang bukan realiti, terasa ingin terus menetap di sana, tidak mahu terjaga.. bahagia itu telah menyebabkan diri ini mengutarakan sebuah permintaan...

Semoga mimpi itu akan menjadi realiti.. Mohon ia benar-benar hadir dalam hidup
ini..


Tapi,

Hari tu... Bila saya diuji seketika, serasa mahu tidur sepuas-puasnya.. Saya mahu ia hilang serta-merta. Sungguh ia menghancurkan sanubari ini.. Ya Tuhan, bagaimana harus aku hadapi semua ini.. Semakin hari segalanya terasa menghimpit diri.. Kekecewaan demi kekecewaan yang silih berganti dalam perjalanan ini membuatkan hati ini membisikkan satu impian...

Aduhai, betapa aku mengharap segala kesusahan ini hanyalah sebuah mimpi... Yang
bisa hilang setelah aku lelapkan mata ini..


Hari ini... Saya menyesal dengan permintaan-permintaan itu.. Terasa sungguh diri ini tidak mensyukuri nikmat Ilahi yang melimpah ruah memagari diri. Maafkan aku ya Tuhan... Kerana seolah-olah ingin sentiasa lari dari takdirMU.. Kerana jiwa ini sentiasa tidak bersedia untuk diuji.. Dan, kerana aku lupa jalan ke syurga itu sememangnya dipenuhi hamparan duri...

Wednesday, April 1, 2009

* Minor in Soca *

Akhir-akhir ini saya betul-betul terfikir untuk buat minor. Minor in Sociology.. Subjek Intro. to Sociology yang saya pelajari pada semester ini sangat menarik, lantas membuatkan saya terdetik untuk memanjangkan tempoh degree saya..


"Selagi masih ada peluang untuk belajar, manfaatkanlah.."

Begitu hati ini berbisik.. Susah benar untuk saya membuat keputusan ini.. Masih tercari mana-mana sahabat yang juga berminat untuk minor dalam Sociology. Rasa takut pula seandainya keseorangan menjadi pelajar IRK di daerah itu nanti..


Jika sebelum ini, saya sangat tidak sabar untuk menamatkan degree dan seringkali disalahfahami bahawa ketidaksabaran saya itu berpunca dari faktor 'ingin menamatkan zaman bujang...'. Bukan, bukan, dan bukan... Saya sememangnya ingin segera menghabiskan degree semata-mata kerana mahu tamat dari zaman belajar.. Kerana saya benar2 rasa penat & mim alif lam sin... Namun kini, semangat untuk terus belajar itu tiba-tiba datang.. Cuma saya masih berbelah bahagi..



Tuhan, tolong aku untuk menemui penyelesaiannya...