Tuesday, April 27, 2010

* Benar... tapi... *

Alhamdulillah.

Hati sangat gembira & bersyukur. Akhirnya saya ketemu jawapan yg pernah saya tanyakan sebelum ini dalam entri dahulu. (Klik sini utk baca)

Untuk yg tak baca entri saya yg sebelum ni, saya copy di sini apa yg pernah saya tanyakan:
Seringkali saya terbaca luahan atau kata2 manusia lain [artis, maknyah, pondan etc] yang menggunakan ayat ini sebagai 'hujjah' dan juga 'penguat semangat' mereka utk terus menerus melakukan dosa.. Kata mereka,

"saya tahu apa yang buat ini silap, tapi ALLAH tu kan Maha Pengampun dan menerima taubat. Saya yakin DIA akan ampunkan saya.."

Macam mana ye... adakah mereka silap dalam mentafsir? Atau salah memahami? Saya tercari-cari jawapan pada persoalan ini. Bagaimanakah pemahaman yang sepatutnya pada ayat tersebut dan sekaligus menjadi pemangkin utk kita bertaubat, bukan utk berterusan di jalan maksiat?

Jawapan ini saya temui dalam terjemahan buku Dr. Raghib al-Sirjani yang bertajuk "Keajaiban Solat Subuh". Dr. Raghib menceritakan perihal seorang sahabatnya yg memberitahu bahawa mustahil baginya untuk menunaikan solat Subuh kerana keadaan fizikalnya sangat tidak berupaya utk bangun pada waktu pagi. Kata sahabatnya lagi,

"Bukankah Allah seperti yang anda ketahui Maha Pengampun lagi Maha Penyayang? Jika demikian, Allah tentu akan memaafkan keadaan saya ini dan mengampuni dosa saya..."


Sesungguhnya perkataan Allah Maha Pengampun adalah kata-kata yg benar, namun di sini ia telah digunakan untuk tujuan yg bukan pada tempatnya. Seperti yg pernah Saidina Ali katakan, "Kalimatul haq urida bihal batil..." iaitu kalimah yang hak tapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Benar Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, yang mengampuni dosa sesiapa sahaja yang memohon keampunan kepadaNya. Akan tetapi, kata-kata sahaja tidak memadai. Kesungguhan memohon harus dibuktikan dengan amal. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar..." (Surah Thaha: 82)

Saya nukilkan kata-kata penulis buku itu:

Tidak semua manusia mendapat keampunan daripada Allah. Dia terlebih dahulu mesti bertaubat dengan bersungguh-sungguh, beriman dengan benar, beramal soleh dan mengikut petunjuk Allah.

Kini terjawab lah persoalan saya dan terhapuslah 'validity' alasan mereka yg masih menggunakan ayat "Allah Maha Pengampun" sebagai sebab untuk mereka terus berada atas jalan maksiat.

Wallahua'lam.