Monday, April 13, 2009

* Jalan Lihat Tadabbur *

Beberapa hari yang lepas saya terbaca satu artikel yang sudah terlalu lama wujud dalam laptop tetapi baru sahaja ditakdirkan untuk membacanya. Penulisan yang menarik, namun bahagian-bahagian akhir artikel itu sangat menyentap naluri saya. Mungkin kerana benar-benar 'tertembak tepat' pada nurani.

Allah jadikan diri kita sebaik-baik kejadian. Allah memberi kita terlalu banyak ni’mat dan kelebihan. Malah, Allah telah jadikan bumi ini untuk tunduk kepada manusia. Cuba kita bayangkan jika Allah perintahkan air yang turun ke bumi itu memilih orang-orang beriman sahaja menggunakannya bagaimanalah jadinya. Apabila orang yang tidak beriman kepada Allah menggunakan air, maka air akan bersuara

“Aku tidak mahu melayan dan memenuhi hajat engkau kerana engkau tidak beriman kepada Allah, engkau tidak boleh menggunakan aku kerana engkau melupakan Allah..”

Bayangkan bumi yang kita pijak ini marah bila orang yang tidak beriman berpijak di atasnya
“Engkau tidak beriman, aku tidak redha kakimu berpijak padaku”.

Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya kasih sayang Allah. Betapa Rahman dan Rahim Allah terhadap sekelian makhlukNya.



Entah bagaimana jadinya keadaan saya jikalau situasi yang digambarkan di atas benar2 berlaku.. Pasti tiada cebisan dari alam ini pun yang mahu melayani saya, apatah lagi meredhai saya melilau-lilau di atas, tepi dan sekelilingnya...

Benar kata-kata penulis artikel tersebut: "Cubalah tingkatkan keimanan kita kepada Allah dengan mengambil isi pelajaran yang dapat dicungkil dari isi alam..."


P.S: Artikel yang dirujuk ialah artikel hasil penulisan saudari Fazirah, tajuk artikel: Tingkatkan Iman Dengan Alam, sebagai salah satu artikel yang dimuatkan di laman web iluvislam.com

No comments: