Monday, May 10, 2010

* Bahagia di Dua Alam *

Bismillah

KEJUTAN BUAT KITA

Alhamdulillah. Malam ini saya terpilih lagi untuk bersama-sama mereka yang beruntung, yang telah diberi kesempatan olehNya untuk ke taman orang-orang soleh (dan solehah). Meski saya bukan orang soleh, tapi saya sukakan orang soleh dan berharap akan termasuk dalam golongan mereka suatu hari nanti.

Buat sahabat-sahabat yang tak berpeluang mengikuti kelas Riadhussolihin sebentar tadi, inshaAllah saya akan cuba kongsikan serba sedikit yang telah saya peroleh. Mungkin tidak banyak yang dapat saya catatkan, kerana malam ini banyak kisah yg ustaz sampaikan, jadi tidaklah dalam kudrat saya untuk menyalin setiap rentetan kisah itu.

Buat hati-hati yg masih belum terbuka untuk ke kuliah-kuliah agama kerana 'takut insaf', ayuh kita kembali muhasabah. Apakah sebenarnya yg mengikat kaki kita dari melangkah ke taman orang-orang soleh sedangkan ia hanya sejengkal. Dan apa pula yang mengasak diri kita untuk ke pasar-pasar tempat berkumpulnya maksiat kepada Tuhan sedangkan untuk ke sana, terlalu banyak pengangkutan yg diperlukan, malah memerlukan wang untuk digadaikan.

Segalanya kerana keinginan bukan? Keinginan yang tinggi terhadap sesuatu telah membutakan mata kita dari melihat halangan-halangan yang ada. Andai kita selami hati, sedih rasanya andai keinginan yg menghuninya bukanlah keinginan ke arah kebaikan duniawi & ukhrawi, akan tetapi setakat kebaikan duniawi. Ya, manusia bisa silap membuat perhitungan, namun yang terbaik ialah yang tersedar dari kesilapan itu dan berusaha membaiki diri agar tidak lagi mengulangi kesilapan yg sama.

Bersabarlah, apabila melihat orang lain bersenang lenang dengan dunia ini, tidak berpenat lelah berjuang demi agama, sematlah di dalam sanubari bahawa andai kita benar-benar bertahan di atas jalan ini, ganjaran yg bakal kita peroleh adalah jauh melangit tinggi berbanding kesenangan yg ada di dunia. Ada kejutan yg Allah sediakan, sebagaimana firmannya:

Tidak ada seseorang pun yang mengetahui persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah: 17)


MENSYUKURI NIKMAT

Saya benar-benar berharap nikmat menghadiri taman orang-orang soleh akan kekal selagi hayat dikandung badan. Bicara soal nikmat, saya ingin memetik sepotong kata-kata ustaz tentangnya,

"Nilai sesuatu nikmat itu hanya benar-benar dihargai oleh orang yg tidak merasainya."

Kita lihat beberapa contoh berikut supaya akan timbul kefahaman terhadap kata-kata di atas:

1) Hanya orang-orang sakit yg akan mengetahui & menghargai nikmat sihat dan nikmat beribadah kepada Tuhannya dengan tubuh badan yg masih gagah.

2) Nikmat menunaikan haji akan dihargai oleh mereka yg tinggal jauh dari Mekah. Kerana itu, masih ada manusia yg tinggal berhampiran Mekah tetapi sehingga mati dia tidak pernah menunaikan haji!

3) Hanya orang-orang yg telah mati akan mengerti betapa berharganya kehidupan di dunia ini demi kebahagiaan akhirat. Betapa ramai manusia yg telah mati merayu kepada Allah agar dikembalikan ke dunia meski sekejap cuma, semata-mata untuk memanfaatkan hidup dengan mencari bekalan menghadapNya.

4) Pahala mengerjakan amalan-amalan sunat (eg: solat rawatib, puasa sunat...) hanya akan diketahui oleh orang yg tidak lagi berpeluang melakukannya (yg telah meninggal) kerana amalan sunat lah yg sebenarnya akan menampung kekurangan 'prestasi' kita pada amalan wajib.

Kerana itu, hargailah kewujudan taman ilmu yg ada dengan menghadirinya. Ramai orang di luar sana yg dahagakan tempat-tempat menuntut ilmu agama & amat mencemburui kita yg sering dikelilingi taman-taman sebegini.




Buat yang tidak pernah jemu mengajak sahabat-sahabatnya ke kuliah, teruskanlah usaha kalian dan jangan lupa berdoa. Manakala buat yg tidak jemu-jemu menolak pelawaan ke taman yg diredhai Allah, cuba renungkan pengaduan Nabi Nuh kepada Allah dan lihatlah samada anda berbeza dengan golongan yg disebutkan atau tidak:

Nabi Nuh a.s mengadu kepada Allah:

Oh Tuhanku, siang malam aku mengajak mereka ke arah kebenaran, namun seruanku itu tidak memberi mereka sesuatu faedah pun selain membuatkan mereka semakin lari kebenaran.

Setiap kali aku menyeru mereka supaya beriman agar mereka mendapat pengampunanMu, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

(Maksud ayat 6-7 surah Nuh).


Moga ada sesuatu yg terdetik di hati. :)

KESIHATAN & MASA LAPANG

Salah satu hadith yang diterangkan oleh Ustaz Ibrahim pada kuliah tadi adalah berkaitan kesihatan & masa lapang. Hadith ini sudah seringkali kita dengar, jika tidak silap, semenjak di bangku sekolah lagi. Namun siapakah antara kita yg benar-benar mengambil pengajaran daripadanya?

Kata Nabi Shollalallahu "Alaihi Wasallam:

Dua nikmat yg kebanyakan manusia sering leka tentangnya, iaitu kesihatan & masa lapang. (HR Bukhari)

Di sini saya cuma mahu menukilkan pesanan ustaz kepada kita semua:

* Jujurlah kepada diri sendiri, setiap malam sebelum tidur, padamkan lampu dan berfikirlah sejenak. Kenang kembali apa yg telah anda kerjakan dari pagi hari tersebut sehingga saat kamu memadamkan lampu. Kebiasaannya, kita pasti akan tersenyum dan malu sendiri apabila mengenangkan bahawa terlalu banyak masa yg berlalu telah kita isikan dengan perbuatan yg sia-sia & tidak memberi faedah kepada sesiapapun.

* Pastikan setiap saat yg kita lalui, kita akan memanfaatkannya dengan melakukan perkara yg berfaedah. (Ustaz tekankan kita supaya menghafaz ayat2 alQuran & banyakkan membaca buku) Jangan lupa bahawa kelak kita akan ditanya bagaimana kita menghabiskan umur kita.

* Contohilah al Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah. Kitab karangannya yg berjudul Zaadul Ma'ad berjaya disiapkan (5 jilid) semasa dalam perjalanannya menunaikan haji. Bagaimana dengan kita? Ketika menaiki kenderaan awam atau sebagainya, cubalah manfaatkan masa menunggu itu sekurang-kurangnya dengan membaca, bukan termenung atau sekadar berbual kosong.

* Kita harus yakin bahawa kita mampu untuk melakukan apa-apa sahaja pekerjaan (yg menyumbang kepada Islam). Soal waktu bukanlah masalah utama. Kerana, intipati kejayaan adalah semangat yg jitu dan kesabaran yg tinggi. Bukankah orang yg ingin berjaya akan sentiasa mencari jalan, berbanding memberi alasan?


SYURGA MATLAMAT KITA

Saya suka mengingat kembali kata-kata seorang sahabat tentang keinginan untuk ke syurga. Katanya:

Andai kita cintakan Allah, kita harus berusaha untuk berjaya sampai ke syurga. Kerana syurga itu adalah tempat berkumpulnya hamba-hamba yg Allah cinta.

Bagaimana caranya untuk ke sana? Satu jawapan yg menarik dari sahabat itu:

Ikutlah setiap yg telah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam ajarkan, kerana bagindalah manusia yang paling tahu jalan ke Syurga.

Kata ustaz, setiap manusia yg berjaya ke syurga akan dapat melihat Allah. Dan ketahuilah bahawa nikmat melihat Allah adalah nikmat terhebat yg dikurniakan buat hambaNya & yg paling diinginkan oleh setiap jiwa. Namun, kekerapan mendapat nikmat melihat Allah itu berbeza mengikut amalan masing-masing, dan berdasarkan tingkat syurga yg kita ditempatkan.

Sesungguhnya jiran terhebat di akhirat kelak ialah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam. Andai kita berjiran dengan kekasih Allah, ketahuilah bahawa kita berada pada semulia-mulia & setinggi-tinggi kedudukan, iaitu Firdaus Al-A'la (Syurga Firdaus yg tertinggi). Kerana itu jangan lupa untuk sering berdoa agar kita ditempatkan di syurga Firdaus. Amin!


"Semoga perkumpulan kita bersama orang-orang soleh di dunia ini akan mendorong kita agar terus berpenat-lelah membela iman dan Islam, demi bersama orang-orang soleh di akhirat kelak..."


Saturday, May 8, 2010

* Hatiku Terbang Kerananya... *

Semester lepas merupakan semester yang amat mencabar, tetapi yg mencabar itulah yang mengasak saya untuk lakukan yg terbaik, kerana saya mahu mengejar yg terbaik.

Al-I'jaz al- Qurani; satu subjek yg sentiasa membuat saya mahu serta-merta menaip entri baru setiap kali kelas berakhir. Kerana apa? Kerana ilmu yg saya dapat itu sangat penting utk diketahui setiap orang! Dan kerana saya mahu berkongsi dengan orang lain tentang apa yg saya peroleh. Rasa bersalah andai tidak menyampaikan apa yg saya tahu kepada orang lain, yang tidak berpeluang utk menuntut ilmu agama (tapi setiap kita tetap perlu berusaha utk mencari peluang itu.)

Satu petang, Ustaz Radwan (Pensyarah subjek itu) memberi satu kerja rumah kepada kami iaitu; CARI SATU AYAT QURAN YANG MEMBUAT HATI KAMU TERBANG. Kerja ini tiba2 diminta oleh ustaz semasa kami mempelajari tentang salah satu jenis i'jaz yg terdapat pada alquran, iaitu i'jaz ta'thiri @ nafsi. I'jaz ta'thiri adalah keadaan apabila seorang hamba terkesima dengan keindahan alQuran, dari segi lafaz, makna, dan penyusunannya yg sgt teratur. Kekaguman itu meninggalkan kesan pada kulitnya, lidahnya, hatinya, akalnya dan juga matanya. Hati serta-merta menjadi khusyuk kerananya dan bisa sahaja mata mengalirkan tangisan syahdu.

"Hati terbang" itu merupakan istilah yg diambil dari kata-kata Jubayr bin Mat'am, sebagaimana disebutkan dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Kisahnya, dia (ketika belum Islam) mendengar Rasulullah Sholallahu Alaihi Wasallam membaca surah at-Tur dalam solat Maghrib. Ketika sampai bacaannya pada ayat 35-37 dari surah itu, dia berkata: "Hatiku hampir sahaja terbang!" [Kaada qalbi an yatiir]. Kata Imam al-Khattabi, hati Jubayr bergoncang setelah mendengar ayat itu kerana dia memahaminya dengan tepat & mendalam. Setelah itu Jubayr terus memilih utk bersama-sama menjadi pendukung kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur rasulullah.

Ini lah ayat yang hampir-hampir menerbangkan hati Jubayr bin Mat'am:

[52:35]
(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

[52:36]
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

[52:37]
Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

Tamat kisah Jubayr.

**************


Dan hari itu, setiap daripada kami datang ke kelas dengan 'membawa' satu ayat alQuran yg telah menerbangkan hati kami. Hari itu juga suasana kelas sangat syahdu & penuh dengan keinsafan. Saya yakin ayat-ayat Quran yg dibentangkan beserta pentafsiran Ustaz terhadap ayat tersebut benar-benar telah mengetuk hati kami sehingga ada saja airmata yg tidak segan silu untuk mengalir deras. Kerana itu, pada akhir kelas, kata ustaz (lebih kurang),

"tak mengapa kita tidak belajar mengikut silibus hari ini, kerana kita telah dapat satu pengajaran yg sungguh bernilai & hebat buat hati kita.."

Saya telah menyalin setiap ayat yang diberi oleh setiap pelajar. Di sini saya ingin sama-sama berkongsi apakah ayat yang telah meninggalkan kesan pada hati kami. Memang benar setiap ayat alQuran itu bisa menyentuh lantas menggerakkan hati, tetapi ia semakin signifikan & menghamburkan airmata apabila ayat itu mengena dengan apa yg sedang kita alami dalam kehidupan. Kerana itu, kata ustaz lagi,

"Setiap ayat Quran itu adalah penawar. Penawar buat setiap hati yang membacanya. Jika Sajidah membacanya, dia akan bertemu penawar kepada masalah yg dia hadapi, andai Faezah membacanya, dia akan turut menemui penyelesaian terhadap kekusutan yg ada, dan begitulah seterusnya yg akan berlaku kepada setiap manusia yg membaca alQuran."

Kerana itu apabila seseorang mendengar bacaan alQuran serta memahaminya, tetapi dia mengatakan bahawa hatinya langsung tidak terusik dengan ayat itu, maka ketahuilah bahawa dia adalah pembohong besar!

Satu lagi kata Ustaz,

"Ustaz boleh kenalpasti samada seseorang itu selalu membaca/ mendengar alQuran atau tidak. Wajah yg sentiasa muram, hati yg sering gusar & tidak tenteram, maka itulah tanda hatinya jarang dilazimi ayat-ayat cinta dari Allah..."

Ini antara ayat-ayat Quran yang kami rasakan telah menerbangkan hati kami saat membacanya...

* Hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku... (Yusuf: 86)

* Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu, Allah Mengetahui dan kamu tidak mengetahui. (alBaqarah: 216)

* Susungguhnya urusanNya, bila Dia menghendaki sesuatu, Dia akan berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. (Yasin: 82)

* Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu... (Aali Imran: 133)

* (Itulah) celupan (agama) Allah. Siapakah yg lebih baik celupannya daripada Allah? (alBaqarah: 138)

* Dan tiada seorang pun mengetahui (dengan pasti) apa yg akan dikerjakannya pada keesokan hari, dan tidak ada seorang pun dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati... (Luqman: 34)

* Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian! (al'Asr: 1-2)


Itulah beberapa ayat yang ingin saya kongsikan. Moga kita tidak menzalimi hati kita dengan menjauhkannya dari Alquran. Saya sangat yakin bahawa setiap hati itu akan mudah insaf & menjadi khusyuk tatkala ia diberi peluang mendengar ayat suci alQuran atau membacanya. Kerana itu, baikilah diri kita dengan membaiki hubungan kita dengan alQuran. Fahamilah dengan sebenar-benarnya apakah maksud (atau sekurang-kurangnya terjemahan) terhadap ayat yang kita baca itu. Terlalu banyak penemuan2 saintifik berkisar kesan mendengar atau membaca alQuran, inshaAllah saya akan kongsikan pada lain masa beserta penerangan serba sedikit tentang I'jaz Quran. Doakan saya diberi peluang dan kerajinan untuk terus berkongsi ilmu.

Wallahul musta'an.


Friday, May 7, 2010

* Gardens of 'iLm in IIUM*

Isnin:
Hadis-Riadussolihin [English]
Speaker: Ustaz Ibrahim Nuh
Time: 910 pm
Venue: ADM LR 9

Selasa:
Halaqah Riadussolihat [Muslimah sahaja] (Bahasa Melayu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Venue: Tingkat 3 Masjid UIAM Gombak

Hadis Hukum Kitab Umdatul Ahkam (Bahasa Melayu)
Speaker: Ustaz Subkhan Khadafi
Masa: 910 malam
Venue: ADM LR9

Rabu:
200 Soal Jawab Aqidah (Bahasa Melayu)
Speaker: Ustaz Ahmad Hasyimi
Masa: 910 malam
Venue: ADM LR9

Jumaat:
Halaqah Riadussolihin [Lelaki sahaja]
Masa: Selepas Solat Subuh
Venue: Masjid UIAM Gombak


Untuk pertanyaan hubungi:
Lelaki- Masri 013-2506391
Perempuan- Syakirah 013-2022463

Wednesday, May 5, 2010

* Layakkah? *


Najlaa
bagi. Terima kasih. :)

Tuesday, May 4, 2010

* Catatan Sebelum Ku Pergi *

Bismillah.

Sebelum pergi tidur, saya teringin untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat hari ni secara ringkas. Kasihan buat yg tak diberi peluang utk hadiri majlis ilmu. Kerana itu Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam selalu berpesan supaya yg hadir (ke majlis ilmu) sampaikan kepada yg tidak hadir, kerana boleh jadi yg tidak hadir itu akan lebih memahami isi kuliah (setelah kita sampaikan kepadanya) berbanding yg hadir.

Walau bagaimanapun, jangan lupa minta selalu pada Allah supaya kita diberi azam yg kuat untuk melangkahkan kaki ke majlis2 ilmu, juga agar dikurniakan peluang2 yg terbuka luas utk menapakkan diri & hati bersama-sama pencinta agama dalam majlis yg dinaungi rahmatNya, inshaAllah.


********


Beberapa point yg sempat saya catatkan:

* Berusahalah untuk mendapat pahala sebanyak yg mungkin.

* Andai kita bersungguh dan bertahan dalam usaha untuk mengikut sunnah Baginda Shollallahu 'Alaihi Wasallam, Allah pasti akan memberi kita pimpinan dan hidayahNya.

* Antara pengertian muhsin (orang yg berbuat Ihsan) ialah; orang yang sentiasa bersaing supaya dirinya menjadi yang pertama dalam setiap amal salih. Yang pertama ke masjid, yang pertama membantu org susah, yang pertama memberi sedekah, dll.

* Tiada apa yang boleh menghentikan kita dari berbuat ibadah kecuali kematian.

* 2 situasi di mana taubat & penyesalan sudah tidak ada gunanya: (1) Ketika matahari terbit dari barat, (2) ketika al ghargharah --> nyawa sudah tiba di kerongkong & saat kita melihat malaikat maut mencabut nyawa kita.

* Satu-satunya jemputan yang kamu tidak boleh mengatakan tidak: jemputan dari Allah agar pulang ke sisiNya (jemputan kematian).

* Masa yang paling tepat dan sesuai untuk melakukan taubat: SEKARANG.

* orang yang paling rugi di akhirat kelak ialah: orang yg menyangka selama hidup mereka telah berbuat kebaikan tetapi sebenarnya tidak.

* Bersungguhlah untuk menyelamatkan diri kamu daripada azab api neraka.

* Tiada yg akan menenangkan hati kecuali zikrullah (mengingati Allah).

* Salah satu cara untuk menghalang diri daripada membuat dosa --> pastikan Allah ada dalam ingatan kita pada setiap saat!

* Sentiasa bersedia menghadapi kematian. Sedangkan bayi yang belum lahir ke dunia boleh ditarik nyawanya. Belum pun sempat umur mencecah 1 saat, Allah sudah menjemputnya. Jadi jangan sekali-kali rasakan bahawa umur muda itu penghalang ajal.

* Latih diri berpuasa pada 13, 14, 15 pada setiap bulan hijrah.

* Hidup ini umpama stesen atau musim2. Ada ketikanya kita temui ketabahan. Ada ketika jua yg kita kehilangan semangat. Kerana itu kita perlukan makanan jiwa agar penawar kepada kesedihan & kelemahan sentiasa ada.

* Hadirkan dalam diri bahawa kita hidup di dunia ini hanya untuk beribadat kepada Allah.

* Tidak kira setinggi mana ilmu dunia yg telah kamu capai, suatu hari nanti kamu akan tinggalkannya di dunia ini. Malah tiada sesiapa pun yang mampu mengambil manfaat dari sijil-sijil kehebatan kamu dalam bidang keduniaan. Ia tinggal kenangan. Kerana itu jangan sesekali lupa untuk belajar ilmu agama meski kamu bukan pelajar bidang agama.

* Beristighfar lah sebanyak-banyaknya.


Wallahua'lam.

p.s. buat sahabat2 yg turut hadir kuliah Riyadhus Solihin tadi, minta tambah andai ada kekurangan. Minta betulkan andai ada yg tersilap.