Tuesday, March 31, 2009

Untuk Seketika Ini


Lama tidak menjenguk blog ini.. bukan tidak punya masa, cuma tidak terasa untuk menghabiskan masa buatnya. :)


Akan pulang ke Johor esok hari. Dan bakal kembali ke Gombak khamis malam nanti. :) Untuk mengembalikan sinar di hati setelah sekian lama tidak menyendiri di kamar merah jambu yang sepi... Meski abah & ma sering ke KL namun rindu pada rumah semakin menebal hari demi hari.


Peperiksaan akhir akan bermula ahad ini. Apa khabar persediaan untuknya wahai diri...?? Pasti belum bersedia sepenuhnya lagi. Masih punya kelas yang harus dihadiri, aduhai penatnya hari ini...

Monday, March 16, 2009

* Hidupku bersama Tuhanku *


Pagi ini, ketika azan subuh, aku terjaga dari mati yang sementara. Terima kasih Tuhan.. Masih memberiku nyawa untuk meneruskan baki kehidupan ini, semata2 untuk berkhidmat dengan hati yang penuh ikhlas kepadaMU… Lantas aku mengucapkan:

الحَمْدُ لله الذِي عَافَانِي في جَسَدِي ورَدَّ عَلَيَّ رُوحِي، وأَذِنَ لي بِذِكْرهِ[1]

“Segala puji hanya bagi ALLAH, yang telah memberikanku kesihatan pada jasadku, dan mengembalikanku ruhku, dan mengizinkanku untuk terus mengingatiNYA…”

Aku bersegera ke bilik air, menyucikan diri sebelum menghadapNYA. Sebaik langkahku menuju ke sana terhenti di hadapan pintu, hatiku terdetik:

{بسم الله}، اللهُمَّ إنّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبْثِ والخبائِثِ[2]

“{Dengan nama ALLAH}, Ya ALLAH aku berlindung denganMU daripada kejahatan syaitan jantan dan syaitan betina…”

Usai menyucikan diri dan melabuhkan bahtera di perjalanan hati antara seorang hamba dan Tuhannya, dan sebelum salam yang pertama, aku memanjatkan harapan kepada Tuhanku:

اللهم بعلمك الغيب وقدرتك على الخلق أحيني ما علمت الحياة خيراً لي وتوفني ما علمت الوفاة خيراً لي ، اللهم وأسألك خشيتك في الغيب والشهادة ، وأسألك كلمة الإخلاص في الرضا والغضب ، وأسألك القصد في الفقر والغنى ، وأسألك نعيماً لا ينفد ، وأسألك قرة عين لا تنقطع ، وأسألك الرضا بعد القضاء ، وأسألك برد العيش بعد الموت ، وأسألك لذة النظر إلى وجهك والشوق إلى لقائك من غير ضرَّاء مضرة ولا فتنة مضلة ، اللهم زينا بزينة الإيمان ، واجعلنا هداة مهتدين[3]

“Ya ALLAH, dengan ilmuMu tentang perkara ghaib dan kekuatanMu atas segala ciptaan, maka hidupkanlah aku selama mana kehidupan itu baik untukku. Dan matikanlah aku selama mana kematian itulah yang terbaik untukku. Ya ALLAH, aku memohon dikurniakan rasa takut kepadaMu dalam rahsia dan terang, dan aku memohon kalimah ikhlas ketika redha dan kemarahan, dan aku memohon diberi matlamat ketika kefaqiran dan kekayaan. Aku mohon daripadaMu nikmat-nikmat yang tidak akan terangkat, aku juga memohon dariMu agar memberiku ketenangan hati / penyejuk mata yang tidak putus-putus. Dan aku memohon diberi rasa keredhaan atas setiap ketentuan, mohon dikembalikan hayat (di akhirat) selepas kematian. Aku juga meminta dikurniakan kelazatan melihat wajahMu, rasa rindu pada pertemuan denganMu, tanpa kesusahan yang membahayakan, jua fitnah yang menyesatkan. Ya ALLAH, hiaskan diri kami dengan perhiasan iman, dan jadikan kami di atas jalan hidayah orang-orang yang telah diberi petunjuk…”

Hati ini tenang setelah meluahkan kepadaNYA tentang segala yang terbuku di hati. Juga selepas meminta semuanya yang aku perlukan dalam dua kehidupan ini, aku kembali terasa dekat denganNYA.

Kokokan ayam telah mengundang diriku untuk melewati jendela pagi ini. Subhaanallah, mentari yang indah memancar telah menampakkan dirinya. Lantas aku berdoa, mohon moga ALLAH beri kebaikan kepadaku.. Kerana kata Nabi, seandainya kamu mendengar ayam berkokok, berdoalah dan mintalah agar diberi kebaikan oleh ALLAH, kerana sesungguhnya ayam itu sedang melihat malaikat..[4]

Sedang mata ini khusyuk menatap keindahan langit dunia, hati ini tiba-tiba membawa diriku jauh ke daerah yang pernah kutinggalkan.. Kutinggal kerana aku mahu melupakan, namun entah mengapa kali ini ia melambai kembali. Dada mula terasa sempit, dan mata mula terasa kabur. Kucuba beri kekuatan pada diri sendiri, dengan mengalunkan dzikir kepada Tuhanku… Sebagaimana yang telah Baginda Shollallahu alaihi wasallam ajarkan:

اللهم إني عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك،ماضِ في حكمك ، عدل في قضاؤك ،أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو أنزلته في كتابك ، أو علمته أحداً من خلقك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ، ونور صدري ،وجلاء حزني وذهاب همي[5]

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap Nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku...”


Bersambung….

SELAMAT MENGAMALKAN DOA-DOA DI ATAS! :)




[1] الترمذي 5/ 473 وانظر صحيح الترمذي3/144
[2] أخرجه البخاري 1/ 45ومسلم1/283وزيادة بسم الله في أوله متفق عليه، أخرجها سعيد بن منصور أنظر فتح الباري 1/244
[3] - النسائي 4/54،55وأحمد 4/364 وصححه الألباني في صحيح النسائي 1/ 281
[4] البخاري مع الفتح6/350 ،ومسلم 4/2092
[5] أحمد 1/391وصححه الألباني

* again *

Sekali lagi menerima keluhan beberapa orang pembaca blog saya... Kata mereka,

"dah tak best baca blog yang bukan pink.."

"Cara penulisan pun dah jadi lain.."

Kasihan... Buat yang berkenaan, berilah email kalau merindui blog pink. Blog pink juga merindui anda. :)

* syarat *

Beberapa hari lepas, ada seseorang yang saya kenali telah meluahkan rasa risau dalam hatinya.. Katanya, kemungkinan besar selepas ini, syarat pengambilan pelajar jurusan agama di UIA akan semakin dilonggarkan. Matematik & Bahasa Inggeris (SPM) sekadar lulus sudah layak memohon..

Apa masalahnya...??

Untuk jangka masa panjang memang sangat bermasalah. Yang belajar agama bermaksud, yang akan menjadi pemimpin2 agama & juga ustadz-ustadzah di kalangan masyarakat. Wajarkah mereka yang berkelayakan rendah menjadi ustadz? Patutkah orang yang tidak berminda kritis & kritikal menjadi pembimbing org lain dalam hal ehwal beragama? Pelajaran paling mudahkah agama itu sehingga mereka yang berkelayakan rendah boleh menjadi sang murabbi?

Apabila dilihat syarat untuk menjadi pelajar jurusan sains (medic terutamanya), memang bukan semua yang mampu memohon. Mengapa? Sebab subjek nya susah? atau kerana tanggungjawab mereka terhadap masyarakat nanti terlalu besar? Maka apakah bezanya dengan yang belajar agama? Bukankah tanggungjawab mereka mendidik insan tentang agama, satu-satunya perkara yang bisa menyelamatkan manusia dunia akhirat? Bukankah mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang peranan itu...?? Jika mereka membawa manusia ke jalan yang silap, jika mereka 'memandu' sambil lewa, meranalah mereka yang menjadi penumpangnya...

Semua wajib mempelajari agama, tetapi bukan semua mampu mengajar agama... Semoga yang akan menjadi imam-imam para muttaqin adalah yang benar2 memahami agama dan peranan yang mereka galas. Semoga mereka juga adalah dari kalangan umat Muhammad shollallahu alaihi wasallam yang beramal & mendidik dengan mengambil petunjuk jalan yang telah dilalui oleh para Salafus Soleh...

Amin.

Tuesday, March 10, 2009

* pasted from pink *

Ini entri yang pernah saya tulis pada blog pink saya. Namun masih belum mendapat jawapan pada persoalan ini. Moga kali ini ada yang akan memberi pandangan atau berkongsi ilmu. TQ.

******

Seringkali saya terbaca luahan atau kata2 manusia lain [artis, maknyah, pondan etc] yang menggunakan ayat di atas sebagai 'hujjah' dan juga 'penguat semangat' mereka utk terus menerus melakukan dosa.. Kata mereka,

"saya tahu apa yang buat ini silap, tapi ALLAH tu kan Maha Pengampun dan menerima taubat. Saya yakin DIA akan ampunkan saya.."


Macam mana ye... adakah mereka silap dalam mentafsir? Atau salah memahami? Saya tercari-cari jawapan pada persoalan ini. Bagaimanakah pemahaman yang sepatutnya pada ayat tersebut dan sekaligus menjadi pemangkin utk kita bertaubat, bukan utk berterusan di jalan maksiat? Saya buntu.. Kerana kadangkala saya juga terdengar bisikan syaitan, yang memujuk diri utk melakukan dosa kerana pengampunan ALLAH itu tiada bertepi.

Cuma, ada juga saya terfikir, benar ALLAH itu Maha Pengampun & Penerima taubat, tetapi ada jaminankah utk saya mendapatkan pengampunan daripadaNYA setiap kali selepas melakukan dosa...???


Mohon sesiapa yang punya pandangan atau perkongsian tentang perkara ini untuk membantu.

* Seminar di Perlis *

Di Pekan Kangar.

Kawasan Masjid Tunku Syed Putra

Masjid Tunku Syed Putra (Masjid yg sangat cantik, antik+moden)

Sawah padi di sebelah Teratak Rahmah.

Halaman Teratak Rahmah (tempat penginapan kami: Rumah Kebajikan utk anak yatim & miskin).


Teratak Rahmah dari hadapan.

Tentang intipati seminar, inshaALLAH akan dikongsikan dalam entri akan datang. :)

Friday, March 6, 2009

* tenang *

Memandang wajah insan yang suci dari dosa benar2 menenangkan. :)

* perlis *


Akan bertolak ke Perlis malam ini. Sungguh tak sabar! :)

My first time going there. Alhamdulillah.. For being given this chance to see that state, as well as to stuff this body & soul with numerous wisdom and knowledge.

Moga pemergianku ke sana akan membawa pulang diri yang sarat dengan ilmu, dan seandainya ditakdirkan pemergianku ke sana merupakan jalan yang membawa aku kembali ke sisiNYA, mohon diri ini disambut dengan penuh cinta & redha...

* stress hilang *


Masuk kelas Tafsir Mawdhu'i memang sangat seronok [walaupun tak berapa paham] sebab Ustadz Layeth sering kaitkan apa yang kami belajar dengan cerita-cerita yang saintifik. [Asalnya Ustadz dulu pelajar aliran Sains]. Nampak sangat banyaknya ilmu ustadz. Terlalu banyak buku-buku yang Ustadz pernah baca + cadangkan kami baca, tapi saya ni masa dalam kelas je terasa semangat nak intai buku yang ustadz bagitau.. Balik bilik semua hilang.

Hari tu Ustadz cerita tentang kesan bacaan ayat al-Quran kepada individu, tidak kiralah tinggi mana ilmu atau imannya. Satu kisah benar, diceritakan oleh seorang jurutera muslim, dalam satu majalah berbahasa arab [lupa tajuknya]. Jurutera ini bersama beberapa orang rakannya [non-muslims] sedang menggunakan satu mesin yang mampu mengukur tahap tekanan/ stress dalam minda seseorang. Jurutera muslim tadi cuba menggunakan mesin tersebut dan ternyata jarum meternya menunjukkan tahap tekanannya adalah pada aras tertinggi [betul2 stress], kemudian terdetik dalam hatinya utk membaca ayat al-Quran. Serta merta setelah membaca ayat al-Quran tersebut, jarum meter itu bergerak ke aras yang paling rendah [tenang].

Rakan-rakannya terkejut dengan perkara yg berlaku lantas bertanyakan apakah sebabnya. Dalam hati jurutera tersebut,

"Ini peluang terbaik aku untuk berdakwah.."

Seorang rakannya tadi diminta menggunakan mesin tersebut. Sebaik sahaja rakannya duduk di kerusi pada mesin itu, jurutera tadi membacakan ayat al-Quran dan seperti yg dijangka, jarum meter yang pada awalnya tinggi menurun ke aras yg menunjukkan tiada stress pada dirinya. Jurutera itu mula merancang utk membacakan syair arab, lantas rakannya yg berada di kerusi tersebut terkejut, katanya,

"Apa yang kamu bacakan ini? Sungguh berlainan dengan yg awal2 kamu baca tadi. Saya tidak mahu yang ini.Saya mahu yang tadi [ayat al-Quran].."

Maka jurutera itu kembali membacakan ayat al-Quran dan rakan tadi kembali merasakan ketenangan... Subhaanallah..

Saya tidak pasti samada rakannya itu memeluk Islam atau tidak [maybe tak dengar ustadz cakap], namun yang penting dapat kita mengambil pengajaran bahawa secara fitrah hati manusia itu sememangnya dicipta sangat mudah tersentuh apabila mendengar alunan bacaan ayat al-Quran.

Sekadar peringatan utk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang mahu membuka hati menerima peringatan. Semoga kita juga cuba untuk benar2 memahami mesej dari Yang Maha Penyayang. Kadangkala apabila hati ini tidak tersentuh ketika mendengar bacaan al-Quran, entahlah apa yang hendak dikata.

Berbungkus dosakah hati ku ini...

* Bersama ALLAH *


* perlu diketahui *

Artikel ini saya copy dari muslim.or.id/soaljawab. Tentang jawapan kepada soalan si penanya yg inginkan kepastian tentang bagaimanakah caranya berdakwah menggunakan penulisan. Semoga bermanfaat. :)

******

Sebagaimana telah diketahui bahwasanya aktifitas dakwah merupakan ibadah yang agung dan juga Allah memerintahkan dan menganjurkannya bahkan menjadikan pelakunya orang yang paling baik ucapannya dan amalnya.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al-Fushshilat: 33)

Maknanya:


Tidak ada seorang pun yang lebih baik ucapanya dari orang yang menyeru di jalan Allah, mengamalkan apa yang dia serukan dan terang-terangan mengatakan bahwasanya dia termasuk orang-orang yang berserah diri. Dan banyak sekali ayat-ayat Al-Qur’an dan hadist-hadist Nabi shollallahu’alaihiwasallam yang menjelaskan tentang kewajiban berdakwah dan keutamaannya yang semua ini menunjukkan bahwa aktifitas dakwah adalah suatu ibadah yang agung. Maka sebagaimana yang ma’ruf (dikenal -ed) di kalangan ahlul ilmi, suatu ibadah tidaklah diterima di sisi Allah kecuali terkumpul padanya dua syarat:

Syarat pertama:

Ikhlas karena Allah, dengan dalil firman-Nya, yang artinya:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus.” (Al-Bayyinah: 5)

Dan syarat ke dua:

Sesuai dengan tuntunan dari Nabi shollallahu’alaihiwasallam, dengan dalil sabda Nabi shollallahu’alaihiwasallam yang artinya:

“Barangsiapa beramal denga suatu yang yang tidak ada perintah dari kami maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Bukhori)

dan ini sesuai dengan makna dari firman Allah subhanahuwata’ala:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)

Yang ditafsirkan oleh Fudhail bin Iyadh makna yang lebih baik amalnya yaitu: yang lebih ikhlas dan lebih tepat dengan tuntunan Nabi. Maka beranjak dari sini, ketika kita memulai aktifitas dakwah haruslah kita bertanya, apakah dakwah kita ikhlas karena Allah atau sesuaikah dakwah kita dengan yang digariskan oleh Nabi kita shollallahu’alaihiwasallam, baik itu kaifiyyah-nya, metodenya atau wasilah-nya/medianya, tempat ini bukan tempat untuk berijtihad dengan mereka-reka kaifiyyah dakwah, metodenya ataupun medianya, harus sesuai dengan syariat dan tuntunannya, karena seluruh bagian dari agama kita telah sempurna tanpa memerlukan lagi tambahan ataupun pengurangan, sehingga dalam masalah kaifiyyah dakwah, metodenya ataupun medianya itu pun sudah jelas, tidak mungkin hal ini diserahkan kepada kita untuk mengada-ngadakannya atau membuat-buatnya, maka ana nasehatkan kepada al-akh untuk kembali mempelajari kitab-kitab para ulama’ yang menjelaskan tentang masalah ini secara mendetail seperti kitab karya Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkholi yang berjudul “Manhaj Dakwah Ilallah fihi Al-Hikmah wal Al-Aql” dan juga membekali dirinya dengan Ilmu-ilmu syar’i, karena ini merupakan bekal yang utama dan pertama bagi seorang da’i ilallah, kalau menghendaki dakwahnya menjadi dakwah yang benar di atas dasar Al-Kitab dan As-Sunnah sesuai dengan pemahaman generasi salaful-ummah serta memberikan buah yang berbarokah dan diterima di sisi-Nya. Wallahu a’lam.

* al-bidayah *

Assalamualaikum...


Buat sesiapa yang terlintas kat blog ini, terima kasih. Ni kiranya blog baru jugakla. Blog lama ada lagi. Blog ini yang diberi nafas baru. Sekadar tempat untuk menulis apa yang terlintas di minda dan hati. Kadang2 rasa kenapa kita perlu nak penuhi citarasa individu tertentu utk tulis sesuatu penulisan ye...??? Seorang sahajakah pembaca blog kita? Mungkin dalam blog saya yg sebelum ni, kadang2 terselit tentang perkara yg tak serius, atau tak menyenangkan sesetengah pihak. Memang manusia tak pernah mampu utk puaskan hati semua pihak. tapi kadang2 kita perlu rasional dan berbaik sangka kan.

Tak tahulah nak cakap macam mana, cuma bagi saya, saya tahu siapa pembaca blog saya dan saya tahu bukan semua suka baca tentang isu yang 'berat' bagi mereka. Saya cuba untuk menarik hati mereka kepada blog saya, dengan menulis tentang perkara yg agak santai & sewaktu dengannya. Bila hati dah terlekat dgn blog ini, boleh jadi bila ada unsur2 dakwah yg kita cuba sampaikan, mereka boleh terima. Itu sekadar pendapat saya. Yang penting penulisan kita tak ada unsur2 menderhakai ALLAH. Wallahua'lam.

InshaALLAH saya akan cuba jadikan blog ini lebih 'matang' dan bermanfaat. :) Moga ALLAH permudahkan.