Thursday, April 23, 2009

* The Yardstick 2 *

Saya sering sahaja merasa tidak selesa atau dengan kata lain, tidak suka dengan perbuatan sesetengah manusia yang menilai manusia lain dengan menjadikan diri sendiri sebagai kayu ukur. Pernah lihat seseorang yang selalu memandang jelek perbuatan manusia lain yang tidak biasa diamalkannya? Itulah maksud saya. To make it crystal clear, saya beri contoh seperti berikut:

Situasi 1:
AA: Kenapa kau lipat baju macam tu? Tak cantiklah.
BB: Dah memang dari dulu aku lipat macam ni. Dah terbiasa.
AA: Kalau aku, aku lipat bahagian bla…bla…bla…bla…


(Haha... Terserahla pada individu nak lipat macam mana kan. Tak semestinya cara kita adalah yg terbaik. Kalau ye pun, tak perlulah perlekehkan orang lain.. :] )

Situasi 2:
CC: Eh, famili kau kalau pagi raya buat apa ek?
DD: Famili aku? Kitorang biasanya lepas solat eid terus makan ramai-ramai la. 
CC: Ish, ada ke terus makan.. Tak patut… Kalau famili aku, lepas solat pegi kubur dulu, pastu balik rumah, bersalam-salaman mintak maaf, pastu barulah makan. 


(Nak tau bagaimana cara yang betul, cuba cek sunnah Nabi Shollallahu ‘alaihi wasallam.. Apa sunnah sewaktu sambut raya.)

Situasi 3:
GG: Kau ni asyik balik rumah je. Duduk la kat uia ni lama sikit. Macam aku ni. Satu sem sekali dua je aku balik.
HH: Aku takdela sayang uia sampai tahap kau sayang uia. Hee..
GG: Ke situ pulak..


(Dah rumah kat sarawak, memang la jarang2 dapat balik.. Hee.. Kalau rumah dekat, ada kelapangan, famili memerlukan, balik la kan. Apalagi kalau rumah dekat je. Jangan samakan situasi semua orang dengan kita)

Situasi 4:
II: Apalah basuh baju guna mesin. 
JJ: Tak bleh ke? Gunakan kemudahan, apa salahnya.
II: Kita ni kan pompuan, lagi bagus basuh guna tangan sendiri. Kenala biasa buat keje-keje rumah macam ni. Aku selama duk uia tak penah langsung guna mesin.
JJ: Oh ye ke.....


(Berbaik sangkalah sentiasa. Boleh jadi JJ guna mesin kerana kesuntukan masa, lebih banyak prioriti lain.. Apapun keadaan, yang terbaik adalah untuk berbaik sangka. Hati pun lapang. inshaALLAH..)

*****

Cukuplah contoh-contoh kat atas ni. Memang tidak sepatutnya kita menjadikan diri sendiri atau adat kebiasaan kita sebagai kayu ukur untuk menilai perbuatan orang lain. Dalam sosiologi, istilah bagi situasi seperti lebih kurang dengan ideologi ethnocentrism. Maksudnya, sesuatu adat/perbuatan tu akan dipandang pelik atau jelek pada pandangan seseorang seandainya ia bukan perbuatan yang biasa dilakukan olehnya. Atau in english: the tendency to believe that one's own race or ethnic group is the most important and that some or all aspects of its culture are superior to those of other groups. Antonim bagi ethnocentrism ialah cultural relativism. Maksudnya, memandang perbuatan/adat individu lain dalam konteks individu tersebut. Kalau tak paham, ni definisi nya in English: the anthropological principle stating that a person’s beliefs and activities must be understood in the local context of that person’s own culture

Namun kita sebagai orang Islam, hakikatnya sudah diberikan al-Quran & as-Sunnah sebagai kayu ukur, untuk menentukan manakah yang baik, dan manakah yang berdosa. Oleh kerana itu, perkara pertama yang sepatutnya kita pelajari adalah bagaimana untuk memahami al-Quran & as-Sunnah. Supaya tidak kita tersasar dalam menentukan pendapat/perbuatan/teori siapa yang lebih benar atau tepat di sisi ALLAH, juga supaya kita mampu beramal dengan bersandarkan hujjah yang tepat dan sahih. 

Kesimpulannya, jadikan alquran & assunnah sebagai kayu ukur kita + sentiasalah berbaik sangka... Bahagia dunia akhirat. InshaALLAH. :)

No comments: