Friday, November 26, 2010

* Kata-kataNya Memberi Harapan *

ZURIAT

Bismillah.

Testimoni di televisyen pada hari itu agak membuatkan saya tidak senang hati. Tentang luahan seorang wanita yang lewat dikurniakan zuriat setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Katanya: "Saya tidak salahkan suami saya tetapi saya salahkan diri saya kerana hingga kini masih tidak mampu memberinya zuriat."

Persoalannya: Kitakah sebenarnya yang MAMPU memberi zuriat??? Perlukah sesiapa dipersalahkan? Jawapannya pasti sudah ada dalam kepala kita. Wallahua'lam, boleh jadi wanita itu tidak bermaksud sedemikian, namun eloklah untuk kita mengambil pengajaran agar berjaga-jaga dalam setiap perkataan yang kita tuturkan. Apalagi jika ia berkaitan aqidah. Usah persalahkan sesiapa, kerana bukan manusia yang memberi rezeki [termasuk zuriat].

Mengapa hati seringkali sedih tatkala ditakdirkan untuk belum dikurniakan anak? Ya, kerana fitrah manusia itu berkahwin untuk mengembangkan zuriat. Sebagaimana diceritakan bahawa Nabi Zakaria AS turut mengadu kepada Allah akan keinginannya untuk menimang cahaya mata dan sekaligus menzahirkan kerisauannya kerana umurnya yang agak senja ketika itu:

Firman Allah:


Dari mana kita tahu bahawa ketika itu umurnya sudah lanjut? Kita perhatikan ayat lain dari surah Maryam yang turut menceritakan kisah Nabi Zakaria AS:


Tidak dinafikan kata-kata manusia lain yang di sekeliling kita juga turut bisa menambahkan kesedihan di hati seandainya masih belum diberikan zuriat. Dentuman pertanyaan demi pertanyaan yang tiba seringkali membawa diri ke lubuk kesedihan yang paling dalam. Memang benar bahawa kata-kata bisa membunuh, namun kata-kata jugalah yang bisa membawa kita kembali bangkit dari kesedihan, terutamanya kata-kata daripada Pencipta. Kerana itu, saya cuba untuk membawa hati-hati yang boleh jadi sedang bersedih kala ini [kerana masih belum dikurniakan zuriat] supaya menghayati ayat-ayat yang telah Allah turunkan, moga-moga ia akan mengubat hati yang duka, inshaAllah.

TIDAKKAH KITA BERTADABBUR

Ketika kelas Tafsir Mawdhui, Ustaz Layeth Su'ud beberapa kali menyebutkan ayat ini dan memang benar ia terkesan di hati. Firman Allah:


Kerana itu, haruslah kita berusaha memahami serta bertadabbur memikirkan setiap makna yang tersirat dari ayat-ayat alQuran yang sering menjadi bacaan kita. Bagi setiap kisah umat terdahulu yang diceritakan, pasti ada pengajaran yang Allah ingin sampaikan kepada kita.

Dan antara fokus saya pada penulisan kali ini, adalah tentang betapa Allah itu Maha Pemberi Rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia inginkan. Jika kita membaca surah Maryam, pada awal surah itu terdapat dua kisah tentang kuasa Allah untuk memberi zuriat kepada hambaNya meski akal mengatakan perkara itu mustahil. Pertama, kisah Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya mandul, namun masih tidak putus asa mengharapkan dikurniakan seorang anak soleh yang mampu memimpin kerabatnya dari kesesatan setelah peninggalannya. (Rujuk ayat 2-9 surah Maryam). Kedua, kisah Maryam yang dikurniakan zuriat walaupun tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. (Rujuk ayat 16-21 Surah Maryam).

Kedua-dua kisah itu diselitkan ayat yang dimulakan dengan:

Begitulah keagungan kuasa Allah Azza wa Jalla dalam menciptakan manusia. Boleh jadi akan ada yang berkata: "mereka itu Nabi dan orang soleh, pastilah ada keajaiban berlaku kepada mereka. Tak mungkin berlaku yang sama kepada kita." Nanti dulu, ingkarkah kita bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu? Mungkin bentuk keajaiban itu tidak sama dengan yang disebutkan dalam alQuran, namun andai kita yakin dengan segenap hati, sesungguhnya jika Allah menginginkan sesuatu itu untuk berlaku, maka itulah yang akan berlaku.

KISAH BENAR SEORANG SAHABAT

Satu kisah benar yang berlaku kepada seorang sahabat baik saya. Sebelum berkahwin, dia disahkan doktor bahawa sistem peranakan nya tidak mampu berfungsi dengan sempurna, bermakna, tidak akan dapat mengandung. Pastilah hatinya agak keluh kesah dan kerana itu, dia sering melakukan kajian di internet, apakah wanita lain yang mempunyai penyakit itu, ada yang mengandung. Mungkin sedikit sebanyak boleh memberinya harapan andai diketahui ada yang berjaya mengandung meski menderita penyakit tersebut. Namun satu hari hatinya mula tersedar, bukankah Allah itu Maha Berkuasa? Hanya kepada Allah sepatutnya diletakkan harapan. Dia yang mengurniakan anak lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tanpa syarat perlu sempurna kesihatan!

Dan dipendekkan cerita, selepas berkahwin, alhamdulillah sahabat saya disahkan mengandung. Subhanallah, Maha Suci Allah... Tatkala sahabat saya menceritakan pengalamannya ini, air mata saya benar-benar tidak tertahan. Begitu juga rakan-rakan lain yang turut sama mendengar. Alangkah indah, andai pergantungan kita hanyalah Allah semata-mata. Dan alangkah indahnya, apabila hati mula punya keyakinan bahawa Allah itu Maha Mendengar rayuan hambaNya. Pesan sahabat saya itu, usah pandang rendah terhadap kehebatan doa. Dan paling utama, ketika kita berdoa, adakah kita telah mengagungkan Allah sebagaimana Dia layak untuk diagungkan??? Sudahkah kita meletakkan keyakinan [ketika berdoa] bahawa Allah pasti mengabulkan doa kita?? Kerana itu, carilah hatimu ketika berdoa. Kerana Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai. Sebagaimana sabda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Dan benarlah kata baginda Shollallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah anak itu tercipta dari keseluruhan air [mani], dan jika Allah berkehendak mencipta sesuatu, maka tiada sesuatu pun yang mampu menghalangnya. (Sahih Muslim, Kitab Nikah, Hadith no. 1438)

PELAJARI DARI MEREKA

Andai kita soroti kisah mereka, kita pasti temui terlalu banyak mutiara hikmah yang boleh diambil dan dipelajari. Sebagaimana dalam doa Nabi Zakaria AS, dia mengajarkan kita agar tidak berputus asa meski kita terasa seperti sudah tiada langsung harapan buat kita. Pada penghujung doanya disebut: dan aku, wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (rujuk ayat 4 surah Maryam).

Dalam kelas Naqdul Hadith, Ustaz Mogtaba pernah menyebutkan bahawa terdapat ayat dari surah anbiya' yang menerangkan faktor yang menyebabkan diperkenankan doa Nabi Zakaria AS, iaitu:

1. Mereka (Nabi Zakaria AS dan isteri) selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan
2. Mereka berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan rasa takut
3. Mereka antara hamba-hamba yang khusyuk dan taat kepada Allah

(Rujuk ayat 90 surah anbiya')

Rasanya tidak perlu dihuraikan lagi tentang apa yang boleh kita pelajari dari mereka. Bukalah hati untuk sentiasa menerima kebaikan dan inshaAllah, itulah yang akan kita peroleh. :)

Wallahua'lam.


4 comments:

Ustaz Azrai said...

Salam.. yup, sya pun pnh mngalami pristiwa hmpir serupa dgn kes diats.. ketika mula2 berniaga.. hampir setahun sya mngalami krugian.. namun sya cuba btahan & bmohon kpd Allah.. & cuba kembali bmuhasabh diri mngapa rezki sya kurang ktika itu.. & skrg, Alhamdulillah.. bisnes smkin mantap n maju..

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka DIA Ingin mengujimu,
Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik untukmu".

Sajida said...

inshaAllah, moga hati yg sentiasa berbolak balik ini tidak akan mudah goyah dengan janjiNya bahawa Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Anonymous said...

tahniah sajid!
jaga diri baik2... =)

^_^

Sajida said...

huhu... terima kasih yani. :)

Rezeki dari Dia.

Yani pun jaga diri baik2. (",)