Friday, June 19, 2009

* Pernikahan = Penamat? *

Bismillah.

Pertama sekali, tahniah buat Kak Fatihah Omar (Usul fiqh IRK) & Qayyum (Engineering) yang bakal diijabkabulkan pada 03072009 ini. Semoga pernikahan ini akan menambahkan lagi semangat untuk tetap terus berjuang demiNya.

Bukan apa, saya pernah mendengar keluhan beberapa sahabat tentang bagaimana mereka merasakan ada sesetengah rakan mereka yang telah atau mungkin terpaksa menjadikan gelaran isteri sebagai nokhtah kepada perjuangan.

Saya tidak berani untuk memberi pendapat sendiri kerana saya masih tidak tahu apa yang mereka (sahabat-sahabat yang sudah berkahwin) alami selepas bergelar isteri & mungkin ibu. Entah bagaimana jadual mereka, masalah yang mereka hadapi, emosi yang adakala tidak terduga dan macam-macam lagi kesulitan hidup yang tidak mampu saya bayangkan.


Namun tidak saya nafikan, masih terlalu dan amat ramai wanita yang sudah bergelar ibu, pelajar atau yang sudah berkarier, akan tetapi semangat mereka untuk selamanya di atas jalan dakwah tidak pernah luntur. Saya terlalu kagum dan adakala hairan bagaimana mereka diberi kemampuan untuk melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa. Ada benarnya kata-kata ini: Andai niat di hati itu baik juga ikhlas, pasti Allah akan permudahkan jalan tetapi dengan syarat kita juga perlu ada usaha.

Benar, sangat payah jalan perjuangan itu seandainya di pundak tergalas segala macam peranan. Apalagi jika 'askar-askar' di rumah semakin bertambah. Namun, kerana kesusahan & pengorbanan itulah ia dinamakan PERJUANGAN. Nilainya itu dilihat dari sejauh mana ketahanan pejuang itu dan setinggi mana dinding dugaan yang harus dan berjaya dirempuhnya.

Mungkin kerana itu sebagai perempuan, sangat penting untuk kita memilih suami yang punya semangat & cita-cita tinggi dalam memperjuangkan agamaNya.

Ayuh, kita hentikan persepsi yang mengatakan pernikahan itu bisa menggugat kemeriahan sebuah perjuangan! :)


20 comments:

ctnurain said...

"Mungkin kerana itu sebagai perempuan, sangat penting untuk kita memilih suami yang punya semangat & cita-cita tinggi dalam memperjuangkan agamaNya."

saya sgt setuju!!
tp tak lelaki yg mcm ni kan..silap2 kena berebut...hahaha!

Sajida said...

hehe.. inshaALLAH ada ramai. mohon kita jadi hambaNya yg terpilih utk diberi tanggungjawab sebagai sayap kiri pejuangNya. :))

Lukluk Baidoa said...

"RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WA ZURRIYYATINA QURRATU A'YUN..."

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Bagaimana da'wah para isteri Rasulullah saw selepas bernikah?

Itu yang wajar kita contohi. Kadang-kadang kita menyempitkan bab da'wah hingga seolah-olah kahwin itu penghalang da'wah sedangka masih banyak ruang da'wah yang boleh dilalui selepas berkahwin, mahu atau tidak itu sahaja.

Jangan disempitkan da'wah kepada usrah, mukahyyam, daurah dan lain-lain. Kita lihat contoh ummahatul mu'minin, bagaimana da'wah mereka?

Kadangkala kita banyak terpengaruh dengan tokoh-tokoh haraki lalu kita lupa contoh yang terbaik.

ctnurain said...

insyaallah..mudah2an
sajida bile lagi..;-))

Sajida said...

@Lukluk: amin..

@masri: bleh saya tanya soalan tu pada kamu balik???

@ctnurain: inshaAllah.. adala tu masa yg Dia dah tetapkan.. :)

Sajida said...

@masri: saya tak maksudkan berjuang utk agama itu sekadar join iftar, mukhayyam etc etc.

benar jalan perjuangan itu pelbagai. terpk jugak mcm mana cara ummahat mukminin berdakwah lepas kamu komen. setakat yg saya tahu aisyah RA ada buat 'kelas' tentang hadith @ sth like that. yg lain tak tahu sebab saya tak mencari lagi.

kalau kamu tahu lebih, kongsi2kan la ye. thanks!

Abu Mardhiyyah Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon said...

Pernikahan itu umpama satu tempat yang kita lalui dalam perjalanan hidup seorang insan, ia merupakan warna-warni kehidupan manusia untuk memenuhi fitrah insan yang Allah telah jadikan dalam diri anak2 Adam dan Hawa, menjadikannya satu alasan penghalang dalam berdakwah bukan persoalannya, tetapi kebijaksanaan mengurskan masa antara diri, keluarga dan dakwah, adalah dituntut untuk seorang insan berjaya memenuhi semua tanggungjawab yang dipikul bg dipersembahkan dihadapan Rabb, Tuhan Yang Maha Kuasa....

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Boleh je tanya soalan.

Ya, Aisyah mengajar kaum Mu'minin.

Shaikh Masyhur Hasan Salman ada mengarang kitab yang menyenaraikan Muhaddith dari kalangan Muslimah.

Ya, kerana itu carilah lelaki yang memahami da'wah, bahkan yang aktif dalam da'wah.

Malangnya, para Muslimah keliru antara da'wah, usrah, ke hulu ke hilir ikut tamrin, mukhayyam dan lain-lain.

Saya sendiri membaca dalam blog para akhawat bagaimana dengan slumber mereka bercerita kepada teman-teman seusrah bagaimana sedihnya mereka selepas bernikah kerana tidak dapat hadir usrah, tak dapat aktif seperti dahulu.

Dan banyak lagi lah.

Dan seandainya sudah mendapat suami yang begitu, pandai-pandailah memilih jalan kreatif bagaimana menjadi daie tanpa menjadi isteri yang derhaka.

Malangnya kita tak belajar untuk kreatif, bertindak mengikut suasana, dah kahwin tapi mentaliti macam anak dara, nak ke hulu ke hilir dengan kawan-kawan seusrah dan lain-lain.

Jika ditanya saya, jawapannya pilihlah lelaki semanhaj dan sefikrah dan kaki da'wah.

Dan buat perjanjian bertulis sebelum nikah.

Nak jadi macam 'Aisyah? Kenalah berilmu. Berda'wah dengan semangat sahaja akan menjahanamkan da'wah tu sendiri.

Sajida said...

@abukholil: setuju dengan kamu.

@abu usamah: oh.. betul cakap kamu. saya rasa penting utk ramai muslimat tau. kamu buatla entri pasal ni.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Elok baca e-book ni:

The Noble Women Scholars of Hadeeth
http://abdurrahman.org/women/SalafiManhaj_NobleWomenScholarsofhadeeth.pdf

# What a Woman may Stipulate in a Marriage Contract - Imaam Ibn Qudamah al-Maqdisi
From al-Mughni of Ibn Qudamah Vol. 9, Page 483: Issue #1141
http://abdurrahman.org/women/whatwomenstipulate.html

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

CtNurain kata: tp tak lelaki yg mcm ni kan..silap2 kena berebut...

--
Mungkin itu salah satu hikmah poligami? Sanggup berpoligami untuk mendapatkan suami yang soleh, manhaj suci, kaki da'wah?

Ariff Arifin said...

masri emosi mungkin sebab dia terlibat kot dalam kerumitan itu.

abu_muawiyah said...

salam..

bnyak jugak org komen pasal ni..hehe

insyaAllah kami takkan lupakn kamu semua..(sebab namaku terpampang di entri kali ni..hehe)

Sajida said...

@masri: pasal poligami tu... betol le cakap kamu. tapi kalau tanya saya sanggup berebut ke... ermmm... doa2 tak kena la. :p

@ariff: ye ke masri? kalau betol, semoga kerumitan segera berubah menjadi kesenangan.

@abu muawiyah: kami pun doakan kamu berdua...

Abu Mardhiyyah Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon said...

masri nak cakap dia ada kosong lagi tu..haha

Sajida said...

@abu kholil: ooopss... no komen... :]

Trinisaurus said...

bykner n panjg2 n berilmiahnyer org2 komen yg ini...mksudnyer rmi org berminat ttg perkahwinan.since kte pun nk komen jgk kt entri ni, mknenyer kte pun suke jgk pkhwinan..ble lak entri walimah kak sajeed nk kua..

Sajida said...

hehe.. ayat last tu takde kaitan la dgn ayat sebelumnya la nining. ;p

nining nak tau bila ke?? masalahnya, akak pun nak tau jugak bila. huk3.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Abu Khalil:

Itu sudah off topic. Jauhi prasangka.