Wednesday, June 3, 2009

* Sekolah Baru *

Runsing bila memikirkan bagaimana saya mahu mengajar adik tentang sifat solat Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam.. Bukan risaukan dia tidak mahu menerima [seperti sesetengah manusia] tetapi kasihankan dia, pasti timbul kekeliruan dan beribu persoalan dalam kepala. Di sekolah cara solat tidak diajar sebagaimana di rumah [bukan keseluruhan cara solat]. Maka apakah solusinya?

Entah mengapa ramai manusia, apabila dibentangkan di hadapan mereka setiap perkara yang dikatakan berkaitan agama [terutama soal ibadah], mereka terus menerima tanpa usul periksa, asalkan yang berbicara itu punya kopiah di kepala, punya nama di persada dunia. Kita sering lupa bahawa setiap dakwaan tentang agama itu memerlukan hujjah dari alquran & sunnah yang sahih. Tanpa kedua-duanya, hujjah itu nyata lemah. Namun alquran & sunnah tetap kuat meski manusia meminggirkannya.



Ramai manusia lupa tentangnya, boleh jadi kerana sedari kecil tidak dididik bahawa agama itu datang dengan hujjah. Kerana itu saya sentiasa berdoa pada Yang Maha Berkuasa, supaya dihadirkan di dunia ini manusia-manusia yang mampu membina institusi pendidikan yang mengajar agama Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat rodhiyallahu anhum. Mungkinkah generasi kita ini yang bakal menjadi tenaga pengajar di situ? Wallahu a'lam.

Moga selamanya kita tidak akan lupa bahawa untuk mengembalikan kegemilangan umat ini, kita perlu membawanya kembali menelusuri jalan yang pernah dilalui para Salafus Soleh.

5 comments:

izuqila said...

Salam Sajid..
Terfikir jugak sebelum ni nak turun skolah2 ajar sifat solat Nabi tu..

Tapi bila difikir2kan, ada baiknya budak2 kecil ni dididik dengan ajaran basic dlu..fundamental..kmudian smpai satu tahap mereka dah boleh bezakan mane yg ikut madzhab, mane yg btul2 ikut Nabi (setelah diajar)..bila fikiran dah terbuka, mereka akan nampak mane yg lbh baik.

kalau kita terus ajar 'benda yg berbeza dgn kwn2 lain buat' sejak dari kecil, bimbang mereka akan keliru..

ni pendapat izu je la..takde fakta pun..cuma terfikir, kite dulu pun tak tau semua ni..ilmu tu dtg berperingkat-peringkat..

>boleh dibahaskan lagi..

Sajida said...

oh... izu rasa macam tu ke... tapi macam mana kalau dia dah besar & takleh terima cara yang kita baru nak ajar. kalau dah bersemadi dgn diri, kdg2 org mana nak tukar. lagi susah bila takde org pun nak ajar dia bila dia besar nnt?

lagipun, macam tak patut, bila kita dah tau mana yang lebih tepat, lebih rajih mengikut neraca quran & sunnah, tapi kita tak aplikasikan benda tu. kita diam2 je biar org teruskan buat yang kurang rajih.

tapi rasanya takde masalah kot soal budak keliru atau tak ni. dah banyak pegi tempat2 yang tengok budak2 nya solat betul2 ikut cara nabi SAW ajar. takde masalah pun utk diorang terima & amalkan. :)

betul, hati sungguh2 tenang bila kita beramal bertepatan dgn sunnah nabi SAW. Daripada duk menduga2, aku ni betul ke tak beramal... ikut panduan (Quran & Sunnah) ke tak..

macam mana nak tahu betul ke tak ikut ajaran Rasul SAW? di situlah peranan dalil dari hadith2. dgn berpegang pada dalil dalam beramal, akan terbit rasa keyakinan. inshaALLAH.

kita dulu tak tahu sebab takde org bagitahu. kesian kan kita? tapi alhamdulillah skarang ni kita dah tahu & tanggungjawab kita utk ajarkan kepada yang belum tahu.

Yakinlah bhw kita takkan sesat selagi berpegang dengan Quran & Sunnah. :)

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Kita mesti mengetahui objektif da'wah kita.

Mahu bawa kepada Sunnah bukan?

Sifat Solat Nabi atau mungkin yang Ukhti Sajida maksudkan Sifat Solat Nabi susunan shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Ia adalah hasil ijtihad Shaikh al-Albani.

Saya mahu berkongsi pengalaman sahabat saya yang sudah mempunyai anak. Beliau mendidik anaknya di rumah dengan sifat Solat Nabi, tapi akhirnya dia mengalah selepas melihat konflik dalam diri anaknya kerana pertembungan apa yang diajar di rumah dengan di sekolah.

Lalu, pandangan saya, beransur-ansur dan jangan gopoh. Perkenalkan adik-adik kita kepada sunnah tapi bukan dalam bab-bab yang menimbulkan konflik contohnya isu tahrik menggerakkan jari ketika tasyahud.

Perkenalkan sunnah-sunnah yang diabaikan tapi jika diamalkan insya-allah tiada penentangan daripada ustazah2 mahupun ibu bapa.

Perkenalkan mereka dengan sunnah harian, doa bangun tidur etc.

Idealnya, pendokong Manhaj Salafiah mesti memiliki institusi pendidikan sendiri, sekolah sendiri, waktu itu baru kita dapat melakukannya dengan mudah.

Kita tak mahu konflik menyelubungi adik-adik kita, lalu akhirnya mereka keliru dan menjauhkan diri dari Islam.

Ini hanya pandangan saya, kebenaran mutlaq hanyalah milik Allah dan RasulNya. Wallahua'lam.

Sajida said...

Biasanya apa yang berlaku kat adik2 yang join kem sifat solat nabi?

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Jadi manusia.

Konflik dengan keluarga, ustaz dan ustazah sekolah.

Ada yang ghairah mengamalkannya, Alhamdulillah.

Depend on individual case.

Latar belakang keluarga mereka.

Dan apabila program dibuat di sekolah, dan di luar sekolah, approach mesti berbeza. Kita mesti mengambil kira persekitaran dan yang penting survivor da'wah. Jika semua sekolah dah black list kita, apa jadi?