Tuesday, June 9, 2009

* Aljuhdu Almasykur *

>> Aljuhdu almasykur = Satu usaha yang dihargai

Minggu lepas saya sekadar mahu melihat2 buku di salah satu gerai di HS. Tidak merancang untuk membeli, tetapi setelah melihat buku yang bertajuk ini:
Belajar Bahasa Arab Sambil Ketawa, saya jadi sungguh2 mahu membelinya. Meski di kulit hadapan ada tertulis: Buku Belajar Bahasa Arab untuk yang TAK MINAT Bahasa Arab, saya tetap mahu membelinya. Saya juga tidak mahu terlepas dari mengambil manfaat buku itu, di samping menghiburkan diri. Kisah2 pendek di dalamnya memang lucu. :) Siapa nak pinjam, bagitahu la saya. Semoga kita sama2 mampu meningkatkan kemahiran berbahasa Arab. (Buku berserta CD Audio)



KREATIF DALAM BERDAKWAH

Kagum dengan penulis buku itu (
Wan Rusli Wan Ahmad) yang kreatif dalam menyampaikan pengajarannya. Saya agak buku itu mampu menarik minat ramai pembaca, pertama kerana tajuknya yang menarik, kedua kerana ilustrasi yang ada di dalamnya, ketiga, kerana kisahnya yg pendek2 dan tidak membosankan, keempat, kerana nota ringkas (tentang bhs arab) yang terdapat pada setiap kisah.

Usaha ini membuatkan saya teringat akan kreativiti para daie dari Indonesia. Usaha dakwah mereka bukan semata-mata tertumpu di atas kertas atau lisan, bahkan barangan-barangan juga turut menjadi atara medium dakwah mereka. Sebagai contoh, T-shirt labuh Muslimah. Kalau tidak silap saya, kewujudan T-shirt muslimah yang menarik dan bersopan itu bermula dari sana. (Betulkan saya jika silap). Kesannya idea itu sudah tersebar dan banyak syarikat di Malaysia mula memperkenalkan T-shirt labuh dek sambutan yang hangat. Syukur kepada Allah, kerana dengan wujudnya T-shirt labuh ini, Muslimah-muslimah mampu bersukan dengan berpakaian yang menutup aurat.


Selain T-Shirt, terdapat banyak lagi barangan lain yang benar-benar menarik minat konsumer Muslim, seperti stokin wudhu', keychain, hanphone tag dan lain-lain yang berunsurkan Islam. Usaha ini -mungkin secara tidak sedar- telah sedikit sebanyak menyebarkan dakwah Islam itu sendiri. Contohnya, ungkapan-ungkapan pendek yang terdapat di keychain seperti:

"I am proud to be a Muslim"


"I lay my love on Allah"


"Colour our life with dzikrullah"


"More confident with Jilbab!"


"Let's fight for Islam!"


Ungkapan-ungkapan begini, bisa sahaja menggerakkan hati seseorang Muslim untuk melakukan kebaikan, juga ia mungkin mampu menarik minat non-Muslim untuk lebih mendekati Islam lantas memeluknya. Insha ALLAH.



IMPORT BARANG = IMPORT IDEOLOGI

Semasa belajar bab Culture dalam subjek Intro. to Sociology, saya belajar bahawa ketika kita mengimport barang dari sesuatu negara, kita sebenarnya turut mengimport budaya & ideologi mereka. Sebagai contoh, meja jepun. Seandainya kita membelinya, pasti kita akan menggunakannya sebagaimana budaya Jepun; makan bersila di bawah, menggunakan meja Jepun yang rendah. Begitu juga dengan TV. Apabila kita membelinya, kita bukan sekadar membeli fizikalnya, akan tetapi kita mungkin akan turut terpengaruh dengan 'budaya' yang disiarkan di kaca TV itu.


Benar, idea & barangan (material and non-material cultures) sememangnya mempunyai kaitan yang cukup kuat. Ia mempengaruhi satu sama lain. Buktinya, kepercayaan (nonmaterial culture) masyarakat Cina (yang bukan Islam) bahawa nombor 13 membawa sial menyebabkan mereka akan menjauhi daripada memilih/ membina rumah (material culture) yang bernombor tersebut. Contoh lain, MP3. Gajet kecil itu (material culture) akan mengembangkan budaya mendengar lagu (nonmaterial culture) di mana-mana sahaja setiap ketika, jua ia adakala menyebabkan ramai remaja membuang masa (nonmaterial culture) dan wang seandainya ia digunakan untuk tujuan yang sia-sia.


Cukuplah dengan omelan di atas. Moga kita akan berterusan di atas jalan dakwah, dan tidak lupa untuk sentiasa memikirkan usaha yang kreatif yang mampu menarik lebih ramai orang agar mengenali Islam.


11 comments:

nur afzan`` said...

waaahhh~~ nak pinjam,nak pinjam :p
kat kuantan sem depan baru ada kelas arab smule,tu pun merayu kat ustaz..tp tu pun limited,sedihnyee T_T

Sajida said...

nanti akak try tulis cerita2 tu dalam blog arabic akak ek. sekali dgn terjemahan. inshaALLAH. :)

cubala blaja on9 kalo takde sgt kelas. byk rasanya.

~ ZaRitH ELdA ~ said...

Nk pinjam gak...xde jual lg ke buku 2??Hmm...xpe la...t awk tlis kat blog tau...kte nk bce..jgn lupe...nice la ur blog...ske tgk..(^_^) Jeed,klu nk blaja arab on9 kat laman web ape ek??adeke??any suggestion??cam berminat lak...he....

Sajida said...

zarith, bleh sgt2 kalau nak pinjam. :) nak beli pun ada lagi rasanya. kat HS tu. seberang EMKAY.

nnt ada masa kita tulis tau, inshaALLAH. suka bila ramai berminat dgn bhs arab. :D

setakat ni kita tak tahu pulak web mana, tapi cuba awak google je. tulis 'belajar bhs arab online' atau yg sewaktu dgnnya. kita rasa pnah bukak, yg indonesia punya.

thanks. :)

Anonymous said...

ade jual lagi tak kak???

Sajida said...

tak pastila safa. tapi ada lagi kot. akak pun baru je beli. so maybe ada stok lagi kot. cubala tgk.

Flying Butterfly~ said...

menarik2..
^_^
sajida.. nk gtau nih sy tag awk
hehe

Sajida said...

okay. :)

housesoul said...

nice blog u have :)

macam berminat nak belajar arab.

i've visited your arabic blog but cannot leave a comment.

why is it??

Sajida said...

terima kasih. oh ye ke? nnt saya cek balik.

izuqila said...

Salam..kpd ssiape yg nk beli buku 2, blh juga beli dr kami..kmi akn hntar trus pd anda. cume pesan dgn mmberi nma, no telefon dn bilik.
Boleh bukak link ni utk lihat buku dn contoh isi dlmnya..

http://munajatkasih.blogspot.com/2009/05/macam-orang-gila.html