Monday, March 16, 2009

* syarat *

Beberapa hari lepas, ada seseorang yang saya kenali telah meluahkan rasa risau dalam hatinya.. Katanya, kemungkinan besar selepas ini, syarat pengambilan pelajar jurusan agama di UIA akan semakin dilonggarkan. Matematik & Bahasa Inggeris (SPM) sekadar lulus sudah layak memohon..

Apa masalahnya...??

Untuk jangka masa panjang memang sangat bermasalah. Yang belajar agama bermaksud, yang akan menjadi pemimpin2 agama & juga ustadz-ustadzah di kalangan masyarakat. Wajarkah mereka yang berkelayakan rendah menjadi ustadz? Patutkah orang yang tidak berminda kritis & kritikal menjadi pembimbing org lain dalam hal ehwal beragama? Pelajaran paling mudahkah agama itu sehingga mereka yang berkelayakan rendah boleh menjadi sang murabbi?

Apabila dilihat syarat untuk menjadi pelajar jurusan sains (medic terutamanya), memang bukan semua yang mampu memohon. Mengapa? Sebab subjek nya susah? atau kerana tanggungjawab mereka terhadap masyarakat nanti terlalu besar? Maka apakah bezanya dengan yang belajar agama? Bukankah tanggungjawab mereka mendidik insan tentang agama, satu-satunya perkara yang bisa menyelamatkan manusia dunia akhirat? Bukankah mereka akan dipersoalkan di akhirat kelak tentang peranan itu...?? Jika mereka membawa manusia ke jalan yang silap, jika mereka 'memandu' sambil lewa, meranalah mereka yang menjadi penumpangnya...

Semua wajib mempelajari agama, tetapi bukan semua mampu mengajar agama... Semoga yang akan menjadi imam-imam para muttaqin adalah yang benar2 memahami agama dan peranan yang mereka galas. Semoga mereka juga adalah dari kalangan umat Muhammad shollallahu alaihi wasallam yang beramal & mendidik dengan mengambil petunjuk jalan yang telah dilalui oleh para Salafus Soleh...

Amin.

1 comment:

aligaban said...

xpelik kalau saudari perasan benda2 mcm ini berlaku...mungkin ketika saudari berada dialam sekolah dulu suasana saudari dijaga dan tidak terdedah kepada keadaan begini...usah ditujukan kepada uia...cukuplah yang terjadi pada masa kini..bukan sahaja utk melahirkan ustaz atau ustazah hanya ckp mkn..org yang bebas berkata2 tntg agama pn da ckp byk...adakah itu juga tidak lari perkara yang sedemikian..mgapa utk melahirkan seorg doktor jurutera atau mana2 bahagian profesional yang melibatkan keduniaan memerlukan ketetelitian yang amat tinggi sehingga kn org yang tiada ilmu mengenainya tidak layak utk berkata apa2..tetapi pada agama bebas dengan sesuka hati..dimana letaknya ketelitian itu..pglaman ini saya perhatikan sejak ketika berda dialam persekolahan lagi..di sekolah saya dulu utk kemasukan kesekolah saya tiada maslah janji pandai jage diri..mak ayah menghantar kesekolah saya kerana tiada lagi sekolah mahu menerima anaknya atau pun tidak larat lagi utk menjagany dirumha...yang berniat dengan seikhlas hati alhamdulillah...tetapi akhirnya anak2 yang sedemikian berjaya melayakkn dirinny mendapat gelaran yang terbaik setelah menjalani sistem tarbiyyah yang sebetulnya....syarat yang perlu ditetapkan mgkin susah kerana agama adalah utk semua..tetapi mestilah dilandaskan dengan ilmu...jgn dilandaskan dengan nafsu...mungkin saya tidak menjawab soalan atau pendapat saudari tetapi hanya sekadar