Tuesday, March 10, 2009

* pasted from pink *

Ini entri yang pernah saya tulis pada blog pink saya. Namun masih belum mendapat jawapan pada persoalan ini. Moga kali ini ada yang akan memberi pandangan atau berkongsi ilmu. TQ.

******

Seringkali saya terbaca luahan atau kata2 manusia lain [artis, maknyah, pondan etc] yang menggunakan ayat di atas sebagai 'hujjah' dan juga 'penguat semangat' mereka utk terus menerus melakukan dosa.. Kata mereka,

"saya tahu apa yang buat ini silap, tapi ALLAH tu kan Maha Pengampun dan menerima taubat. Saya yakin DIA akan ampunkan saya.."


Macam mana ye... adakah mereka silap dalam mentafsir? Atau salah memahami? Saya tercari-cari jawapan pada persoalan ini. Bagaimanakah pemahaman yang sepatutnya pada ayat tersebut dan sekaligus menjadi pemangkin utk kita bertaubat, bukan utk berterusan di jalan maksiat? Saya buntu.. Kerana kadangkala saya juga terdengar bisikan syaitan, yang memujuk diri utk melakukan dosa kerana pengampunan ALLAH itu tiada bertepi.

Cuma, ada juga saya terfikir, benar ALLAH itu Maha Pengampun & Penerima taubat, tetapi ada jaminankah utk saya mendapatkan pengampunan daripadaNYA setiap kali selepas melakukan dosa...???


Mohon sesiapa yang punya pandangan atau perkongsian tentang perkara ini untuk membantu.

3 comments:

Cikgu Shida said...

sajidah,kite tag awk tau...huhu...view la blog kite ye..

Sajida said...

ok, tapi kita buat entri tu kat blog pink tau.

aligaban said...

saya rasa kata2 sebegitu hanya menggunakan agama sebagai pelindung utk membuat kemungkaran lagi..tidak layak utk mereka menggunakan kata sebegitu...setiap kesalahan yang dilakukan mestilah ditutupi dengan istgfar kepada ALLAH bukan mengharapkan kebaikan sedangkan diri menginginkan lagi kepada kemungkaran...jgn menggunakan agama hanya utk kepuasan nafsu sendiri...