Monday, March 16, 2009

* Hidupku bersama Tuhanku *


Pagi ini, ketika azan subuh, aku terjaga dari mati yang sementara. Terima kasih Tuhan.. Masih memberiku nyawa untuk meneruskan baki kehidupan ini, semata2 untuk berkhidmat dengan hati yang penuh ikhlas kepadaMU… Lantas aku mengucapkan:

الحَمْدُ لله الذِي عَافَانِي في جَسَدِي ورَدَّ عَلَيَّ رُوحِي، وأَذِنَ لي بِذِكْرهِ[1]

“Segala puji hanya bagi ALLAH, yang telah memberikanku kesihatan pada jasadku, dan mengembalikanku ruhku, dan mengizinkanku untuk terus mengingatiNYA…”

Aku bersegera ke bilik air, menyucikan diri sebelum menghadapNYA. Sebaik langkahku menuju ke sana terhenti di hadapan pintu, hatiku terdetik:

{بسم الله}، اللهُمَّ إنّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الخُبْثِ والخبائِثِ[2]

“{Dengan nama ALLAH}, Ya ALLAH aku berlindung denganMU daripada kejahatan syaitan jantan dan syaitan betina…”

Usai menyucikan diri dan melabuhkan bahtera di perjalanan hati antara seorang hamba dan Tuhannya, dan sebelum salam yang pertama, aku memanjatkan harapan kepada Tuhanku:

اللهم بعلمك الغيب وقدرتك على الخلق أحيني ما علمت الحياة خيراً لي وتوفني ما علمت الوفاة خيراً لي ، اللهم وأسألك خشيتك في الغيب والشهادة ، وأسألك كلمة الإخلاص في الرضا والغضب ، وأسألك القصد في الفقر والغنى ، وأسألك نعيماً لا ينفد ، وأسألك قرة عين لا تنقطع ، وأسألك الرضا بعد القضاء ، وأسألك برد العيش بعد الموت ، وأسألك لذة النظر إلى وجهك والشوق إلى لقائك من غير ضرَّاء مضرة ولا فتنة مضلة ، اللهم زينا بزينة الإيمان ، واجعلنا هداة مهتدين[3]

“Ya ALLAH, dengan ilmuMu tentang perkara ghaib dan kekuatanMu atas segala ciptaan, maka hidupkanlah aku selama mana kehidupan itu baik untukku. Dan matikanlah aku selama mana kematian itulah yang terbaik untukku. Ya ALLAH, aku memohon dikurniakan rasa takut kepadaMu dalam rahsia dan terang, dan aku memohon kalimah ikhlas ketika redha dan kemarahan, dan aku memohon diberi matlamat ketika kefaqiran dan kekayaan. Aku mohon daripadaMu nikmat-nikmat yang tidak akan terangkat, aku juga memohon dariMu agar memberiku ketenangan hati / penyejuk mata yang tidak putus-putus. Dan aku memohon diberi rasa keredhaan atas setiap ketentuan, mohon dikembalikan hayat (di akhirat) selepas kematian. Aku juga meminta dikurniakan kelazatan melihat wajahMu, rasa rindu pada pertemuan denganMu, tanpa kesusahan yang membahayakan, jua fitnah yang menyesatkan. Ya ALLAH, hiaskan diri kami dengan perhiasan iman, dan jadikan kami di atas jalan hidayah orang-orang yang telah diberi petunjuk…”

Hati ini tenang setelah meluahkan kepadaNYA tentang segala yang terbuku di hati. Juga selepas meminta semuanya yang aku perlukan dalam dua kehidupan ini, aku kembali terasa dekat denganNYA.

Kokokan ayam telah mengundang diriku untuk melewati jendela pagi ini. Subhaanallah, mentari yang indah memancar telah menampakkan dirinya. Lantas aku berdoa, mohon moga ALLAH beri kebaikan kepadaku.. Kerana kata Nabi, seandainya kamu mendengar ayam berkokok, berdoalah dan mintalah agar diberi kebaikan oleh ALLAH, kerana sesungguhnya ayam itu sedang melihat malaikat..[4]

Sedang mata ini khusyuk menatap keindahan langit dunia, hati ini tiba-tiba membawa diriku jauh ke daerah yang pernah kutinggalkan.. Kutinggal kerana aku mahu melupakan, namun entah mengapa kali ini ia melambai kembali. Dada mula terasa sempit, dan mata mula terasa kabur. Kucuba beri kekuatan pada diri sendiri, dengan mengalunkan dzikir kepada Tuhanku… Sebagaimana yang telah Baginda Shollallahu alaihi wasallam ajarkan:

اللهم إني عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك،ماضِ في حكمك ، عدل في قضاؤك ،أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو أنزلته في كتابك ، أو علمته أحداً من خلقك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ، ونور صدري ،وجلاء حزني وذهاب همي[5]

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu dan anak hamba perempuanMu . Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap Nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku...”


Bersambung….

SELAMAT MENGAMALKAN DOA-DOA DI ATAS! :)




[1] الترمذي 5/ 473 وانظر صحيح الترمذي3/144
[2] أخرجه البخاري 1/ 45ومسلم1/283وزيادة بسم الله في أوله متفق عليه، أخرجها سعيد بن منصور أنظر فتح الباري 1/244
[3] - النسائي 4/54،55وأحمد 4/364 وصححه الألباني في صحيح النسائي 1/ 281
[4] البخاري مع الفتح6/350 ،ومسلم 4/2092
[5] أحمد 1/391وصححه الألباني

4 comments:

Trinisaurus said...

aritu kte bru belajar type in arabic stu hdith satu jam..huhu,kne belaja ngn kak sajeed nie..

Sajida said...

hehe... akak paste je dari maktabah syamilah (library online). tak laju pun menaip in arabic. :P

Inda said...

Salam,

Kalau berminat, checkla blog nie ek...

http://onedinda.blogspot.com/

Terima Kasih.

Inda

Sajida said...

to inda

inshaALLAH. :)