Monday, December 27, 2010

* Kerana Kita Muslim *

Bismillah.

Pagi ini ketika menonton MHI, satu 'cerita pendek' dari seorang ustaz membuat saya berfikir panjang tentang diri sendiri. Beliau bercerita tentang pengalamannya yang pernah ditanya oleh seorang lelaki warga Russia (bukan Muslim) tentang satu perkara. Mungkin lebih jelas jika saya tulis dalam bentuk dialog (menggunakan bahasa saya sendiri):

Lelaki Russia: Encik, bagaimana pendapat encik terhadap remaja di Russia sekarang?

Ustaz: Sejujurnya saya katakan, tahap sosial nya sangat menyedihkan.

Lelaki Russia: Kamu dari Malaysia, memang kamu bernasib baik, pasti muda mudi di sana tidak seperti di sini, di sana [Malaysia] kamu ada Islam. ISLAM YANG MENJADIKAN KAMU BAIK.

Nah, reaksi spontan dari beliau! Beragama Islam seharusnya menjadikan diri kita ini lebih baik. Andai kita ini mengaku Muslim, akan tetapi gagal mengubah diri agar kian hari menjadi lebih baik, maka ia adalah satu kesilapan, juga satu kerugian. Kerana nikmat Islam yang dikurniakan dalam hidup kita tidak kita hayati & amalkan sebagaimana yang sepatutnya.

Kerana itu, Allah berfirman:


Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh beriman.


Wallahua'lam.

No comments: