Monday, December 6, 2010

* Akhir *

Bismillah.

Sekadar mencoret sedikit cetusan daripada apa yang saya tonton beberapa hari yang lepas. K.E.S yang membongkar semula kronologi jenayah Maznah Ismail atau lebih terkenal dengan nama Mona Fandey.

Bukan mahu bercerita panjang tentangnya kerana ia kisah popular. Namun, kata-kata pegawai agama penjara Kajang yang berkhidmat di situ ketika kewujudan Mona Fandey yang ingin saya nukilkan -dari segi makna- di sini. Kata Ustaz itu:

"Sebelum dia dijatuhkan hukuman gantung, saya tanya dia dah solat atau belum, dia jawab, sudah... Meski dia ke tali gantung, sekurang-kurangnya dia tahu bila dia akan mati, tidak seperti kita... Kerana itu, usahlah kita mengatakan bahawa diri kita ini lebih mulia daripada dia yang pernah melakukan jenayah. Pada pengakhiran hidupnya, hanya Allah yang Maha Tahu. Boleh jadi Allah menerima taubatnya dan dia bisa menjadi lebih baik daripada kita..."

Benar kata Ustaz. Allah itu Maha Pengampun. Dan kita juga sebagai manusia tidak pernah mengetahui rencana yang Allah takdirkan kepada seseorang manusia itu. Siapalah kita untuk menilai orang itu akan ke neraka, orang itu akan ke syurga. Yang menjadi keutamaan kita adalah memilih untuk beramal dengan amalan ahli syurga atau sebaliknya.


Dan satu perkara yang menakutkan, adalah apabila memikirkan bagaimanakah pengakhiran hidup kita. Sepanjang perjalanan, yang paling penting adalah pengakhirannya, kerana ia penentu destinasi kita di akhirat kelak. Namun, kita tidak diberitakan tentang tarikh terakhir kita bernafas di muka bumi ini, dikeranakan itu, sentiasa kita ini harus memperbaiki diri dan tetap di atas jalan kebaikan. Pengakhiran kita boleh jadi akan tiba sebentar lagi. Ya Allah, risaunya hati andainya diri ini bertemuMu dalam keadaan penuh dosa & noda...

Dalam potongan hadith ke 4 dari hadith 40, sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam:


[HR Bukhari no.3036 & Muslim no. 2643]


4 comments:

Trinisaurus said...

kak sajid.. kite sgt tak fhm hadith tu.. maksudnyer Allah dah rencanakan kite sama ada kiter masuk syurga atau neraka? enlighten me please...

Sajida said...

sory i took too much time to answer ur question.

em, soal siapa bakal menghuni syurga atau neraka semestinya Allah Maha Tahu dan ia adalah rahsia.

Tapi tak ada sesiapa boleh salah faham kenyataan tu dgn kata: "kalau macam tu aku buat baik ke, buat jahat ke, kalau Allah dah tetap aku masuk syurga, aku tetap akan ke syurga." oh it's a big NO NO..

Sebab apa? Sebab yg Allah ajar kita adalah: bersungguh2 mengejar kebaikan, dan sememangnya Allah & Rasulullah shollallahu alaihi wasallam dah bagitahu kita apa amalan2 yg akan bawa kita ke syurga. Ingatlah, apa saja kebaikan yg kita lakukan, Allah pasti tidak akan sia2kan. Dia sedikit pun tidak menzalimi hambaNya.

Kalaulah ada org ckp mcm cth statement kat atas tadi, kita boleh jawab balik: "kalau mcm tu, kamu tak payah makanla. Kalau Allah tetapkan kamu kenyang, kamu tetap akan kenyang.."

Islam tidak mengajar kita utk berpeluk tubuh tetapi berusaha semampu mungkin melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Jadi tentang hadith dlm entri ni, ia nak menyuruh kita ini melakukan kebaikan SETIAP MASA sebab mati itu boleh dtg bila2, dan kita tak tahu the exact time utk akhir hidup kita.

Wallahua'lam. Hope this will help u to understand.

Trinisaurus said...

thanx for the rep. tapi kiter pernah bace ade sorg ahli ibadah ni dye tak pernah lalai buat amal and adik dye pulak asyek buat maksiat je. tapi suatu hari Allah gerakkan hati adik dye ni untk bertaubat lalu dye pun bertaubat manakale si abang... ttbe2 mengikut bisikan syaitan utk berbuat dosa. one night tu dye pergi clubbing ke ape macam tu lah lepastu dye mati kat tempat maksiat tu. lalu selanjutnyer cerita tu ckp... kerana Allah dah tetapkan dye sebagai ahl neraka... maksiat nyer yg satu tu despite all the years of devotion to God telah menyebabkannyer mati dalam kemaksiatan... manakala adiknyer pula yg menjadi ahl syurga... lbey kurang macam tu lah.. tp point cte tu pasal ahl syurga n neraka... tapi tapi.. huhu...

Sajida said...

akak pun pernah dgr cerita tu. tapi sejauh mana kesahihannya, wallahua'lam. tapi apapun kita tak tahu siap ahli neraka siapa ahli syurga.

jadi apa yg nining faham dari citer tu? apa yg buat nining rasa confuse?

akak rasa tak perlu beratkan pk benda2 gitu, tanggungjawab kita, KALAU NAK KEJAR SYURGA, BUATLAH AMALAN YG AKAN BAWA KITA KE SYURGA SEBANYAK2NYA. :)