Monday, February 20, 2012

* Suci & Halal - Itulah Kita *

Bismillah.

HIJABI & SYAMPU

Saya pernah terlihat satu gambar seorang wanita muslimah yang berhijab dan berniqab, dan di bawah gambar tersebut terdapat satu caption daripada non-Muslim. Satu caption yang agak sinis dan menghina. Dalam gambar itu, wanita tersebut sedang memilih syampu di salah sebuah pasaraya. Caption nya lebih kurang begini:

"I find this picture so hilarious! Hey what is she doing there looking for a shampoo?! I don't think she even washes her hair.."

Dan pastinya ada Muslim yang berasa marah dengan kenyataan tersebut lantas menerangkan betapa agama Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan diri. Lihat saja pada wudhu', setiap anggota yang terlibat di bersihkan dengan teliti, dianjurkan menyelati celah-celah jari, meratakan air menggunakan tangan ke anggota tersebut, serta diulang-ulang beberapa kali. Dan setiap perbuatan ketika wudhu' itu, ada manfaat tersendiri pada kesihatan tubuh badan.

SEMAKIN BERIMAN, SEMAKIN BERSIH

Banyak dalil dari al-quran dan sunnah yang menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat mementingkan soal kebersihan. Termasuklah kebersihan jiwa, pakaian, makanan, dan lain-lain lagi. Bicara soal kebersihan dalam Islam, benar-benar membuatkan saya teringat kata-kata Ustadz Abdul Rahman El- Hajj:

"Sepatutnya, semakin seseorang itu memegang teguh pada ajaran Islam, semakin dia menjadi seorang yang mementingkan kebersihan."

Kerana itu, seandainya kita ingin memperbaiki diri, merawat iman, meningkatkan taqwa, mana mungkin kita mengabaikan perintah Allah yang menyuruh kita menjaga kebersihan. Antaranya, firman Allah swt dalam surah Al-Muddassir:



Kita sebagai Muslim juga perlu menjaga imej Islam sebagai agama yang suci zahir batin, bukan agama yang hanya mementingkan soal ibadah khusus tanpa melihat bagaimana keadaan zahir yang sebaiknya dan dituntut.

BERSIH TIDAK SEMESTINYA WANGI


Zaman kita ini wanita yang memakai perfume dengan bau yang kuat sehingga orang sekeliling boleh menghidu (biasanya setiap perfume adalah sedemikian) semakin lama semakin dianggap satu perkara biasa, sedangkan hadith Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam yang berkaitan perempuan memakai minyak wangi sangat 'keras' nadanya.

أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية 

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Alasan 'ingin menutup bau badan' hakikatnya adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai kerana banyak cara lain yang boleh digunakan untuk mengekalkan badan dalam keadaan tidak berbau peluh. Saya pernah menggunakan limau kasturi dan ternyata cara itu amat berhasil. Sehinggakan apabila sudah biasa memakainya, badan tidak akan berbau 2-3 hari. Cuma satu masalahnya adakala ia memberi kesan agak pedih sedikit.

Kemudian saya mencuba produk yang ada di pasaran, iaitu bedak anti keringat. Alhamdulillah ia berkesan untuk mengelakkan badan daripada berbau dan yang paling penting, ia tidak membuatkan badan berbau harum kerana tujuannya adalah untuk menghapus bau keringat. Saya rasa terlalu banyak produk yang berfungsi sedemikian. Maka apa lagi alasan kita untuk terus memakai minyak wangi? (Dibenarkan memakainya di hadapan mahram).

Dan satu perkara yang menarik untuk dikongsi, kita sebenarnya boleh membuat deodoran sendiri yang lebih jimat dan selamat! Bagaimana caranya? Terlalu mudah, gunakan baking soda + cornstarch dalam nisbah 1: 6. Untuk maklumat lebih lanjut, jom klik page ini: http://1greengeneration.elementsintime.com/?p=596

Artikel itu turut mendedahkan bahaya bahan kimia (aluminium & parabens) yang biasanya terdapat dalam deodoran yang berada di pasaran. Ayuh, selain menepati kehendak syariat (mengelakkan wangian di tempat umum bagi wanita), kita juga boleh lebih menjaga kesihatan. Insha Allah.

Wallahua'lam.

No comments: