Tuesday, August 23, 2011

* Mereka Sangat Hebat *

Bismillah.

Akhir-akhir ini terlalu sukar untuk menyiapkan sebarang tugasan kerana perlu sering berhenti di tengah jalan demi melayani kehendak si kecil yang mahukan umminya.

Kesabaran adakala memang amat teruji, sehinggakan kadangkala terasa seperti mahu memberi puting (pacifier) kepada Majdiyya supaya dia diam dan tidak cepat terjaga dari tidur atau meragam tiba-tiba. Namun saya membatalkan hasrat itu apabila memikirkan bahawa yang saya dengari (setakat ini) tentang kesan memberi puting adalah yang negatif, samada jangka pendek atau panjang. Suami juga tidak menyokong seandainya saya mengambil keputusan untuk men'diam'kan Majdiyya dengan menggunakan puting.

Dari situ saya terfikir, adakala kita ibubapa ini kelihatannya seperti mahu melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak, akan tetapi jika dilihat dari akar umbinya, segalanya demi kesenangan diri sendiri, sehingga sebenarnya anak-anak yang menjadi 'mangsa'.

Sebagai contoh, kononnya kita mahukan anak tenang tidurnya dan tidak meragam dengan membri puting, akan tetapi alasan yang tersirat: kita mahu kerja-kerja kita tidak terganggu dengan rengekan anak.

Contoh kedua, playpen. Atau jika diterjemah secara literal ke bahasa Melayu: kandang permainan. Ia adalah satu ruang permainan yang diciptakan untuk anak-anak kecil terus tetap berada di dalamnya kerana struktur permainan tersebut yang agak sukar bagi mereka untuk keluar daripadanya. Sedangkan permainan ini sebenarnya seolah-olah satu 'penjara' bagi anak-anak. Dan kita sebenarnya tidak mahu anak-anak membuat kucar kacir di dalam rumah. Andai kita tahu, sebenarnya kanak-kanak kecil memiliki kemahuan untuk belajar atau learning urge yang sangat tinggi dan membuak-buak. Janganlah kita mengehadkan 'dunia' anak-anak itu hanya di dalam playpen nya sedangkan terlalu banyak yang dia ingin belajar tentang dunia sebenar. Kerana itu kita biasa dengari betapa rasa ingin tahu (curiosity) dalam diri kanak-kanak amat mengagumkan. Sebagai contoh, kanak-kanak kecil selalu bertanyakan soalan-soalan yang bagi kita remeh dan tidak penting seperti:

"Kenapa orang dalam tv jadi kecil?"

"Kenapa rumput warna hijau?"

Bagi kita mungkin soalan ini nampak kecil nilainya akan tetapi ia adalah soalan yang datang dari otak yang genius! Kerana itu kita sebagai ibubapa, apabila ditanyakan soalan-soalan begini, usahlah mengelak dengan menyuruhnya "main jauh-jauh", akan tetapi cubalah menjawab dengan jujur dan memberi fakta yang tepat. Andai tidak tahu jawapannya, tangguhkan sementara dengan mengatakan tidak tahu dan dalam masa yang sama, cari jawapannya secepat mungkin.

Mungkin kita orang dewasa menganggap kanak-kanak itu masih tidak mampu memahami, lantas kita menipunya dengan memberi jawapan yang tidak tepat. Maka, jika ditanyakan "kenapa rumput warna hijau?" jawablah: "kerana klorofil." :)

Tahukah anda betapa setiap anak-anak itu lahir dengan otak seorang genius? Ya, setiap bayi yang lahir, dia dibekalkan bersama otak yang memiliki daya yang sungguh-sungguh menakjubkan. Hatta kanak-kanak yang terencat (retarded), jika diajar, dia boleh membaca seawal umurnya 3tahun! Ya, kejahilan kita tentang hebatnya ciptaan Allah (otak) sering menjadi penyebab kita gagal mendidik anak-anak sebaiknya, atau yang lebih sering berlaku, ibubapa 'terlepas' waktu berharga (6 tahun pertama dalam hidup anak-anak) untuk mengajar anak-anak. Sebenarnya otak kanak-kanak sememangnya menakjubkan dan apa sahaja yg kita ajarkannya (dengan jujur dan fakta- with honesty and factual way) pada umurnya masih kecil sangat senang untuk diserap oleh mindanya.

Semua ini bukan sekadar cakap kosong, akan tetapi telah terbukti dengan ujikaji dan juga pemerhatian saintifik sejak 60tahun dahulu yang dijalankan oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Glenn Doman, dengan kajian yang diberi nama The Gentle Revolution. (Sila google untuk mengetahui tentangnya)

Oleh itu, usah pelik seandainya kita melihat kanak-kanak berumur 6tahun ke bawah sudah menghafaz keseluruhan alquran, akan tetapi kagumlah jika mereka yang lebih tua (20 atau 30 tahun ke atas) yang mampu menghafaz!



Saya terlalu teruja mahu berkongsi dengan pembaca tentang buku yang saya baca (How to teach your baby math, how to teach your baby to read, & how to multiply your baby's intelligence hasil tulisan Glenn Doman), akan tetapi saya perlukan masa yang lebih panjang untuk bercerita tentangnya.

Atau, saya rekemenkan pembaca sekalian untuk membaca sendiri buku-buku tersebut. Pastilah mulut akan sentiasa ternganga ketika membaca satu persatu fakta tentang kehebatan otak manusia dan juga perkara-perkara hebat yang mampu dilakukan oleh bayi (atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan 6tahun ke bawah).

InshaAllah saya akan cuba berkongsi tentang isi buku tersebut di sini secepat yang mungkin.

Saya akhiri entri ini dengan petikan kata-kata dari Glenn Doman:

Everyone should know, in their heart of hearts, that taking tiny children away from their mothers and putting them with dozens of other tiny kids who have also been separated from their mothers is a bad idea. Everyone should know it, but no one wants to say it. (How to Multiply Your Baby's Intelligence, p. 162)

Wallahua'lam.


p.s.: satu perkara lagi yang saya kagum dengan buku tulisan Glenn Doman ini adalah penerangan2nya yang menekankan tentang kepentingan ibu untuk berada di rumah dan betapa seorang ibu (atau ayah) itu adalah guru terbaik bagi anak-anak (bukannya nurseri atau bibik).


10 comments:

Anonymous said...

mashaAllah, nice one kak! ;)

Sajida said...

trimas safa. sharing is caring. huhu.:)

Sugar2Spice said...

rugi x baca buku tu td..menarik..beli katna?

syazwaniadnan said...

makacih makacih.. nak beli jugak lah buku2 ni. hehe

Nurhuda Ramli said...

owh2 sajid, how true ur word is... ibu kita pon selalu bising pasal benda ni. i asked my mom once, why she didn't work like others' moms too.. her answer was: kalau ibu kerja macam mak2 lain, agak2 korang jadi macam sekarang ni tak? jawapan itu walaupun pada stgh org mungkin agak remeh, tapi ia benar... keberadaan ibu bersama anak2 mereka dan peranan mereka di peringkat tumbesaran anak2 memberi effect yg sgt besar terhadap suluk, minda dan jiwa mereka...

Sajida said...

@s2s: kat mph. popular pun ada.

@k.wani: beli jgn tak beli. inshaAllah sgt2 bermanfaat buat ibubapa.

@huda: agreed. kita pnah tgk wanita hari ini, masa isu permainan yg sesuai utk anak2. (tak silap la) masa tu satu family cina dijemput sebab anak2nya sgt hebat main rubik (their mom is not working), n dijemput jugak doktor pakar yg juga org cina. kata doktor tu, anak2 yg spend by masa dgn ibubapa akan mudah utk dididik menjadi seorang yg berakhlak mulia n cemerlang dlm hidup. wallahua'lam

Projek Perumahan Pantai Timur said...

salam sajidah.. lama tak jenguk blog ni.. tau2 dah bersalin rupenye.. info yg menarik.. saye sejak bby lahir tak pernah sumbat pacifier, tak pernah letak dalam buai dan playpen pun tempat dia tido mase baby dulu.. skang tido same2 je atas katil senang nak BF..alhamdulillah, 11 bulan fully breastfeed n hampir 9 bulan pakaikan CD untuk dia..

kalau nak CD murah blh jenguk sini.. saye jual murah2 je CD.. http://zafranbabyvillage.blogspot.com

Sajida said...

@aniem: alhamdulillah. itulah yg terbaik. :) mmg plan nak beli cd tapi tgh tunggu betul2 settle down. inshaAllah.

Kacang Manis said...

hmm.. very useful n important information untuk suami isteri yg ada anak2. tp berguna jugak utk persediaan masa hdpn.

(^_^)

inn said...

salam sajid...terima for the info.. lepas ni leh jadikan rujukan utk dri sndri n share with others.. :)