Saturday, February 20, 2010

* Tolong *

MySpace

Kelelahan itu meski berulang kali datang, tanpa rasa jemu ia bertandang, namun tidak sekali-kali akan dianggap sebagai penghalang perjalanan. Lelah ini terasa dek ketidakupayaan memikul tanggungjawab yang digalas dengan sempurna. Lelah juga kerana tekanan-tekanan yang seringkali datang dari sesetengah manusia.

Benar, setiap masalah itu punya penyelesaiannya. Namun, tidak semua penyelesaian datang saat kita mahukannya. Adakala terselindung, malu-malu menampakkan diri, dan adakala akal yang tidak sempurna ini gagal mengenalpastinya. Kerana itu harus terus berusaha mencari penyelesaian dengan dipimpini rahmatNya. Allah mengajar kita agar meminta tolong dariNya satu-satunya. Sebagaimana firmanNya:

Hanya kepadaMu lah kami beribadah, dan hanya kepadaMu lah kami meminta pertolongan

(Surah al Fatihah: 5)

Kata Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam pada potongan hadith ini:

إذا استعنت فاستعن بالله

<<... jika kamu meminta tolong, maka mintalah pertolongan dariNya...>>

(Sunan Tirmidzi, Hadith No. 2440, 9/56)

Bagaimana pula cara meminta tolong dariNya? Kata Allah:

Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan menunaikan solat.

(Surah alBaqarah: 153)

Mengapa perlu ada kesabaran???

Kerana bersama orang yg sabar itu ada Allah yang menemani...

Menjadi pembimbingnya...

Menjadi sumber kekuatannya, peniup semangat tatkala lemah...

Jua sebagai berita gembiranya tatkala hati dalam kedukaan...

Mengapa pula perlu dengan menunaikan solat???

kerana pada solat ada penyerahan diri kepada Yang Maha Esa, tanda sebuah pergantungan tidak terhingga kepada Yang Maha Berkuasa

pada solat juga ada luahan cinta kepadaNya..

Pada solat jua ada ketenangan yang bisa membantu jiwa, agar sentiasa merasa redha dan tidak mudah kecewa dengan setiap takdirNya.

Bukanlah pengaduan berselang airmata kepada Allah itu tanda tidak redha, namun hati insan yang terlalu lemah sentiasa memerlukan Dia. Sebagai tempat mengadu domba, luahan bicara melalui doa...

Alangkah mulia hubungan antara kita dan Dia, meski kita sering melupakannya, Dia tetap menerima kita, selagi jasad masih dibekalkan dengan nyawa. Namun mengapa masih ada rasa sombong untuk membalas cintaNya?

MySpace


2 comments:

Anonymous said...

salam singgah sahabatku..

sejuk hati membaca..terima kasih krn berkongsi :)

Sajida said...

sama-sama.. sebenarnya nak wat entri tentang topik lain, benda ni sbg muqaddimah je. tapi terlebih berjela2 pulak... jadi, dgn tak terniat, ter post sbg satu entri.. huhu...

entri yg sepatutnya bakal menyusul inshaALLAH...