Bismillah.
Sebelum pergi tidur, saya teringin untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat hari ni secara ringkas. Kasihan buat yg tak diberi peluang utk hadiri majlis ilmu. Kerana itu Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam selalu berpesan supaya yg hadir (ke majlis ilmu) sampaikan kepada yg tidak hadir, kerana boleh jadi yg tidak hadir itu akan lebih memahami isi kuliah (setelah kita sampaikan kepadanya) berbanding yg hadir.
Walau bagaimanapun, jangan lupa minta selalu pada Allah supaya kita diberi azam yg kuat untuk melangkahkan kaki ke majlis2 ilmu, juga agar dikurniakan peluang2 yg terbuka luas utk menapakkan diri & hati bersama-sama pencinta agama dalam majlis yg dinaungi rahmatNya, inshaAllah.
********
Beberapa point yg sempat saya catatkan:
* Berusahalah untuk mendapat pahala sebanyak yg mungkin.
* Andai kita bersungguh dan bertahan dalam usaha untuk mengikut sunnah Baginda Shollallahu 'Alaihi Wasallam, Allah pasti akan memberi kita pimpinan dan hidayahNya.
* Antara pengertian muhsin (orang yg berbuat Ihsan) ialah; orang yang sentiasa bersaing supaya dirinya menjadi yang pertama dalam setiap amal salih. Yang pertama ke masjid, yang pertama membantu org susah, yang pertama memberi sedekah, dll.
* Tiada apa yang boleh menghentikan kita dari berbuat ibadah kecuali kematian.
* 2 situasi di mana taubat & penyesalan sudah tidak ada gunanya: (1) Ketika matahari terbit dari barat, (2) ketika al ghargharah --> nyawa sudah tiba di kerongkong & saat kita melihat malaikat maut mencabut nyawa kita.
* Satu-satunya jemputan yang kamu tidak boleh mengatakan tidak: jemputan dari Allah agar pulang ke sisiNya (jemputan kematian).
* Masa yang paling tepat dan sesuai untuk melakukan taubat: SEKARANG.
* orang yang paling rugi di akhirat kelak ialah: orang yg menyangka selama hidup mereka telah berbuat kebaikan tetapi sebenarnya tidak.
* Bersungguhlah untuk menyelamatkan diri kamu daripada azab api neraka.
* Tiada yg akan menenangkan hati kecuali zikrullah (mengingati Allah).
* Salah satu cara untuk menghalang diri daripada membuat dosa --> pastikan Allah ada dalam ingatan kita pada setiap saat!
* Sentiasa bersedia menghadapi kematian. Sedangkan bayi yang belum lahir ke dunia boleh ditarik nyawanya. Belum pun sempat umur mencecah 1 saat, Allah sudah menjemputnya. Jadi jangan sekali-kali rasakan bahawa umur muda itu penghalang ajal.
* Latih diri berpuasa pada 13, 14, 15 pada setiap bulan hijrah.
* Hidup ini umpama stesen atau musim2. Ada ketikanya kita temui ketabahan. Ada ketika jua yg kita kehilangan semangat. Kerana itu kita perlukan makanan jiwa agar penawar kepada kesedihan & kelemahan sentiasa ada.
* Hadirkan dalam diri bahawa kita hidup di dunia ini hanya untuk beribadat kepada Allah.
* Tidak kira setinggi mana ilmu dunia yg telah kamu capai, suatu hari nanti kamu akan tinggalkannya di dunia ini. Malah tiada sesiapa pun yang mampu mengambil manfaat dari sijil-sijil kehebatan kamu dalam bidang keduniaan. Ia tinggal kenangan. Kerana itu jangan sesekali lupa untuk belajar ilmu agama meski kamu bukan pelajar bidang agama.
* Beristighfar lah sebanyak-banyaknya.
Wallahua'lam.
p.s. buat sahabat2 yg turut hadir kuliah Riyadhus Solihin tadi, minta tambah andai ada kekurangan. Minta betulkan andai ada yg tersilap.
4 comments:
sajidah,
mcm mana plk ek kalau hamba Allah tu mmg ingat pada Allah dan nk bertaubat, tp dia xmenggerakkn niatnya jadi pbuatan? ataupun, mcm mana ek kalau seseorg tu dh ingt Allah, dlm fikiran mmg sentiasa terlintas ttg Allah, tp masih melakukan dosa?
Dia dh gelap hati ke?
kita cuba jawab ye. kalau tak mengena, ampun maaf ku mohon.
kalaulah betul org tu mmg tekad nak berubah, nak dekatkan diri pada Allah, dia akan jadikan misi tu sbg misi terpenting dalam hidup dia & bukan sekadar lintasan hati yg entah beberapa saat ia dtg. dan bila ia dijadikan satu misi besar dlm hidup, dia akan cari apa jua cara utk realisasikan misi tu. sebagai bukti dia sgt bersungguh mahu berubah.
Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan kamu atau harta kamu, tetapi Dia memandang (apa yang ada dalam) hati kamu dan perbuatan kamu.
Sahih Muslim, Bab Tahrim Zulm Almuslim, 12/427.
Cuba lihat ayat yg terakhir dlm hadith itu, Allah memandang HATI & PERBUATAN kamu. bermaksud bhw niat dan amalan perlu seiringan. perbuatan yg membuktikan niat kita.
mmg fitrah manusia sukakan kebaikan, kerana itu semua org pasti sedikit atau byk, akan ada gerak hati mahu berubah jadi baik & tinggalkan dosa yg dia lakukan.
kita insan berdosa, tapi bukan susah utk bertaubat. Istighfar selalu. Taubat itu adalah rasa menyesal daripada membuat dosa. Manakala istighfar tu adalah lafaz yg kita tuturkan sbg meminta pengampunan dari Allah.
Mmg kita selalu ingat Allah, tapi adakah betul cara kita mengingati Dia? Apakah setiap kali kita mengingati Dia, kita telah tanamkan rasa harapan utk mendapat rahmat & kasihNya? Sudahkah kita gegarkan hati dgn takutkan azab siksaNya? Telah sempurnakah keyakinan kita bahawa Dia Maha Melihat & Dia Maha Berkuasa utk membalas setiap perbuatan kita?
Utk bertahan dalam jalan kebaikan mmg sukar. tapi tetap ada penyelesaiannya. antara yg boleh kita lakukan ialah:
1) melazimi diri membaca alquran & hadith nabi beserta memahami maksudnya & dgn menghadirkan hati ketika pembacaan plus terus amalkan & istiqamah.
2) rajinkan diri menghadiri kuliah2 agama atau baca buku agama. kalau tak ada kuliah bdekatan, video ceramah melata dalam internet. tinggal samada kita mahu atau tidak shj.
3) sentiasa bersama2 rakan yg soleh@ solehah. yg sentiasa saling ingat mengingati tentang kesabaran & kebenaran.
4) belajarlah ilmu agama dari yg benar2 mahir. sentiasa cari sumber utk mendapat hidayah.
5)paling penting perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan utk berubah. juga agar dipelihara daripada dipalingkan hati setelah diberi hidayah. never underestimate the power of doa.
"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin ianya akan dimakbulkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa" (HR atTirmidzi)
One more thing, jgn sesekali pk yg bila hati gelap, ia tak mampu dicerahkan kembali. Jgn jadikan alasan bahawa hati gelap itu yg menghalang kita dari mahu mngerjakan kebaikan. bila tersedar hati seperti jauh dariNya & tidak berasa gelisah tatkala melakukan maksiat, bersedihlah dgn situasi itu dan takutlah! Moga rasa sedih & takut itu akan mendorong diri utk terus menyucikan hati & berubah. Harus kuat utk mujahadah melawan nafsu demiNya. Kita mmg perlu berpenat lelah sekarang andai mahukan kerehatan di alam barzakh dan juga di akhirat kelak.
Wallahua'lam.
Salam.betul,points yang akak bagi tu smua pn adalah apa yg dr zahazan sampaikan kt sy :)
anyway, nak bgtau..akak dapat award ni.silalah singgah ok ;)
http://brilliannajlaa.blogspot.com/2010/05/dapat-award.html
oh, mcm yg ust zahazan ckp ke. huhu..
papepun yg penting, moga kita sentiasa berusaha utk berubah ke arah kebaikan.
thanks for the award!
Post a Comment