Sunday, December 4, 2011

* Masihkah Kau Ingat *

Bismillah.

NOSTALGIA

Beberapa hari lepas terlihat gambar-gambar di facebook tentang satu program yang amat menarik: Nostalgia Perkahwinan. Melalui gambar, saya dapat mengagak bahawa mungkin program itu diadakan sebagai salah satu cara untuk mengukuhkan kembali ikatan suami isteri yang semakin longgar, atau menambah lagi kasih sayang yang sedia terbina.

Gambar sahaja sudah bisa membuat hati terasa sayu. Melihat pasangan suami isteri (rata-rata dalam lingkungan 40-an) saling berpelukan, sama-sama mengalir dan mengesat air mata, barangkali mengingat saat-saat awal pernikahan, janji-janji yang dibina tika sama-sama melangkah ke alam rumahtangga, pahit manis bersama, dan segala kenangan yang wujud sejak mereka diijabkabulkan. Oh, saya yang baru setahun lebih berkahwin ini juga bisa sahaja menangis andai mengenang kisah kami dari awal pernikahan, apalagi jika dibandingkan dengan mereka yang sudah berpuluh tahun bersama.

Program sebegini bagi saya memang amat bermanfaat. Andai ada dianjurkan lagi, pasti saya mahu menyertainya. :) Sengaja untuk mengingatkan diri tentang segala pengorbanan suami buat diri saya, supaya saya terus berusaha membaiki diri agar menjadi yang terbaik untuknya.

Jarang sekali rasanya saya menulis tentang pernikahan. Untuk berkongsi kisah kami suami isteri di sini, rasanya berkali-kali perlu difikirkan. Saya tidaklah mahu menulis secara khusus tentang kami akan tetapi sekadar bercerita secara general dan ringkas.


DUA HATI

Ada yang berkata, dalam sesebuah pernikahan, rasa tanggungjawab itu lebih penting dari rasa cinta, kerana apabila rasa cinta itu pudar, tanggungjawab itulah yang bisa membantu diri untuk terus mempertahankan hubungan.

Itu kata sesetengah orang. Mungkin ada benarnya. Namun adakala, tanggungjawab demi tanggungjawab yang digalas boleh menjadi punca pudarnya rasa cinta. Mungkin ia berlaku secara tidak sengaja, kerana itu ia perlu kepada sesuatu yang bisa memekarkan kembali hubungan. Semakin berusia, semakin cara meluah cinta dan menzahir sayang itu berubah.

Setiap pasangan mungkin berbeza. Ada cara sendiri untuk bercinta. Ada yang memilih untuk meluangkan masa berdua tanpa anak-anak, ada yang lebih suka mempamer cinta di hadapan anak-anak, dan banyak lagi cara.

Namun, hakikatnya ketaqwaan kepada Allah adalah penyatu dua hati yang paling ampuh.



TAK TERUNGKAP

Agak beremosi tatkala berbicara soal perkahwinan. Kerana itu, saya tidak mahu menulis lebih panjang. Cukuplah hati ini yang merasa keindahannya, namun untuk mengungkapnya, terlalu penuh perkataan, namun tidak tersusun rapi, tidak seindah yg dirasai, dan biarlah dituturkan hanya pada suami.

Terima kasih buat suami. Kerana menyediakan tempat perlindungan.... Kerana menyediakan makanan... Kerana menanggung segala tekanan tempat kerja, demi keluarga... Kerana beri bahagia yang terlalu berharga..

Ya Allah aku ingin jadi yang terbaik. Mahu sentiasa beri yang terbaik. Ya Allah hindarkanlah aku dari menjadi wanita yang tidak menghargai segala pengorbanan dan penat lelah suaminya...

Wallahua'lam.

p.s. teringat ayat seorang blogger terkenal, cikgeligeli. Bahasa yang bersahaja namun penuh erti.

“ROMANTIK YANG KORANG PASANGAN KEKASIH [BELUM BERKAHWIN] TAKKAN PENAH RASA IALAH, PABILA SUAMI KAU SENDIRI MENGIMAMKAN KAU SOLAT, DAN SETIAP KALI BERDOA, DIA AKAN MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DIRI DIA, KAU YAKNI ISTERI DIA, MENDOAKAN IBU BAPA KITA DAN IBUBAPA NYA..DAN SUAMI AKAN CIUM DAHI KAU, KETIKA KAU MASIH BERTELEKUNG…SUMPAH, KAU AKAN MENITIS AIR MATA TIAP KALI..”


4 comments:

nur afzan`` said...

assalamualaikum..

thank u for sharing this.i'm touched.kdg2 rasa tak sabar nak menjadi isteri orang,menjadi ummi pada anak2 yang akan dilahirkan kelak..tapi,bila difikirkan kembali,tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul, Allahurabbi, rasa takut sgt.takut tak dapat lakukan yang tbaik..Teruskan menulis untuk tatapan bakal pengantin yang dahagakan ilmu.. :)

Anonymous said...

i'm touched..e n v y..
how i wish to feel the same as what u felt now..
t e a r s for this entry. terlalu kagum diri ini melihat bagaimana seorang wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu ini istiqomah dalam sifat rendah dirinya.. MashaAllah..indeed you are great solehah friend I've ever had kak jijid.. m i s s U (;

Sugar2Spice said...

alarrrrr....kenapa tak cerita?he he :D

Sajida said...

@afzan:

hehe. sgt2 faham apa yg afzan rasa tu. tapi, for me to write more about marriage, ntahlah ye. i don't think i am knowledgeable enough to spill out matters regarding it. maybe sometimes i'll just share my own experiences or put stories i've read somewhere. inshaAllah.

@safa:

tak lama lagi akan rasa kan. :) in fact u may feel more bahagia than me. Allah knows best. Moga segala derita terubat. Amin. Miss you more!

@wanie sk:

nak cerita apa nye. huhu.. biasalah kita kan shy2 sikit. dibuatnya suamiku baca entri ni, memerah la pipiku kerana malu. haha