Wednesday, October 5, 2011

* Kartun *

Bismillah.



topik perbincangan Wanita Hari Ini yang baru sahaja disiarkan tadi.


Tentang kartun sebagai medium menguruskan anak-anak.

Ramai ibubapa (terutama ibu) yang mengakui bahawa meletakkan anak di hadapan televisyen (saintis Amerika Syarikat mengelarkannya sebagai Idiot Box) sangat membantu mereka untuk melakukan kerja-kerja harian tanpa gangguan. Memang benar, kerana siaran kartun benar-benar telah menyerap minda anak-anak sehingga mereka tidak lagi ambil peduli tentang apa yang berlaku di sekitar mereka.

Namun menurut Encik Zaid Mohamad (Pakar perunding keluarga- smartparents.com.my) terdapat formula 4x2 berkaitan anak-anak menonton televisyen:

1. Anak-anak yang berumur 2tahun ke bawah tidak sepatutnya dibiarkan menonton televisyen, tidak kira apa sahaja siaran, semuanya hanya mendatangkan kesan buruk. Hal ini kerana mindanya masih fragile dan tumbesaran fizikal nya juga masih belum sempurna keseluruhan, lantas mudah terkesan dengan menonton televisyen contohnya merosakkan penglihatan.

2. Hadkan masa menonton televisyen (biasanya kartun) maksimum 2 jam sehari. Kerana 2 jam adalah tempoh yang masih dalam zon selamat dan tidak terkesan.

3. Pastikan anak-anak menonton rancangan yang memberi komunikasi 2 hala. Contohnya rancangan yang berinteraksi dengan anak-anak, dan termasuk rancangan pendidikan.

4. Yang terbaik adalah kedua ibu bapa (atau sekurang-kurangnya salah seorang) menemani anak-anak ketika menonton televisyen. Kerana kanak-kanak yang kecil terutamanya, mereka masih neutral (belum mumayyiz) dan tidak mampu membezakan perkara yang baik dan buruk. Di sinilah peranan ibu bapa sangat penting. Sebagai contoh, dalam cerita kartun, biasanya watak tidak akan mati apabila terjun dari tempat yang tinggi, mereka cuma kan 'penyek' seketika dan kemudian kembali normal. Perkara seperti ini akan menyebabkan anak-anak tidak sedar akan sesetengah perkara yang berbahaya.

Semoga panduan di atas serba sedikit dapat membantu. InshaAllah.


p.s.: jika dibuka talian utk penonton di rumah, saya teringin untuk bertanya soalan: Adakah kesan buruk jika kita tidak langsung membenarkan anak-anak menonton televisyen/ tidak ada televisyen di rumah?


1 comment:

Anonymous said...

nak tanya benda yg sama jugak sbb kat rumah ni mmg sengaja tak ada TV untuk anak2.