Thursday, February 10, 2011

* Blog Baru: Terjemahan Hadith Sahih Bukhari *

Bismillah.

Sekadar pemberitahuan bahawa saya baru sahaja melancarkan satu lagi blog, yang khusus untuk terjemahan hadith-hadith sahih bukhari ke dalam bahasa melayu Malaysia.

Minta sahabat-sahabat yang lebih arif untuk membantu saya dengan penterjemahan tersebut, betulkan andai tersilap, atau cadangkan perkataan atau ayat yang lebih tepat dengan maksud hadith.

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan mendapat ganjaran dariNya dan dapat membantu lebih ramai untuk memahami hadith nabi shollallahu alaihi wasallam. Amin.

URL blog tersebut: http://sahihbukhari-in-malay.blogspot.com/


p.s.: blog tersebut masih baru dan setakat ini terjemahan yang ada cuma sedikit. InshaAllah akan ditambah dari semasa ke semasa. Minta maaf andai juga andai saya mengambil masa yang lama untuk 'update' kerana saya bukanlah orang yang pakar cuma mahu mencuba sekadar yang termampu.


Wallahul musta'an.

7 comments:

izuqila said...

Usaha yg mulia..Syabas & semoga istiqamah:)

Sajida said...

Nasihat yang kedua yang paling diperlukan. 'semoga istiqamah'.

InshaAllah!

md_saf said...

Assalamualaikum... tertarik saya tertarik dengan usaha membuat terjemahan hadith sahih Bukhari.
sebenarnya saya juga berminat untuk buat 1 web setanding dengan web himpunan hadith2 yg telah dibuat dalam bahasa Inggeris.

bagi saya ini memudahkan untuk kita, orang melayu merujuk Hadith dengan menggunakan search engine atau database hadith seperti di http://www.searchtruth.com/searchHadith.php

sekiranya kita boleh kerjasama menjayakan usaha kita ni?

saya plan nk beli domain khas & webhosting utk projek ni, tapi masih ketandusan bahan & rujukan...

sila reply saya sekiranya berminat...

pembaca blog yg lain juga dialukan untuk bekerjasama...

terima kasih

Anonymous said...

alhamdulillah.. moga blog ukhti ni dpt membantu dlm memahami hadis nabi. :)

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga kita terus diberikan kekuatan untuk terus mendaulatkan Al-Quran dan Hadith; tinggalan daripada wasiat Baginda S.A.W

Nadieya khamis said...

terima kasih kerana ada juga yang nak bedakwah.

MistJay said...

tahniah ! usaha yang murni..