Thursday, December 2, 2010

* Andaian yang Berbahaya *

Bismillah.

Bencana-bencana alam yang berlaku akhir-akhir ini seringkali menyebabkan luruhnya hati kita ketika melihat keadaan mereka yang menjadi mangsa. Allah Maha Berkuasa untuk mentakdirkan setiap yang berlaku. Hikmah di sebaliknya? Wallahua'lam. Yang pasti kita tidak boleh mengatakan sesuatu tentang Allah Ta'ala yang tidak benar-benar kita ketahui. Sebagai contoh, apabila sesuatu kaum atau bangsa ditimpa bencana, kita mula membuat pelbagai andaian antaranya, bencana itu diturunkan Allah kerana mereka itu berdosa, dan lain-lain lagi.

Sebenarnya terdapat satu ayat alQuran yang memberi peringatan kepada kita supaya berhati-hati apabila berbicara tentang Allah. Potongan ayat 33 dari surah al a'raf menerangkan bahawa antara perkara yang diharamkan oleh Allah ialah:

KAMU MEMPERKATAKAN TERHADAP ALLAH SESUATU YANG KAMU TIDAK TAHU MENGENAINYA.

Ini termasuklah dengan meneka-neka apakah tujuan Allah setelah mendatangkan sesuatu bencana. Ayat alQuran dan hadith-hadith ada yang menerangkan antara hikmah sesuatu musibah itu berlaku.

Di sini saya sekadar ingin memetik secara ringkas beberapa sebab atau hikmah di sebalik sesuatu musibah, bala', atau bencana, daripada artikel Kapten Hafiz Firdaus yang bertajuk "Tuhan Islam Kejam?" (yang dimuatkan dalam buku beliau: Islam, Jantina, dan Seks terbitan Jahabersa, cetakan pertama 2009.)

Pertama: Sebagai Bukti Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya.

[Hadith Riwayat al Tirmizi, no. 2396-2, dinilai hasan oleh al Albani dalam Shahih Sunan al Tirmizi]

Boleh jadi sesuatu musibah itu diturunkan kepada sesuatu kaum sebagai bukti kasih sayangNya, kerana melalui ujian itu Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada hambaNya yang redha.

Kedua: Sebagai Meningkatkan Jati Diri Seorang Muslim

Melalui kesabaran di antara ujian kepada ujian, bertambah tinggilah jati diri orang yang mengalaminya.

Ketiga: Sebagai Balasan Kepada Orang Shalih Yang Tidak Melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar


Keempat: Sebagai Penghapus Kesalahan

[Hadith Riwayat al Bukhari, Kitab al Maradh, no. 5641-5642]


Kelima: Sebagai Peringatan Kepada Yang Leka

Terhadap manusia yang leka apabila diberi kenikmatan berpanjangan, Allah Ta'ala telah menurunkan musibah dan bala' kepadanya agar dia kembali mengingatiNya.

Itulah beberapa dalil yang menerangkan beberapa hikmah di sebalik musibah (saya tidak menyenaraikan semua yang disebutkan oleh kapten). Semoga kita juga mengambil pengajaran dari setiap yang berlaku, dan antara yang perlu kita ingat, jangan kita memperkatakan tentang Allah yang kita sendiri tiada ilmu berkenaannya.

Sebagai penutup, satu hadith yang ingin saya kongsikan, hadith yang agak menggegarkan jiwa ketika membacanya.
Kerana itu, apabila diuji dengan kesusahan di dunia ini, usahlah bertanya: "Apa salah aku sampai diuji sebegini..." namun bersabarlah, dan yakinlah, Allah mengkehendaki kebaikan buat kita! InshaAllah.

Wallahua'lam.

2 comments:

Nurhuda Ramli said...

sajid!!! macih2.. barakAllahu fik... (^_^)

Sajida said...

Ya Allah... huda tau tak kita baru je terlintas kat kepala tadi: rindunye kat huda... tetiba dpt komen dari huda plak. huhu.

wa feeki baarakallah..