Saturday, May 8, 2010

* Hatiku Terbang Kerananya... *

Semester lepas merupakan semester yang amat mencabar, tetapi yg mencabar itulah yang mengasak saya untuk lakukan yg terbaik, kerana saya mahu mengejar yg terbaik.

Al-I'jaz al- Qurani; satu subjek yg sentiasa membuat saya mahu serta-merta menaip entri baru setiap kali kelas berakhir. Kerana apa? Kerana ilmu yg saya dapat itu sangat penting utk diketahui setiap orang! Dan kerana saya mahu berkongsi dengan orang lain tentang apa yg saya peroleh. Rasa bersalah andai tidak menyampaikan apa yg saya tahu kepada orang lain, yang tidak berpeluang utk menuntut ilmu agama (tapi setiap kita tetap perlu berusaha utk mencari peluang itu.)

Satu petang, Ustaz Radwan (Pensyarah subjek itu) memberi satu kerja rumah kepada kami iaitu; CARI SATU AYAT QURAN YANG MEMBUAT HATI KAMU TERBANG. Kerja ini tiba2 diminta oleh ustaz semasa kami mempelajari tentang salah satu jenis i'jaz yg terdapat pada alquran, iaitu i'jaz ta'thiri @ nafsi. I'jaz ta'thiri adalah keadaan apabila seorang hamba terkesima dengan keindahan alQuran, dari segi lafaz, makna, dan penyusunannya yg sgt teratur. Kekaguman itu meninggalkan kesan pada kulitnya, lidahnya, hatinya, akalnya dan juga matanya. Hati serta-merta menjadi khusyuk kerananya dan bisa sahaja mata mengalirkan tangisan syahdu.

"Hati terbang" itu merupakan istilah yg diambil dari kata-kata Jubayr bin Mat'am, sebagaimana disebutkan dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Kisahnya, dia (ketika belum Islam) mendengar Rasulullah Sholallahu Alaihi Wasallam membaca surah at-Tur dalam solat Maghrib. Ketika sampai bacaannya pada ayat 35-37 dari surah itu, dia berkata: "Hatiku hampir sahaja terbang!" [Kaada qalbi an yatiir]. Kata Imam al-Khattabi, hati Jubayr bergoncang setelah mendengar ayat itu kerana dia memahaminya dengan tepat & mendalam. Setelah itu Jubayr terus memilih utk bersama-sama menjadi pendukung kalimah Laa ilaaha illallah, Muhammadur rasulullah.

Ini lah ayat yang hampir-hampir menerbangkan hati Jubayr bin Mat'am:

[52:35]
(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

[52:36]
Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

[52:37]
Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

Tamat kisah Jubayr.

**************


Dan hari itu, setiap daripada kami datang ke kelas dengan 'membawa' satu ayat alQuran yg telah menerbangkan hati kami. Hari itu juga suasana kelas sangat syahdu & penuh dengan keinsafan. Saya yakin ayat-ayat Quran yg dibentangkan beserta pentafsiran Ustaz terhadap ayat tersebut benar-benar telah mengetuk hati kami sehingga ada saja airmata yg tidak segan silu untuk mengalir deras. Kerana itu, pada akhir kelas, kata ustaz (lebih kurang),

"tak mengapa kita tidak belajar mengikut silibus hari ini, kerana kita telah dapat satu pengajaran yg sungguh bernilai & hebat buat hati kita.."

Saya telah menyalin setiap ayat yang diberi oleh setiap pelajar. Di sini saya ingin sama-sama berkongsi apakah ayat yang telah meninggalkan kesan pada hati kami. Memang benar setiap ayat alQuran itu bisa menyentuh lantas menggerakkan hati, tetapi ia semakin signifikan & menghamburkan airmata apabila ayat itu mengena dengan apa yg sedang kita alami dalam kehidupan. Kerana itu, kata ustaz lagi,

"Setiap ayat Quran itu adalah penawar. Penawar buat setiap hati yang membacanya. Jika Sajidah membacanya, dia akan bertemu penawar kepada masalah yg dia hadapi, andai Faezah membacanya, dia akan turut menemui penyelesaian terhadap kekusutan yg ada, dan begitulah seterusnya yg akan berlaku kepada setiap manusia yg membaca alQuran."

Kerana itu apabila seseorang mendengar bacaan alQuran serta memahaminya, tetapi dia mengatakan bahawa hatinya langsung tidak terusik dengan ayat itu, maka ketahuilah bahawa dia adalah pembohong besar!

Satu lagi kata Ustaz,

"Ustaz boleh kenalpasti samada seseorang itu selalu membaca/ mendengar alQuran atau tidak. Wajah yg sentiasa muram, hati yg sering gusar & tidak tenteram, maka itulah tanda hatinya jarang dilazimi ayat-ayat cinta dari Allah..."

Ini antara ayat-ayat Quran yang kami rasakan telah menerbangkan hati kami saat membacanya...

* Hanya kepada Allah aku mengadu kesusahan dan kesedihanku... (Yusuf: 86)

* Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu, Allah Mengetahui dan kamu tidak mengetahui. (alBaqarah: 216)

* Susungguhnya urusanNya, bila Dia menghendaki sesuatu, Dia akan berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. (Yasin: 82)

* Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu... (Aali Imran: 133)

* (Itulah) celupan (agama) Allah. Siapakah yg lebih baik celupannya daripada Allah? (alBaqarah: 138)

* Dan tiada seorang pun mengetahui (dengan pasti) apa yg akan dikerjakannya pada keesokan hari, dan tidak ada seorang pun dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati... (Luqman: 34)

* Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian! (al'Asr: 1-2)


Itulah beberapa ayat yang ingin saya kongsikan. Moga kita tidak menzalimi hati kita dengan menjauhkannya dari Alquran. Saya sangat yakin bahawa setiap hati itu akan mudah insaf & menjadi khusyuk tatkala ia diberi peluang mendengar ayat suci alQuran atau membacanya. Kerana itu, baikilah diri kita dengan membaiki hubungan kita dengan alQuran. Fahamilah dengan sebenar-benarnya apakah maksud (atau sekurang-kurangnya terjemahan) terhadap ayat yang kita baca itu. Terlalu banyak penemuan2 saintifik berkisar kesan mendengar atau membaca alQuran, inshaAllah saya akan kongsikan pada lain masa beserta penerangan serba sedikit tentang I'jaz Quran. Doakan saya diberi peluang dan kerajinan untuk terus berkongsi ilmu.

Wallahul musta'an.


6 comments:

Trinisaurus said...

kak sajeed, ustaz radwan tu dr radwan jamal eyh?

Sajida said...

na'am... ismuhul kamil: Radwan Jamal al-Atrash. :)

Kak Raihan said...

Ya Allah. Rindunya kelas Ust Radhwan.. Serius, setiap kali kali kelas ust, keluar je mesti rasa nak nanges..

Akak mintak izin copy ya Sajid;)

Sajida said...

saya pun rindu sgt2 kak.. huhu. rindu semua kelas2 dgn ustaz2 Quran Sunnah. tak sabar nak sambung master.. Silakan copy. :))

Noor Fadilah said...

Salam 'alaik..
Sist, very proud of u..=)
Saya berminat tentang ijaz..kalo ada bahan saya nak share..=)

Sajida said...

terima kasih.. :)

silakan share. bikulli sururin.