Saturday, October 24, 2009

* Catatan Ringkas *

Sekadar menyenaraikan sedikit pesanan daripada Ustaz Fathul Bari dalam kuliahnya pada minggu lepas yang bertajuk "Akhlak Mahasiswa Kian Tercemar". Buat kawan yang tidak dapat hadir tetapi sangat-sangat mahu hadir, mungkin boleh baca serba sedikit & manfaatkan.

MUQADDIMAH (saya tidak hadir dari awal kuliah, mungkin banyak yang tertinggal)

* Skop akhlak itu luas. Bukan sesama manusia sahaja, tetapi termasuk akhlak dengan Allah, Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dan juga para sahabat baginda. Bahkan akhlak kita kepada Allah yang akan menentukan bagaimana akhlak kita kepada manusia.

* Demi memiliki pemahaman yang baik tentang akhlak, konsep aqidah yang sahih perlulah dikuasai terlebih dahulu.

MASALAH YANG BIASA BERLAKU DI KALANGAN MAHASISWA

(1) Solat

- Antara alasan mereka (lelaki) yang tidak mahu solat berjemaah di masjid, mereka akan kata: "benda tu sunat je.." Namun mereka lupa bahawa Rasulullah pernah menyuruh Ibn Ummi Maktum yang buta untuk menghadiri solat jemaah di masjid, apalagi kita yang celik ini?

- Solat sepatutnya yang mengajar kita menahan diri dari membuat dosa.

- Sesiapa yang ada masalah dalam menunaikan solat di awal waktu, dia sedang mengalami masalah untuk menyusun waktunya.

- Mari kita (mahasiswa) fikirkan untuk membuat satu kempen yang mengajak orang beramai-ramai melakukan solat jemaah di masjid.

- Orang yang tidak mahu rapatkan saff solat, dia mempunyai masalah dalam hal kesatuan sesama muslim.

- Tetapi buat yang menghadiri solat jemaah, jangan pula dengan niat menunjuk-nunjuk.

- Juga bukan niat untuk mencari siapa yang tiada dalam solat jemaah tersebut (sibuk mencari kesalahan orang lain). Sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya kamu mencari-cari kesalahan (kelemahan) manusia, nescaya kamu akan merosakkan mereka, atau kamu hampir menyebabkan kerosakan mereka ". [HR Abu Daud : no.4888]

- Beza antara kita dengan orang kafir ialah solat. Jadi orang yang tidak bersolat, maka... (fikir sendiri)

- Tempat paling afdhal bagi wanita untuk menunaikan solat ialah di satu penjuru di dalam rumahnya. Jadi tak perlu bersusah payah dari bilik untuk bergegas ke masjid setiap kali waktu solat.

(2) Pergaulan

- antara adab berbicara: berkata yang baik atau diam. Sabda Nabi SAW:

" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau berdiam ". [HR Al-Bukhari : no.5672]

- Jangan menggunakan perkataan kasar atau lucah.

- Nabi SAW melarang kita membuat cerita bohong dengan tujuan membuat orang ketawa.

- Nabi SAW juga bergurau, tetapi tentang perkara yang benar.

- Pesan Nabi SAW lagi: "Janganlah marah"

- Untuk orang yang berhadapan dengan orang yang marah, harus nasihatkan dia supaya sabar. Bukan melaga-lagakan dia dengan pihak yang dia marah itu. Kata Nabi SAW:

" Tidaklah kekuatan itu terletak pada pergaduhan, sebaliknya kekuatan itu terletak pada sesiapa yang dapat menahan dirinya di saat marah ". [HR Al-Bukhari : no.5763].

- Oleh itu, wahai para penceramah (agama atau politik atau motivasi), janganlah mengajak orang saling memarahi dan memusuhi, tetapi ajak mereka tenang dan bersabar.

- Jangan mengumpat. Haram.

- Subtopik: Batas pergaulan antara dua jantina

* Jaga pergaulan, terutamanya dalam pertubuhan-pertubuhan yang menyandarkan nama kepada Islam

* Islam meletakkan peringkat-peringkat supaya kita menjauhkan diri dari zina antaranya, Pertama: menahan pandangan (lelaki & wanita, termasuk yang berkopiah & berpurdah). Kedua: Jaga kemaluan, jaga kehormatan. Ketiga: Wanita jangan bertabarruj.

* Isu tutup aurat: TUTUP AURAT BUKAN TUTUP KULIT tapi termasuk tutup warna kulit & bentuk badan.

* Fitrah manusia: sukakan yang bertutup. Ganjilnya sifat orang hari ini, suka menayang isteri. Mereka lupa bahawa antara ciri-ciri dayus: kurang @ tidak cemburu pada isteri

* Tidak menutup aurat termasuk dalam bertabarruj.

* Tabarruj: Pakaian yang dipakai dengan tujuan perhiasan, bukan untuk menutup aurat.

* Perempuan tidak salah pakai yang berwarna. Islam tak larang. :)

* Orang lelaki sunnah pakai wangi-wangian. Pakailah semerbak macam mana pun...

* Perempuan pakai bau-bauan dengan tujuan untuk tutup bau busuk sahaja. Bukan untuk orang lain bau.

* Jangan tiru pakaian lelaki.

* Jangan pakai pakaian untuk nampak popular dan membawa kepada rasa megah.

* Jangan keterlaluan dalam make up.

KATA-KATA MEREKA & JAWAPAN PADA KATA-KATA ITU

Kata mereka: "Saya pakai cantik-cantik ni bukan dengan niat nak menunjuk pun..."
Jawablah: Niat itu ada keterikatan dengan amalan atau perbuatan. Kedua-duanya seiring.

Kata mereka: "Saya pakai cantik-cantik ni sebab Allah kan suka keindahan..."
Jawablah: Cantik pada pandangan Allah tidak sama dengan cantik pada mata manusia.

Kata mereka: "Apa salahnya kami berhias, fitrah wanita kan suka berhias..."
Jawablah: Benar, tapi fitrah wanita mukmin tidak sama dengan fitrah wanita fasiq. Wanita mukmin berhias untuk suami, wanita fasiq berhias untuk manusia keliling.

ANTARA FENOMENA IKHTILAT

- Bermesyuarat tanpa hijab
- Study group
- Tidak menjaga nada suara ketika bercakap
- Bercakap-cakap perkara yang tidak perlu
- SMS
- Bergayut di telefon
- YM

SOLUSI

- Kempen solat jemaah

- Kempen basmi ikhtilat

- Elakkan program yang membawa kepada ikhtilat

- buat program: Fesyen menurut sunnah

PESANAN

- antara penyakit kita: Suka anjur program tapi tak ambil manfaat dari program.

- Perempuan jangan terlalu berharap kepada lelaki. :)


6 comments:

ctnurain said...

bagus..check-recheck diri blk..
hmm, sory sajida, bley tau tak ikhtilat tu ape?

zaidmujahid said...

salam ya ukhti..

lame x siggah blog ni..saya ada soalan..kuliahnye sgt menarik..teringin sekali nak join kuliah sebigini..

soalan saya..sejauh mana kempen mampu mengubah mahasiswa? jawapan kempen mcm jawapan utk soalan SPM.. jadi kalau ade kempen yang betul2 dpt mengesani mahasiswa, saya sgt2 ingin join n boleh buat di sini juga.. atau mungkin ianya hanya berkesan di malaysia? boleh cerita x kempen yg mcm mn...?

Sajida said...

@ctnurain: iktilat tu pergaulan bebas @ percampuran antara lelaki & perempuan.

@zaid: hm... tiada jawapan yg pasti. Cuma, bagi pendapat saya:

Pertama, sejauhmana keberkesanan pada diri, itu bergantung pada Ilahi, kerana hati itu Dia miliki.

Kedua, niat & method yg digunakan serta 'isi kandungan' kempen mestilah bertepatan dgn alquran & assunnah. Jgn lupa buat penelitian ttg isi nya. Kerana itu antara faktor ia diberkati ilahi lantas mendapat pertolongan untuk terus membantu umat ini supaya hari esok akan lebih baik dari hari ini. ini kerana niat dan perbuatan itu tidak terpisah, malah saling berkait.

Ketiga, jgn jadikan sedikitnya jumlah 'penyahut seruan' sebagai faktor kita putus asa. Tugas kita untuk menyampaikan risalah dakwah dan terus tegar menyampaikannya, soal sampai di hati atau tidak, berdoalah pada Ilahi. Jadikanlah Allah sebagai sumber motivasi hakiki. Mungkin kita tidak sedar, bahawa sebenarnya ramai yg mendapat manfaat dari kempen itu, cuma ia tidak terzahir pada mata kita. Perubahan itu boleh jadi mengambil masa yg lama. Bersabarlah. Berdoalah. Teruskan menyampai. Boleh jadi yang mendengar itu akan lebih faham daripada sang penyampai.

Keempat, penganjur kempen perlu selidiki apa yg diperlukan oleh mahasiswa sekeliling. Cth, soal akidah. Aturkan mengikut prioriti. Perlu juga mengambil manfaat dari kempen2 yang pernah berjaya.

Kelima, kempen perlu merangkumi teori & praktikal. Cth: kita anjurkan kempen solat jemaah. Pertamanya perlu adakan sesi yg menerangkan ttg solat jemaah, beri dalil2 yg berkaitan & sebagainya. Kemudian adakan praktikal supaya teori tidak kekal di kertas semata. Paling penting, pihak penganjur (cthnya komiti) perlu dibekalkan ilmu sebanyak mana yg boleh supaya matlamat kempen akan tercapai, atau sekurang2nya jika matlamat tidak tercapai, kita tidak mahu 'antonim' matlamat itu yg kita perolehi. Sebagai contoh, kita adakan kempen "KENALI RASUL & SUNNAHNYA" tetapi disebabkan kekurangan dari pihak penganjur, manusia lari lebih jauh dari sunnah atau salah memahami sunnah. Na'udzubillah.

Keenam, Allah akan tanya apa yg telah kita lakukan utk agama ini, bukan apa hasil usaha itu.

Ketujuh, usah beri alasan sebelum mencuba.

Kelapan, belum cuba belum tahu.

Kesembilan, semangat perlu terus kental demiNya.

Hanya pada Allah tempat org2 mukmin berserah & bertawakkal.

Maaf ye jika tidak menjawab soalan.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saudari Sajida menjemput saya untuk memberi pandangan di sini, tetapi saya lihat jawapan dari saudari Sajida sudah lebih dari mencukupi dan saya bersetuju dengan kesemua jawapan yang beliau berikan kepada saudara Zaid Mujahid.

Wallahu Musta'an [Allah lah tempat memohon pertolongan]

zaidmujahid said...

uisy...byknye...huhu!

ok, tq..tq..jzkk!

really appreciate it!

Sajida said...

sama-sama. moga jawapan yang terlebih dari mencukupi itu turut memberi manfaat. :)