Saturday, September 5, 2009

* Memilih Agama *


Entri pendek.

Sering terbaca penulisan tentang pernikahan yang menggunakan hadith 4kriteria wanita yang dikahwini. Namun terdapat sedikit kesilapan pada pentafsiran & pemahaman terhadap hadith tersebut.

Hadithnya seperti ini:

تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين
تربت يداك


Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Ramai yang mentafsirkan hadith ini dengan mengatakan bahawa Rasulullah menyuruh kita berkahwin kerana 4 perkara tersebut sedangkan itu silap. Perhatikan kembali matan hadith ini dan kita akan dapati bahawa Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam menyebutkan bahawa 4 perkara yang dilihat apabila seseorang wanita itu ingin dinikahi, bukanlah maksud baginda Shollallahu 'Alaihi Wasallam: "Nikahlah perempuan kerana 4 perkara ini" akan tetapi: "Perempuan dinikahi kerana 4 perkara".

Dan difahami dari bahagian akhir hadith itu, Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada umatnya yang ingin bernikah agar memilih pasangan yang BERAGAMA. :)


Wallahu a'lam.


6 comments:

Trinisaurus said...

oh mcm tu ke..kte pun igtkan hadith tu ckp kahwinilah pmpuan krn 4perkare tue. lpstu kte rase musykil, bias la mcm tu, ksianlah org yg xkaye and xde rupe..rupe2 prmpuan dikhwini atas 4perkare tue. tq kak sajeed. :)

Sajida said...

sama2. :) pasni bila2 ada kekeliruan tentang agama, cepat2 la tanya ahlinya ye. takut2 terus menerus memahami agama dalam kekeliruan pulak. tanya kak nana ke.. sih ke.. ;)

Anonymous said...

Boleh rujuk pasal hadith ni:

http://www.youtube.com/watch?v=ydAUnWgDAK4

Zarith said...

Jeed,xfhm la...prm dikahwini ats 4 prkr??explain pls...huhu...
Tp kan...kte penah ter pk tau...psl keturunan...hm...klu yg ank luar nikah tu camne ek??xkn la xde org nk kawen ngn die...lgpon die xbrsalah dlahirkn camtu...hm...

Sajida said...

Zarith, dalam hadith ni, Rasululullah Sollallahu alaihi wasallam bagitau bahawa kebiasaannya apabila perempuan tu nak dinikahi, seseorang lelaki akan menilainya berdasarkan 4perkara tu. means that: bukan Rasulullah SAW yg sarankan kita untuk tgk 4 perkara tu. Rasulullah SAW suruh pilih yg beragama, supaya akan dapat 'keuntungan..'

Ramai org salah faham ingat Rasulullah SAW suruh pilih berdasarkan 4 aspek ni, itu salah. Rasulullah SAW tak suruh pun tgk duit dia byk mana, dia cantik ke tak (tapi Rasulullah SAW tak pula melarang untuk kamu memilih yg cantik) etc3. Cuma kalau nak bahagia & untung dunia akhirat, pilihlah yg baik agamanya...

Sajida said...

Thanks to anonymous for the address shared. :)