Saturday, July 25, 2009

* Perjuangan Seorang Wanita *

Saya mengambil potongan entri ini dari blog Ummu Husna. Sebagai kesinambungan dari entri saya yang bertajuk pernikahan=penamat?. Boleh jadi juga ia menjadi jawapan kepada persoalan yang pernah bersarang dalam minda ini. Selamat membaca.

PERJUANGAN

Perjuangan seorang perempuan tidak sama selepas ia berkahwin dan berkeluarga,” pujuk suami di satu hari. Ketika itu, saya agak terusik hati dengan kata-kata beberapa muslimah muda bahawa muslimat yang dulunya aktif di kampus tetapi hilang setelah berumahtangga sebagai ‘hampeh’ dan ‘pancit’.

“ Biarkan mereka. Manusia seringkali memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Apa yang perlu As ingat, seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dan mendidik mereka dengan asuhan agama juga sedang berjuang. Masing-masing ada cara dan situasi tersendiri dalam berdakwah kepada mad’u yang berada di luar rumah. Ada yang turun ke padang bertemu masyarakat dan orang awam, ada menerusi penulisan, juga ada yang melalui ceramah dan lain-lain lagi. Siapa yang paling ikhlas di antara mereka hanya diketahui oleh Allah swt. Akan tetapi, yang tercela adalah mereka yang merendahkan cara dan usaha orang lain. Jadi jangan mencela dan jika dicela, abaikan saja. Serahkan kepada Allah swt menentukannya, ” bicara suami lagi mengubat luka di hati.

Benar kata-kata suami. Dan saya juga tidak menafikan walau siapa pun seorang wanita itu, dia tetap seorang isteri dan ibu. Itu adalah tanggungjawab asas dan tiada sebab untuk mengabaikannya atas alasan ingin menunaikan tanggungjawab yang lain.

“Jangan jadikan perjuangan di luar rumah sebagai ‘excuse’ kepada tanggungjawab di dalam rumah. Bahkan ia perlu dilakukan sekaligus, dengan cara masing-masing dan tentunya menurut kadar yang dimampui mengikut situasi yang ada. Jangan diletakkan perjuangan Islam itu dalam ‘bentuk’ yang stereotype dan mendakwa itulah satu-satunya cara untuk berjuang “ jelas suami panjang lebar.

Sesungguhnya tugas membangun generasi yang menyintai akhirat dalam dunia yang bersifat kebendaan hari ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dilepas tangan begitu sahaja. Tidak cukup sekadar menghantar anak ke sekolah agama atau menggaji guru untuk mengajar anak mengaji al Quran, maka soal halal haram, penerapan akhlak dan nilai-nilai mulia telah langsai. Belum lagi. Kerana ia masih memerlukan pemantauan dan perhatian. Perhatian seorang bapa lebih-lebih lagi seorang ibu.


Untuk membaca entri penuh, klik sini.


No comments: