Saturday, July 25, 2009

* Biarlah Aku Terus Dipanggil Wahabi *

Sajak ini saya ambil dari: http://arifardiyansah.wordpress.com/kolom-nasihat/

Renungkan & ambillah pengajaran. :)

*******

Jika saudara-saudariku dalam proses menuju salafi sejati, menemui hambatan dan rintangan dari masyarakatnya, cobalah renungkan hal dibawah ini :

WAHABI ADALAH WAHABI

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur’an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadist hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku coba amalkan ibadatku mengikuti cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku coba amalkan solat mengikuti cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahwa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan kepada ustadz kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya ustadz, apakah ada dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid’ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri selamatan kematian karena dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan selamatan kematian juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya’ban tidak diajarkan oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi


Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi


Namun …

Jika benar Wahabi adalah yang mengikuti sunnah Nabi… Biarlah aku
dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid’ah dari diikuti… Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi…Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keridhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi

Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi

Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi

Oleh: Akhuuna Abu Abdurrahman


2 comments:

pusaka melayu said...

sajak ni bagus.. walaupun hanya copy paste.. sebagai orang Islam kita diwajibkan berda'wah.. dalam kehidupan masyarakat zaman sekarang.. ramai umat islam semakin terpesong jauh sama ada dari segi amalan dan penghayatan.. masalah wahabi ke syafei ke ape ke? pokok pangkalnye kite menuju ke arah matlamat mardhatillah.. sekiranye seseorang itu faham dengan ape yg die belajar maka amallah mengikut kehendak syara' dan jgn sesekali melangkauinya.

amalan yasin, tahlil, wirid secara tertentu dsb (jgn sampai sesat).. biarlah orang buat. jgn kita halang, kerana kalau diorg xbuat maka siapa yg nk buat amalan tu. sebabnye majoriti muslim di malaysia amal perkara2 sebegini.
faedahnya, anak2 belajar sesuatu dan mereka turut bersama mengamalnya. ttp bukan taqlid a'ama.. bg saya masalah ni masalah furu' .. mengamal mazhab as-Syafie tidak salah kerana ianya diterima jumhur ulama' sedunia.. siapa kite? siape as-syafie? kite semua hidup dlm suasana dikelilingi 'asi (maksiat)..

masalah yg lebih besar adalah ancaman yahudi, kristian dan musuh2Islam laknatullahi alaihim ajma'in.. perkara ini yg wajib kite dahulukan. dan lagi 1 masalah muda mudi kite yg sgt kritikal (akidah, akhlak, ibadah dsb).

Sajida said...

Terima kasih atas komen. :)

Cuma:

1. Harap selidik kembali kitab AL UMM oleh IMAM SYAFI’E Rahimahullah, ada larangan untuk mengadakan kenduri atau seumpamanya untuk orang mati.

2. Semoga kita tidak menganggap setiap yang majoriti itu adalah haq atau setiap yang minoriti itu adalah bathil. Nilaikan mengikut neraca ALQURAN & SUNNAH. Bukan dengan mengambil kira jumlah pengamal.

3. Siapalah kita untuk mengingkar suruhan & larangan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam, yang telah kita yakini bahawa setiap kata-katanya adalah wahyu dari Allah? Ingkar suruhan Baginda bererti ingkar suruhan Allah.

4. Jika kamu cintakan Allah, maka turutlah ajaran Baginda. Jika ia sudah tsabit bahawa sememangnya sesuatu amalan itu bertepatan dengan alquran & sunnah, apakah pantas untuk kita merasa ragu-ragu untuk mengamalkannya?

Wallahua'lam.