Wednesday, July 8, 2009

* 1-10 *

a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.


b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Qila yang bagi award ni. Terima kasih. Lama tak jumpa. Nak tahu pasal dia? munajatkasih.blogspot.com

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.


1. Datang dari DIA. DIA menciptakan diri ini dari segumpal darah.

DIA telah menciptakan manusia dari segumpal darah (Al-'Alaq: 2)

2. Dicipta semata-mata untuk beribadah. Mengabdikan diri kepadaNYA.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Al-Dzaariyaat: 56)

3. Dia menciptakanku dalam sebaik-baik kejadian.

Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Al-tiin: 4)

4. Cuma diri ini kadangkala terpesona dengan ni'mat dunia. Lantas terlupa padaNYA seketika. Mohon DIA akan memimpinku & memilihku untuk menikmati anugerah syurgaNYA.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Aali-Imran: 14)

5. Diri ini dicipta olehNYA dan dibekalkan sifat keluh kesah, terutama ketika ditimpa musibah.

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. (Al-Ma'arij: 19-20)

6. Dan menjadi kedekut ketika diberi ni'mat.

Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al-Ma'arij: 21)

7. Namun, aku diberitahu cara untuk menghindari kedua-dua itu: Solat. Zakat @ Sadaqah. Percaya Hari Pembalasan. Takut dengan azab Allah. Memelihara kemaluan. Amanah. Memberi kesaksian. Memelihara solat.

(Al-Ma'arij: 22-34)

8. Kata Allah kepadaku, hanya orang mukmin yang akan diberikan ketenangan dalam hati mereka. Maka aku mahu menjadi antara orang mukmin. Kerana aku butuh ketenangan dariNYA.

Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang sedia ada). (Al-Fathu: 4)

9. Aku mahu mengikut setiap jejak yang Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam tinggalkan kepadaku. Kerana aku tidak mahu menyesal di Akhirat kelak.

Dan (Ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) Aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". (Al-Furqan: 27)

10. Suatu hari, aku akan kembali jua ke sisiNYA...

Sesungguhnya kepada Kami-lah mereka kembali. (Al-Ghaashiyah: 25)


No comments: