Saturday, May 16, 2009

* A Shoulder to Cry On *

Tangisan adakala sinonim dengan perempuan. Tapi itu bukanlah sesuatu yang menjadi masalah besar bagi kita. Cuma, mungkin satu perkara yang perlu kita tanyakan pada diri... “Apa yang aku dah buat –sebagai kawan- untuk menenangkan sahabat yang sedang bersedih?”

Ya, mungkin kita tidak memahami derita yang dialami sahabat itu, tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan sahabat mengalirkan airmata keseorangan... bersedih kerana adakala diuji dengan sesuatu yang dirasakan terlalu berat untuk digalas..

Ada satu perkara yang hakikatnya kita mampu lakukan dan yang penting, inshaALLAH ia mampu menenangkan sahabat yang sedang dalam sedu-sedan, iaitu: ‘A shoulder to cry on’. Kalau dalam bahasa Melayu, tak pasti apa istilah yang sesuai. Itulah antara perkara yang sangat membantu untuk mengurangkan kesedihan sahabat yang sedang tenggelam dalam lautan air mata. Hampirinya dan peluklah dia –untuk yang sama jantina sahaja-. Atau sekurang-kurangnya hulurkan sentuhan, tanda kita benar-benar mengambil berat dan untuk dia tahu bahawa dia tidak keseorangan mengharungi dugaan itu.

Bagi saya itulah antara tindakan terawal kita, bukan dengan terus menerus bertanyakan sebab yang membawa kepada tangisannya. Kerana meski hati yang derita sudah meluahkan, belum tentu jiwa yang mendengar mampu memahami. Lagi pula, sahabat kita itu bukan semata-mata mahu dipujuk rayu, namun seseorang yang bisa menemani adalah yang amat diharapkan.

Buat yang tinggal di hostel, sahabat sekamar juga adalah jiran kita. Lupakah kita pada pesan Rasulullah shollallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka:
1. janganlah dia menyakiti jirannya
2. maka muliakanlah jirannya
3. maka berkatalah yang baik atau diam

dalam riwayat lain menyebut, maka berbuat baiklah kepada jirannya".

[Sahih Muslim: 1/162]

Meredakan keluh kesah seorang sahabat jua dikira sebagai berbuat baik kepadanya. Prihatinlah dengan orang di sekeliling kita. Tiada ruginya, malah berganda-ganda keuntungan yang akan diperoleh. Insha ALLAH..

p.s.: Bagaimana saya tahu caranya...? Saya juga manusia seperti mereka.. :)

Special thanks to dear Kak Zikr, Kak Ji and Siti.

*****

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But
you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

(A shoulder to cry on by Tommy Page)

4 comments:

Nurhuda Ramli said...

a shoulder to cry on? anyway alf syukr laki kerana menjadi teman mendengar yg sgt setia, walaupun kita selalu dtg dgn cerita yang memeningkan heheh, time kasih byk kerana masih sudi mendengar dan beri pandangan... it really helped me a lot, thanx n thousand thanx again, jazakiLLAHu khairal jaza'

Sajida said...

'afwan.. :) tapi sory sangat2 sebab kadang2 tu kita tak sempat nak dgr citer2 huda. huk3...

Allahu yusahhil umuurana.. amin...

FadBaha said...

heee...name saya xde pun..huk3=p

Sajida said...

hehe... tu entri utk roommates la. pindahla ke d2.5c kalau nak masuk senarai. hehe