Thursday, May 28, 2009

* Kuingin Kau Bersamaku *

Seketika tadi hati saya terasa untuk mencari ayat-ayat alQuran yang menerangkan golongan2 yang dijanjikan Allah bahawa Allah bersama mereka. Sekadar yang ada dalam kepala, saya cuma tahu Allah bersama orang2 yang sabar. [Innallaha ma'as sobirin] Kerana sememangnya seringkali ayat itu yang sentiasa diulang2 dan meniti di bibir manusia, buat penyejuk hati yang tenggelam dalam duka.

Rupa-rupanya masih ada juga golongan lain yang disebut dalam alQuran bahawa Allah bersama mereka. Yang saya temui adalah golongan-golongan ini:

1) orang2 yang bertaqwa (muttaqun) 4x disebut- albaqarah: 194, altaubah: 36, 123, alnahlu: 128
2) orang2 yang sabar (sobirun) 2x disebut- albaqarah: 153, alanfal: 46
3) orang2 yang melakukan kebaikan (muhsinun) 1x disebut- alnahlu: 128

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Allah BERSAMA mereka? Saya cuba mencari jawapannya daripada tafsir-tafsir para ulama’. Dan inilah antara jawapan yang saya temui:

Aysar Tafasir- pertolongan Allah bersama mereka dan mereka diberi kekuatan dalam menempuh setiap ujian yang bertamu

Tafsir alKhazin- Mereka menerima pertolongan Allah dan diberikan kejayaan.

Tafsir alTobari- Allah bersama hambaNya dalam menjalankan kewajipannya, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat, Allah membantu mereka, memelihara mereka, sehingga mereka berjaya memperoleh apa yang mereka mohon dan sentiasa hati mereka cenderung kepada Allah.


Saya benar-benar perlu menjadi seorang yg sabar, bertaqwa dan sentiasa melakukan kebaikan. Semata-mata kerana satu tujuan: Saya mahu Allah bersama saya.


Semoga kitalah yang akan tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang disebutkan. Atau setidak-tidaknya, jadilah hamba-hambaNya yang sedang dalam perjalanan untuk meraih gelaran sobirun, muttaqun dan muhsinun. Usah tangguhkan perjalanan, kerana rencana Ilahi untuk hari esok, nyata sekali tiada dalam pengetahuan kita.

No comments: