Wednesday, May 13, 2009

* Hanya Dia *

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pernikahannya.. Namun entah mengapa hatinya dirasakan sungguh tidak tenteram dan keluh kesah. Meski ini yang ditunggunya selama hampir 4 tahun, tiada pula dia rasa teruja dengan takdir ini. Bukanlah dia tidak mensyukuri nikmat itu, namun tidak dia ketemu hatinya tatkala berbicara soal pernikahan yang semakin hari semakin menghampiri…

Boleh jadi kerana kata-kata seorang pensyarahnya beberapa hari lepas yang sedikit sebanyak mengocak air ketenangan dalam jiwanya..

“Ada satu perkara yang ustazah nak pesan sebelum kamu melangkah ke alam pernikahan.. Be a good wife. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Jangan mengharap pada manusia untuk memberi kamu kebahagiaan. Pasakkan dalam hati bahawa kamu berkahwin semata-mata kerana mahu menggapai keredhaan-Nya. Bukankah seorang Muslim itu, apabila dia melakukan sesuatu, harapan yang terselit dalam hatinya hanyalah untuk mendapatkan mardhaatillah? Jadi, ustazah nak pesan supaya segala tanggungjawab yang kamu jalankan sebagai seorang isteri kelak, ia dilakukan semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Bukan untuk mengharapkan balasan dari sesiapa. Kerana sememangnya manusia tak punya apa.. Percayalah, cepat atau lambat, suatu hari kamu akan faham mengapa ustazah cakap macam ni…”

Be a good wife… Mengapa baru kali ini nuraninya terasa kata-kata itu terlalu berat untuk ditelan, apatah lagi untuk dilaksanakan? Ya Allah, tiba-tiba aku jadi terlalu takut untuk menjadi seorang isteri… Aku takut untuk menerima tanggungjawab yang besar itu... Lebih takut mengingatkan seandainya aku gagal memikulnya dengan baik..


[SEKADAR SEBUAH KISAH...tiada kaitan dengan saya.. :)]

*****

Benarlah, pergantungan yang hebat kepada Tuhan merupakan satu-satunya cara untuk hati meraih ketenangan hati & yang utama, hanya dengan bersandarkan kepada-Nya, jiwa manusia mampu meredhai setiap satu takdir yang ditetapkan. Segalanya benar-benar indah seandainya manusia mengembalikan segalanya kepada pemiliknya. Dalam hati pasti akan terbit rasa ketenangan, dan pada zahirnya, akan pasti tiba pertolongan dari-Nya. Firman Allah:

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ...

Dan siapa yang bertawakkal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya

[Surah al-Talaq: 2]

Cukuplah Allah baginya, bukan ganjaran dari insan lain yang diharapkan, pun bukan bantuan dari manusia seluruhnya yang didambakan. Cukuplah Allah bagiku… Cukuplah Allah bagiku… Cukuplah Allah bagiku… Moga pada setiap nafas yang terhela, kalimat-kalimat itu yang akan sentiasa berkumandang.

Manusia sering mengadu,

“Mengapa takdirku tidak seperti insan lain? Mengapa aku perlu terseksa begini…?"

Berdoalah. Tidak ada dosanya jika kita memohon untuk berbahagia. Lupakah pada doa yang baginda shollallahu alaihi wasallam ajarkan:

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار

Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebahagiaan & kebaikan di dunia dan akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka

[Sahih Bukhari: 13/469]

Meski ramai yang memandang remeh pada kuasa yang ada pada doa, usah pedulikan mereka. Mereka itu manusia-manusia yang tidak punya kepercayaan yang tinggi pada Allah. Mereka lupa akan firman Allah yang ini:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berkata: Mintalah padaku! Nescaya aku perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang sombong dari beribadah (termasuk berdoa) kepadaku akan masuk ke dalam neraka dalam keadaan yang hina.

[Surah al-Ghafir: 40]

Percayalah dengan kalam Tuhanmu. Yakinlah dengan segenap hatimu bahawa Dia pasti memperkenankan permintaanmu. Meski dirimu terasa dosa yang tertanggung sudah tidak terhitung beratnya, percayalah bahawa Dia tetap menerimamu. Tinggal sahaja kamu yang perlu kembali kepada-Nya..

Berdoalah, kata Rasulullah shollallahu alaihi wasallam, orang yang tidak berdoa akan dimarahi Tuhannya..

من لم يدع الله يغضب عليه

Siapa yang tidak berdoa kepada Allah, Allah marah padanya.

[H.R Ibn Majah. Dinilaikan Sahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Ahadith Sahihah: 6/156]


Dan mungkin manusia akan terus berkata:

“Dulu, waktu aku ditimpa kesusahan, aku pernah berdoa kepada Allah, tapi doaku itu tidak dimakbulkan...”

Wahai manusia, sedarkah kamu bukan sekadar perlu meminta dan terus meminta, tetapi kamu harus turut memberi. Kamu juga punya peranan dalam hidup ini. ‘Memberi’ kepada Tuhan bererti kamu menyerahkan hatimu kepada-Nya, dengan melaksanakan tanggunjawabmu yang sebenar-benarnya sebagai hamba. Juga dengan memberi sepenuh pengharapan kepada-Nya semata. Periksa hatimu, koreksi dirimu. Sudahkah kamu menjalankan tugasmu sebagai hamba & khalifah dengan sebaiknya?

Dalam satu potongan hadith qudsi, Allah berfirman:

وإن أتاني يمشي أتيته هرولة

Dan seandainya hambaku datang kepadaku dalam keadaan berjalan, Aku akan pergi mendatanginya dalam keadaan berlari.

[Sahih Bukhari: 22/409]

Hadith ini menunjukkan bahawa kita sebagai hamba perlu memainkan peranan sendiri seandainya mahu mendapat ‘perhatian’ Allah. Bukan sekadar memandang ke langit dunia, sambil tangan mendakap dada lantas mengharap bulan jatuh ke riba.

Pun di sana masih kedengaran suara:

“Siapa kata aku tak berdoa?! Aku dah banyak kali doa tapi Allah tak makbulkan...”

Buat sesiapa yang pernah atau sedang terdetik di hatinya kata-kata sedemikian, istighfarlah... Mahukah kamu aku khabarkan sabda Baginda shollallahu alaihi wasallam...? Lapangkan hatimu untuk menerimanya...

يستجاب لأحدكم ما لم يعجل يقول دعوت فلم يستجب لي

Akan dimakbulkan doa antara kamu selama mana dia tidak tergesa-gesa, (iaitu selama mana dia tidak) mengatakan: “Aku telah berdoa tetapi tidak dimakbulkan doaku itu.”

[Sahih Bukhari: 19/416]

Kata-kata itu nyata perlu dihindari sejauh yang mungkin kerana ia menunjukkan tanda-tanda keputusasaan kepada Tuhannya. Tetapkanlah dalam hatimu, Allah itu Maha Mendengar, Dia yang Maha Memberi dan hanya Dia satu-satunya sebaik-baik pembantu.



Semalam, Allah telah menolongmu... Percayalah, esok juga Dia akan tetap
menolongmu...

13 comments:

nur afzan`` said...

salam,akak..
takut la pulak nak melangkah ke alam rumahtangga huhu..
:(

ni link baru blog sy ye

Anonymous said...

Sajeeed!!!
jemput kite jgk!! :)

sedey sgt entri ni...sayu bace :(

ikabash said...

sila claim award di blog ye..

aufa khalilah said...

sudah smpai harinya ker..?

Sajida said...

to nurimani: hehe... entri ni menakutkan ek. huhu... tapi kalau menakutkan pun, tetap kena ke sana jugak kan. moga ketakutan tu yang mendorong kita utk jadi lebih baik. amin.

Sajida said...

to sue: mesti la kita jemput. tapi yang penting belum masanya lagi. hehe

Sajida said...

to ika: thanks!!!! :)

to aufa khalilah:
belum lagi. huhu... ni entri saje2 je. bukan pasal kita pun. :p kalau dah sampai masa, mesti kita dah announce besar2an. heh.

Sajida said...

afzan, mana link nye?

Anonymous said...

sajeed mmg pandai menulis dan pandai wat org suspen tau bace..


jujur kite suke bace tulisan awak

terigt mase duduk dorm same2 dulu mase form 4 ngn form 5..

awk bawak kuih akok..:)

Sajida said...

hehe.. suspen ke baca. ;)

terima kasih.. oh, kita pernah bawak akok ke dulu. tak ingatla sue. huhu... sue ada contact nurul bilik kita tu tak? Nurul najihah. rindu la dia. dulu dia selalu cakap, lepas spm harap akan stay in touch. tapi dah lama tak contact dia. :(

Anonymous said...

aah la sajeed..
kite pon same..rindu nurul najihah..
hurrmm..
xpe
kite cube usahakan ..
sbnyer ade lg yg da lost contact..

budak kelas kite je 2 org:baie dgn rashidah zainal alam :(

nur afzan`` said...

http://jundullah1988.blogspot.com/

heeee~

Sajida said...

to sue:
ramai jugak kan yang dah lost contact. oh, ngan baie pun lost contact ke? mesti ramai kot yang ada contact no @ address dia. org popular kan. hee.. nanti lepas sume grad kita buat reU batch la. best2..

to imani:
thanks. will be visiting you there. :)